Sunday, September 02, 2018

MOVIE REVIEW : THE CATCHER WAS A SPY





[Gambar : Google]


Bola lisut, Perang dan Perisik

Menceritakan Morris Moe Berg pemain bola lisut professional liga utama yang direkrut menjadi perisik oleh Office of Startegic Service semasa perang dunia kedua.

Di dalam filem ini, Morris dipertontonkan sebagai seorang yang bersifat pelik namun mempunyai pengetahuan yang luas. Dalam kareernya sebagai perisik dia ditugaskan untuk membunuh seorang ahli fizik German yang disyaki sedang membina bom atom untuk Adolf Hitler.

Filem ini berlatar belakangkan suasana zaman perang dunia kedua. Banyak imbasan kisah silam semasa filem ini dimainkan. Jadi penonton perlu bijak untuk menyusun babak-babak yang telah lalu. 

Kelajuan filem agak perlahan kerana banyak maklumat penting yang hendak disampaikan. Mungkin juga untuk membolehkan penonton menghadam segala info yang dipertontonkan.

Rating 6/10

No comments:

Post a Comment