Sunday, September 23, 2018

PENANG TRIP 2018 DAY 2




USM, MIR'S KITCHEN DAN LOVE LANE

Seawal pukul 0530 pagi isteriku dah kejut aku. Hari ni adalah hari penting dan bersejarah bagi adik iparku yang seorang lagi iaitu Nini. Hari ni dia akan ditauliahkan sebagai pegawai muda di USM. Setelah semuanya siap kiteorang pun bertolak ke USM. Suasana masa tu agak gelap. Setibanya kami di USM ibu bapa dah ramai yang sampai. Aku mencari-cari parking yang berdekatan dengan padang kawad. 

Masa tengah cari parking aku dah nampak detasmen-detasmen dari 3 perkhidmatan tu dah ada kat padang kawad. Mungkin tengah raptai lagi kot. Last raptai sebelum perbarisan yang betul-betul. Setibanya kami di padang kawad mommy (mak mertuaku) terus dihubungi oleh pegawai yang bertugas untuk membawa mommy ke khemah kadet terbaik. Jadi aku dan isteri ikut sekali.

Perbarisan bermula pada pukul 0820. Cukup meriah dengan pancaragam dan perbarisan masuk kadet Palapes. Ibu-bapa dan saudara mara berteriak keseronokan dan kagum dengan perbarisan tersebut. Selepas upacara perbarisan, mommy dikehendaki menaiki bas ke dewan pula untuk upacara pengurniaan watikah. Kiteorang suami isteri tak ikut. Kiteorang lepak dalam kereta di parking sambil makan segala bekalan yang kiteorang beli semalam. 

Lebih kurang sejam kiteorang dalam kereta kiteorang pun bergerak menuju ke dewan dan mencari parking yang berdekatan di kawasan dewan. Dah dapat parking kiteorang pun berjalan menuju ke dewan. Kiteorang cuma lepak di luar dewan. Di kawasan luar dewan penuh dengan pegawai dan anggota pasukan keselamatan.

Selesai saja upacara di dalam dewan, pegawai-pegawai muda berpusu-pusu keluar dewan. Kiteorang mencari-cari Nini, sampai kiteorang keluar masuk dewan. Akhirnya jumpa juga Nini di luar dewan. Nini terus memeluk isteriku dan start la drama air mata. Lepas tu baru la kiteorang bawa Nini jumpa mommy. Dan macam biasa drama air mata lagi. Sebenarnya Nini dah nampak kiteorang dari kat padang kawad lagi, sebab detasmen dia berada betul-betul dihadapan khemah kadet terbaik yang kiteorang duduk. Dan awal-awal lagi mommy dah menangis masa kat khemah tu lagi.

Selepas ambil gambar, kiteorang pun nak berangkat pulang. Tapi Nini tak ikut ada beberapa perkara lagi yang perlu dia selesaikan. Jadi aku, isteriku dan mommy menuju ke Deen Maju Nasi Kandar. Sebab kiteorang dah lapar gile. Nak cari nasi!

Kiteorang pergi ke Restoran Nasi Kandar Deen Maju di Jelutong. Kawasan kedai tu kawasan kedai lama. Parking di situ agak terhad. Jadi aku dapat parking di stesen minyak yang terletak di hujung kawasan kedai tersebut. Dah sampai kat restoran tu kena beratur lagi dan barisannya agak panjang. Satu lagi nak kena cari dan tunggu meja, sebab asyik penuh je kedai ni.

Nasib kiteorang baik. Tak lama beratur, dah nampak macam brader tu dah nak blah. Cepat-cepat alu pergi kat meja tu dan tanya brader tu dah nak gerak ke. Yes dia memang nak blah. So cepat-cepat dia habiskan minuman dia dan terus gerak. Sebelum dia berlalu sempat aku ucap terima kasih.

