Sunday, September 02, 2018

MOVIE REVIEW : LIKE FATHER




[Gambar : Google]

Daughter, Cruise Ship and Dad?

Rachel ditinggalkan semasa oleh bakal suaminya semasa acara perkahwinan mereka sedang berlangsung. Semasa keadaan agak tegang bapa Rachel yang sudah lama hilang dan tidak berjumpa Rachel. Cuba untuk meninggalkan majlis tersebut secara senyap-senyap. Tapi kantoi juga dengan Rachel, dan membuatkan Rachel terperanjat.

Keesokann harinya Rachel kembali ke pejabat seperti tidak ada apa-apa berlaku. Malam itu bapa Rachel datang menemui Rachel dirumah untuk menjelaskan keadaannya. Mereka keluar untuk minum di bar. Akibat dari itu mereka mabuk. Pagi esoknya mereka dijemput oleh driver cruise ship yang telah ditempah oleh majikan Rachel sempena hadiah perkahwinannya. Akhirnya Rachel dan bapanya “terperangkap” di cruise ship tersebut.

Cerita ini agak santai. Kelajuan ceritanya sederhana. Apa yang filem ini cuba sampaikan adalah nilai-nilai murni dalam perhubungan dan komunikasi antara bapa dan anak perempuan. Cerita ini tidaklah berat. Jadi semasa menonton tidak banyak yang perlu difikirkan.

Aku suka tengok suasana dalam cruise ship itu je.

Apa yang akan terjadi antara Rachel dan bapanya? Adakah mereka survive dengan pelayaran mereka atau terhenti di tengah pelayaran? 

Rating: 6/10

No comments:

Post a Comment