[Gambar : Google]
Adam, Abuja dan Dajjal
“Macam takde orang je rumah ni” kata Azman. “Ramai” jawab Adam ringkas. “Aku masuk dulu, korang tunggu luar. Jangan berhenti berzikir” kaa Adam seolah memberi arahan. “Tapi Adam..” belum sempat Azman menghabiskan kata-katanya dia ditarik oleh sesuatu ke bawah rumah dan terus hilang dari pandangan.
*****
Ayah Sakinah telah lama meninggal dunia. Ada benda yang tinggal dalam badan arwah. Jin boleh masuk ke dalam salur darah manusia. Sakinah ditinggalkan bersama jenazah ayhahnya malam itu. Adam, Azman dan Azhar pulang dengan bot. Tapi sesuatu menunggu mereka dalam perjalanan pulang.
*****
“Pulanglah kau segera kerana orang yang kau sayang sedang dijemput oleh Malaikat Izrail” kata perempuan misteri itu sambil meninggalkan pandangan menyeramkan.
*****
Itu adalah antara sedutan yang aku ingat tentang filem Munafik 2 ni. Pada permulaan cerita ada sedikit sedutan daripada filem Munafik 1. Jadi bagi yang tak tengok filem Munafik 1 mungkin akan rasa agak keliru.
Kelajuan cerita pada mulanya agak mantap. Aksi seram dan mendebarkan sabung menyambung. Lagi-lagi sewaktu babak di rumah Sakinah. Tercungap-cungap dibuatnya. Sampai di pertengahan kelajuan mula kurang sedikit namun tidak membosankan.
Dalam filem ini pengarah begitu menekankan tentang fitnah dajjal. Banyak sekali perkataan dajjal disebut. Ajaran sesat dan pengikut-pengikut yang taksub juga mewarnai filem ini dengan jayanya.
Kemunculan wanita misteri juga menjadi tanda tanya apakah tujuan dan mesej yang ingin disampaikan. Adakah ianya tituk hitam dalam hati kita manusia atau perasaan sangsi yang sering menghantui kita membuatkan kita berperang dengan diri sendiri.
Cerita yang tidak berat dan mampu membuatkan kita merenung perjalanan kita sebagai manusia di bumi ini. Tahniah buat pihak produksi dan mereka yang menjayakan filem ini.
Rating: 7/10
No comments:
Post a Comment