[Gambar : Google]
“Kalau kau tak jadi berhenti kerja kau cakap dengan aku! Aku boleh cari kubur kat sini!”
Ibu, Keluarga, Negara dan Tanggungjawab. Kepulangan tidak disambut, pemergian tidak direstu. Berat rasanya bahu Arman memikul dua tanggungjawab yang besar. Serabut fikirannya.Yang mana harus dipilih. Betul-betul dia berada di persimpangan jalan.
SENTIASA YANG TERBAIK. Mungkin cogan kata ini menjadi inspirasi bagi pengarah PASKAL THE MOVIE Adrian Teh, untuk menghasilkan filem ini sebaik yang mungkin dan meletakkan filem ini sebaris dengan filem-fiem aksi yang lain. Tidak dinafikan, hasil “air tangan” beliau memang TERBAIK!
“Pilot Sir! Hold your position!” Teriak Gagak sambil mengambil kedudukan untuk menembak lanun dari jarak jauh di atas helikopter Super Lynx. Dia selaku sniper dalam team Tuan Arman memainkan peranan penting untuk menghapuskan ancaman pengganas juga lanun yang boleh menggangu misi mereka.
Tuan Arman pula sudah berada diatas kapal yang ditawan lanun dan sudah pun bergerak mencari musuh. Lenggok dan gerak team Tuan Arman begitu kemas dan tangkas. Penggunaan bahasa isyarat yang mereka persembahkan juga mantap, seolah-olah sudah biasa dan tidak kelihatn kekok.
Ini kualiti yang ditunjukkan dan hasil para pelakon menjalani latihan PASKAL sebelum memulakan penggambaran. Usaha pengarah dan pelakon untuk mendalami dan memahami watak dan jalan cerita begitu terperinci. Tidak hairanlah mengapa filem ini tidak membosankan dan kemas penyusunannya. Syabas!
“Leftenan kat sana malam. Are you happy to fly?” tanya Panglima pada juruterbang yang berada di Bunga Mas 5. Juruterbang tidak ada masalah katanya kerana cuaca baik dan bulan penuh,walupun tidak berupaya untuk melakukan penerbangan malam namun digagahkan juga demi misi. Begitu komited dan berani. Kesungguhan ini yang ditunjukkan dalam filem PASKAL bagi menanam semangat juang di dalam jiwa rakyat Malaysia.
Selain babak aksi, filem ini juga memuatkan sedikit babak emosi antara ibu dan anak, suami dan isteri juga kawan dan lawan. Suntingan menjadikan perasaan sedikit hiba bercampur geram. Kadang-kadang terasa kasihan dan tak sempat habis kasihan rasa marah mendatang.
Watak jahat Jeb juga berjaya dilakonkan. Memang bengang dan panas telinga mendengar lontaran-lontaran dialog dia apatah lagi melihat dia berlagak dan poyo. Aksi tempur tanpa senjata juga dilakukan dengan kemas. Aksinya tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek. Namun puas melihat kau melambung.
Anak hanya mengangguk sewaktu ibunya datang mendekatinya. Ingin dia sentuh wajah yang separuh ditutupi oleh kain. Hanya mata saja yang kelihatan. Mata bertaut sebentar, lalu anak berjalan meninggalkan ibunya yang mungkin baru memahami perjuangan dan pengorbanan. Tapi anak faham akan beban dan kesedihan yang ditanggung ibu. Apakah yang mampu dia lakukan. Perasaannya beperang sendiri. Jalan mana yang harus diambil. Apakah yang patut dipikul oleh bahu ini.
Apa pun babak dan permainan emosi yang cuba pengarah dan pelakon sampaikan, mesej yang paling utama adalah untuk menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak muda kini. Semangat cintakan dan ingin mempertahankan kedaulatan negara. Terbaik filem PASKAL.
KOMANDO, PASKAL!
Rating : 7/10