Saturday, November 10, 2018



SAPPORO DAY: BALIK

0400. Bangun mandi, makan dan bersiap-siap. Apartment kiteorang ni disediakan periuk nasi. So bolehlah isteri masak. Tapi periuk nasi button semua dalam bahasa jepun. Nak kena ambil gambar guna Google Translate baru la dapat baca. Senang la. Tak payah makan luar. Kenyang perut senang hati. Selesai sarapan kiteorang kemas-kemas sikit apartment tu sebelum kiteorang check out.

0500. Kiteorang dah mula berjalan keluar menuju ke stesyen Naebo. Masa tu gelap lagi. Hujan turun renyai-renyai. Sejuk. Masa berjalan ni aku rasa sangay best. Tak tau kenapa. Mungkin sebab sejuk dan sunyi kot. Tenang. Tapi isteri aku takut sebab gelap lagi. Sampai kat stesyen ada la sorang pakcik dengan makcik tengah duduk tunggu nak masuk platform. Masa ni stesyen dah buka cuma, gate nak masuk platform tak beroperasi lagi kot. Kiteorang kena bertolak awal dari sini, nak kejar flight. 

Perjalanan dari Naebo mungkin ambil masa 1 jam lebih. Kali ni kiteorang tak ambil train ekspress sebab train tu start lambat. Kiteorang naik train biasa. Masa dalam train tu kiteorang dapat tengok sunrise, cantik gile. Selalu tengok kat laut kat bukit ni dari dalam train berlatar belakangkan hutan kuning dan sesekali lalu kawasan rumah orang. Ada juga lalu kawasan kebun. Jarang tengok orang jepun berkebun ni. 

Sampai kat airport bergegas la kiteorang ke check in kaunter. Tengok-tengok kaunter tu dah tutup. Uish. Ni yang panik ni. Ada kertas tampal kat situ suruh proceed ke kaunter lain. Kiteorang pun cari la kaunter lain. Ada juga la yang mengikut kiteorang cari kaunter. Puas kiteorang berpusing cari kaunter. Tak jumpa-jumpa. Last-last kiteorang jumpa Information Counter. Tanya kat petugas kat situ. Rupa-rupanya kiteorang dah salah level. Kaunter yang kiteorang pergi tu untuk penerbangan domestik. Antarabangsa kena naik tingkat lain. Berpusing dibuatnya. Turun naik kiteorang tadi.

Lepas check in kiteorang pun lepak tunggu sebelum naik kapal terbang. Sempat juga la pusing-pusing kat dalam kawasan airport tu. Sambar la juga coklat kat situ. Royce, KitKat entah coklat apa lagi entah. Aku tengok Cabin Crew degan Pilot pun sibuk shopping kat kedai coklat tu. Penuh weh dalam kedai tu. Penuh dengan orang Malaysia, Filipina dan Thailand. Haha.

Overall, Sapporo bagi aku adalah bandar yang tenang. Tak sibuk. Kereta tak banyak. Orang tak bersesak-sesak. Dalam train pun okay. Tapi kiteorang datang sini bukan peak season. Jadi mungkin sebab tu lah aku rasa selesa kot. Kat sini musim salji mungkin akan ramai pelancong. Isteri kata salji kat Sapporo ni adalah salji yang terbaik. Very Fine kalau dalam bahasa Inggeris. Hehe. 







Friday, November 09, 2018

SAPPORO DAY 2; OTARU

Macam biasa kiteorang suami isteri bangun pukul 4 pagi. Kiteorang persiapkan diri dan bersarapan dengan bekal yang kiteorang bawak dari Malaysia. Ketupat mini Adabi/Nona memang berguna betul. Pagi-pagi macam ni makan disulam pula dengan air milo panas-panas. Sedapnya tak terkata. Dah kenyang kiteorang pun berjalan keluar menuju ke stesyen Naebo. Hari ni destinasi adalah Otaru.

Suasana pagi tu nyaman betul. Suram-suram pagi diselangi cahaya matahari yang baru nak keluar. Cantik. Kereta tak banyak. Tenang. Dari Naebo nak ke Otaru tak susah. Ada direct train ke sana dari Naebo. Kena redah lebih kurang 13 stesyen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih kot. Dah beli tiket kiteroang pun gerak terus pergi platform. Sekali-sekala tengok keretapi bersimpang-siur. Kat stesyen ni memang boleh nampak landasan keretapi dia yang banyak.

Pemandangan sepanjang perjalanan tu memang best. Mula-mula lalu kawasan bandar sikit lepas tu lalu belakang rumah orang. Part lalu tepi laut tu yang best tu. Indah sungguh. Betul-betul tepi laut keretapi ni bergerak. Cantik sungguh la. Terdiam kiteorang suami isteri tengok pemandangan tu sambil layan perasaan. Asyik. Keretapi ni akan lalu satu stesyen nama dia Zenibaku. Sebelum dan selepas stesyen tu kiteorang boleh tengok suasana kat situ. Macam dalam komik Jepun suasana kat Zenibaku tu. Rumah kedai kecik-kecik, rapat-rapat. Tapi kiteorang tak turun la, lalu je.

