[Gambar : Jiwabesi]
NEW HOLLYWOOD, PASEMBUR DAN PADANG BROWN
Kiteorang dah bertolak dari rumah pukul 0650 pagi. Suasana agak gelap dan sejuk. Macam nak hujan. Hari ni kiteorang nak ke Pulau Pinang. Ada misi khas. Hehe. Perjalanan mungkin mengambil masa 5 jam.
Lebih kurang pukul 8 lebih kiteorang dah nak sampai Ipoh. Aku keluar ke persimpangan Ipoh. Kiteorang memang dah plan untuk bersarapan di Ipoh. Restoran kegemaran kiteorang. Restoran New Hollwyood di Canning Garden.
Restoran ni nampak macam restoran cina, tapi ramai peniaga melayu yang menjual makanan di restoran tersebut. Restoran ni terletak di kawasan kedai lama dan berada di lot kedai yang hujung sekali.
Sampai je kat restoran kiteorang tak tunggu lama untuk mendapatkan meja. Kat sini memang ramai orang datang bersarapan. Silap-silap memang lama la kalau nak tunggu meja. Duduk je kat meja ada pelayan datang kemaskan meja kiteorang dan lap. Selesai dia bersihkan meja kiteorang dia terus ambil pesanan. Pelayan ni cuma ambil pesanan air minuman dan roti bakar saja. Untuk makanan lain kiteorang kena berjalan ke gerai-gerai yang ada kat kawasan restoran tu.
“Nescafe tarik satu, Neslo ais satu dan air suam dua dengan roti bakar telur goyang satu set” ulang pelayan tersebut dan berlalu pergi selepas kiteorang mengangguk setuju. Selepas itu isteriku terus pergi mencari makanan di gerai-gerai itu dan aku ditugaskan untuk menjaga meja. Hehe.
Beberapa ketika isteriku pun balik ke meja semula. Dia memesan nasi lemak ayam untukku, yong tau fu goreng dan mee kicap untuk dia. Tapi ada satu lagi makanan favourite kiteorang kat sini adalah chakoi goreng dan baby chakoi. Cicah dia memang sedap kat sini. Tapi masa tu gerainya tak buka lagi. Kempunan chakoi kiteorang. Takpe la lain kali boleh repeat lagi.
Kiteorang pun makan dengan lahap sekali sebab memang dah kosongkan perut sejak semalam semata-mata nak makan kat sini je. Memang laju kiteorang makan. “Erkkkk.. Alhamdulillah” aku sendawa sambil mengusap perut yang kekenyangan. Air Nescafe tarik yang lemak manis dan panas cukup menyegarkan. Aku try air Neslo ais isteri ku pun sedap sangat. Sejuk-sejuk manis dan pahit semuanya seimbang. Syukur nikmat makan yang sedap pagi ni.
Selepas selesai mengisi perut kiteorang pun menyambung semula perjalanan ke Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan kiteorang sembang-sembang kosong. Kiteorang memang jarang sangat mendengar radio kalau dalam kereta. Kiteorang memang enjoy pemandangan di luar dan aku memang suka driving.
Pada mulanya kiteorang plan nak naik feri, tapi semakin hampir dengan Pulau Pinang cuaca agak mendung dan hujan mula turun sikit-sikit. Jadi kiteorang ambil keputusan untuk masuk ke Pulau Pinang melalui jambatan pertama. Tol yang dikenakan untuk menaiki jambatan adalah RM 7. Pemandangan semasa menyusuri jambatan cukup menenangkan. Memang aku suka laut kot. Masa tu jam lebih kurang pukul 11 lebih.
Keluar saja dari jambatan kiteorang terus menuju ke Gurney Paragon. Shopping Mall baru kot aku rasa. Macam jauh jugak aku rasa nak ke sana. Mungkin sebab tak tau jalan kot, sebab tu rasa macam tu. Gurney Paragon tu cantik, ala ala Pavilion kot aku rase. Masa kiteorang kat situ tak ramai sangat orang.
Lepas puas jalan-jalan di Gurney Paragon, kiteorang berjalan kaki menuju ke Gurney Plaza. Kat sini memang ramai orang. Rasa macam kat Angsana JB pun ada. Cuma Gurney Plaza ni tinggi la dari Angsana JB tu. Kiteorang mengambil keputusan untuk menonton wayang dekat sini. Cerita Hantu Kak Limah. Kelakar siut cerita HKL. Terbahak-bahak kiteorang dalam pawagam tu.
“Sayang, Bob dah sampai” kata isteriku kepadaku semasa kiteorang jalan keluar dari pawagam. Bob tu adik iparku. Dia yang menguruskan penempatan kiteorang kat sini. Dia bersama-sama isteri,anak, mak dan ibu mertuanya dah sampai di homestay. “Okay, share location ye” jawabku.
Bob meminta kiteorang membeli sedikit makanan sebelum kiteorang datang ke homestay. Jadi kiteorang mengambil keputusan untuk ke Padang Kota lama untuk mencari makanan. Sampai ke kat sana kiteorang tengok tak banyak lagi gerai yang menjual makanan. Kiteorang cuma jalan-jalan sekejap di sana, memandangkan cuaca agak panas terik dan kiteorang pun dah keletihan.
Jadi kiteorang mengambil keputusan untuk mencari makanan di sepanjang perjalanan nanti. Dalam perjalanan ke sana kiteorang berhenti di satu kedai bernama Tomyan Udang kot kalau tak salah aku. Kiteorang bungkus beberapa nasi goreng. Tapi tak berapa sedap sangat la masakannya.
Okay sampai je kat kawasan homestay tu Bob dah tunggu kat luar pagar utama. Homestay yang kiteorang duduk ni adalah kondominium lama yang diberi nama Mutiara Heights. Aku tengok kawasan parking dia memang penuh dan sendat dengan kereta dan motor. Dan kawasan kolam renangnya adalah di kawasan parking. Sangat unik. Hahaha. Kelakar dan pelik. Unit kiteorang terlatak di tingkat 29 dan merupakan unit yang hujung sekali. Unit tersebut mempunyai 4 bilik dan 4 bilik air. Balkoninya pula menghadap ke arah laut. Jadi boleh nampak Butterworth dan kedua-dua jambatan Pulau Pinang. Angin di atas ni agak nyaman.
Makan malam kami menuju ke Padang Brown. Kat area ni parking agak susah jugak. Kereta banyak. Suasana di sana macam food court ada meja-maja makan yang disediakan di tengah dah sekelilingnya ada gerai-gerai yang menjual makanan. Menu kiteorang pada malam otu adalah Pasembur yang berharga RM69, dua sup kambing bersama roti, tapi sup kambing dan rotinya tak boleh lawan Soup House Muar. Kami berenam masa tu. Selesai makan kami pun berangkat pulang ke homestay. Semua orang dah penat masa tu. Sebelum pulang kiteorang singgah di kedai untuk membeli makanan ringan buat bekalan esok.
No comments:
Post a Comment