Saturday, September 08, 2018

PANGGILAN PERTIWI



[Gambar : Twitter ]



SEDIA BERKORBAN, TERIMA KASIH SUKARELAWAN DAN SUKARELAWATI

Pada 22-23 September 2018 ini Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di Unit KD SRI KLANG menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Peuang seperti ini jarang-jarang berlaku, kerana aku rasa tak selalu PSSTLDM buka pengambilan baru, berlainan dengan Askar Wataniah. Setahu aku la. Jadi bagi sesiapa yang berminat bolehlah mempersiapkan diri untuk temuduga.

Pada fasa pertama ini seperti biasa mestilah ujian kecergasan disediakan untuk calon-calon yang hadir. Antara ujian kecergasannya calon mungkin dikehendaki berlari sejauh 2.4 kilometer dalam masa 12 minit. lebih kurang 1.2 km dalam masa 6 minit menjadikannya 200 seminit mungkin. Tekan tubi sebanyak 60 kiraan dalam masa 2 minit. Mungkin inilah ujian yang bakal dihadapi oleh calon-calon nanti.

Kelebihan menyertai PSSTLDM rasanya sama saja dengan Askar Wataniah dari segi elaun dan faedah yang lain seperti pakaian seragam dan layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA. Apa yang membezakannya mungkin dari segi latihan yang akan diberikan dan dipelajari oleh anggota PSSTLDM. Jika bernasib baik, anggota PSSTLDM mungkin juga akan dapat menyertai pelayaran.

Walau apa pun jua, kepada yang sedang berkhidmat atau tidak lagi berkhidmat sebagai sukarela, tidak kira unit mana atau dalam perkhidmatan apa sekali pun, DARAT, LAUT DAN UDARA, jasa dan keringat anda semua sentiasa dikenang dan terima kasih atas pengorbanan anda semua. 

Jadi bakal-bakal anggota dan pegawai PSSTLDM, persiapkan diri dan sediakan dokumen untuk menghadirkan temuduga. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya sebelum hari jadi esok. Semoga Berjaya!

No comments:

Post a Comment