Jadi aku pun duduk la kat meja tu dan memesan minuman untuk isteri dan mommy. Sementara tu dieorang masih lagi beratur. Tak lama lepas tu dieorang pun sampai dengan makanan. Huih, nampak menyelerakan nasi kandar dia. Kuah campur, ayam goreng dan bendi. Alahai sedapnya. Dengan laju kiteorang makan tanpa menghiraukan orang lain. Hehehe. Memang sedap. Kena dengan selera tekak kiteorang. Selesai mengisi perut kiteorang pun bergerak pulang ke homestay.

Malam ni aku dah plan nak jumpa member aku Zul kat Penang. Dia bukan orang Penang tapi dia datang dari Ipoh sebab nak lepak dengan aku. Pehhh thanks dude datang jauh-jauh. Aku, isteriku, mommy, bob, isteri dia, anak dia dan mak mertua dia semua nak makan sekali malam ni. So aku buat keputusan nak makan dekat kedai makan yang dicadangkan oleh Zul iaitu Mirs Kitchen. Katanya ni kedai member dia.

Perjalanan dari homestay kiteorang mengambil masa 30 minit. Sesampainya kiteorang kat dalam kedai tu, aku tak nampak pulak kelibat Zul. Kiteorang duduk dulu, sambil membelek-belek menu. “Mane dude? Aku dah sampai ni” kataku dalam telefon. “Oh ye ke, jap jap dude, aku kat dapur ni” balas Zul. 

Mirs Kitchen ni bersih kedainya. Suasana kedai cantik. Ala-ala hipster gitu. Aku perasan kat dinding dia ada digantung komik-komik Tintin. Aku memang suka baca komik Tintin ni dari kecil. Makanan yang dihidangkan kat sini adalah makanan barat dan makanan melayu. Tapi nasi kandar takdelah. Kiteorang pun dah puas makan nasi kandar buat masa ni. 

Tak lama lepas tu Zul pun muncul dari belakang. So sambil-sambil makan aku pun bersembang-sembang dengan Zul. Lepas semua dah kenyang aku, isteri dan Zul nak pergi lepak dekat Love Lane. Kiteorang bertiga tak tau pun suasana Love Lane tu macamane. Tapi tengok kat Google macam ala-ala Jonker Walk kat  Melaka tu. 

Elok kiteorang nak gerak je, Bob nak ikut. Aku pun okay je lah. Perjalanan ke sana dalam 20 minit. Trafik masa tu tak lah sesak sangat. Cuma kau takut-takut ke nak bawak kereta ni, takut terlepas simpang. Sampai kat area Love Lane tu, kiteorang parking belakang kedai. Kiteorang pun berjalan la ke arah tempat yang ingin dituju berpandukan waze. Hehehe. Jalan kaki pun guna waze. Tak jauh pun dari tempat kiteorang parking. Jalan terus sikit dan belok kanan dah nampak kemeriahan Love Lane tu kat depan.

Kiteorang pun menyusuri jalan. Kiri kanan kiteorang adalah berbagai-bagai jenis bar dan kafe. Kebanyakannya mempunyai live band sendiri. Jadi muzik-muzik dah bercampur gaul. Tujuannya malam ni memang kiteorang nak lepak dan layan live band. Kiteorang ada juga roger hotel-hotel tapi kebanyakannya takde live band. Frust pula rasanya. Nak ke Hard Rock Penang agak jauh dari tempat kiteorang.

Kiteorang pun berjalan la sampai hujung jalan. Last-last kiteorang lepak dekat Mickes Place. Kat sini kafe dia acceptable sikit la sebab meja dia banyak dan live band dia main lagu ala-ala jazz. Tak lah bingit sangat. Masa kiteorang duduk kat meja tu, Bob dan keluarga pun sampai. 

Kiteorang semua duduk dan tengok menu. Tapi tak sempat nak order Bob macam nak bergerak balik, mungkin Lili, anak Bob dah mengantuk kot. Jadi tinggal la kami bertiga. Kiteorang lepak kat situ sampai pukul 0100. Lepas tu kiteorang pun hantar Zul balik ke Mirs Kitchen sebab kereta dia kat sana. Zul ni naik kereta aku masa nak pergi Love Lane. Sampai je kat homestay kiteorang terus tidur. Gile penat hari ni.



No comments:

Post a Comment