Sampai kat Otaru, kiteorang pun keluar dari stesyen. Tarikan utama kat sini adalah Otaru Canal. Masa musim salji cantik la sebab ia akan dilitupi salji sambil ada sampan besar menyusur kat canal tu. Tapi kiteorang tak naik la. Tempat tu tak jauh dari stesyen pun. Bandar ni pun tak sibuk. Kedai banyak. Otaru ni bandar pelabuhan. Jadi kat sini banyak la kapal-kapal berlabuh yang dapat kiteorang tengok. Siap ada seorang pakcik tu rilek je memancing kat tepi pelabuhan tu. Lepas tu ada pulak seekor kucing kat belakang pakcik tu tunggu pakcik tu memancing. Comel betul. Kat sini juga ada satu landasan keretapi lama yang menghubungkan pelabuhan dan bandar dulu kot. Kat sini juga banyak bangunan batu merah dan dilitupi dengan bunga-bunga melekat kat dinding. Cantik la kalau nak ambil gambar. 

Dah puas berjalan, kiteorang masuk pulak Tourism Centre dia kat situ. Dalam tu macam biasa la ada jual cenderahati dan makanan-makanan produk dari Otaru juga rasanya. Ada satu sudut kat situ ada pelancong-pelancong dari seluruh dunia tampal duit negara masing-masing. Penuh la duit kat dinding situ. Duit RM pun ada terselit juga. Saja je kiteorang masuk sini, nak panaskan badan. Sejuk. Tapi isteri aku rilek je, aku je rasa nak menggigil. Oh sebelum masuk ke Tourism Centre tu kiteorang dah berpiknik kat jambatan Otaru Canal tu. Macam biasa kiteorang makan bekalan yang kiteorang bawa. Sambung jalan-jalan kat area Otaru tu, aku sempat beli satu beg galas letak barang-barang makan. Lenguh bahu wei! Sebab sebelum ni letak dalam beg kain sangkut kat bahu.

Destinasi seterusnya adalah ke bandar Sapporo. Sampai je kat Sapporo kiteorang terus cari Big Camera. Saje nak tengok barang-barang. Takde apa yang menarik pun. Lepas tu kiteorang jalan-jalan kat taman Sapporo tu yang ada mini Eiffel Tower. Ramai gile orang berdating kat situ. Kat sotu ada satu bulatan besar macam ada tempat duduk. Kat situlah kiteorang makan bekal yang kiteorang bawa. Dinner di tengah taman di tengah kota okay. Hehe. Masa tu angin sepoi-sepoi tapi dia punya sejuk huiii tajam je sampai muka. Aku memang dah bertutup muka dah dengan kain. Tapi orang lain rilek je wife aku pun steady je. 

Dah kenyang kiteorang bergerak ke Susukino. Saje nak tengok nightlife. Kiteorang berjalan kaki saje. Seronok juga tengok orang berjalan-jalan ni. Macam-macam ragam. Aku nampak ada juga tram kat tengah bandar ni. Tapi tak naik la sebab kiteorang nak berjalan. Tiba-tiba aku nampak ada seorang mamat jepun ni naik skateboard kat tengah jalan. Rilek je dia meluncur. Tak pernah aku tengok orang jepun buat perangai macam ni.

Dari Susukino kiteorang berjalan kaki balik ke Naebo. Tak jauh pun. Guna waze.Tapi dalam perjalanan phone kiteorang habis batteri pulak. Adoi. Hilang arah dah macam ni. Puas berpusing. Serius. Pusing-pusing jumpa tempat yang sama balik. Banyak juga kedai/kiosk yang kiteorang masuk minta tolong tunjukkan jalan. Kebanyakkannya tak tau nak berbahasa Inggeris. Tapi dieorang tetap nak tolong dan hormat pelancong. Akhirnya ada juga budak lelaki kat kedai 7eleven yang tau berbahasa Inggeris sikit-sikit. Dia la tunjukkan arah jalan nak balik apartment kiteorang. Fuh! 

Selamat sampai apartment kiteorang bersihkan badan dan terus tidur. Penat gile weh!















Thursday, November 08, 2018

SAPPORO 2018 DAY 1




Pling! “Assalamualaikum dan Selamat pagi. Ini kapten anda bercakap. Kita sudah pun berada di ruang udara Jepun dan akan mendarat sebentar lagi di New Chitose Airport. Cuaca dilaporkan agak baik dan suhu diluar lebih kurang 5 darjah celcius.” umum juruterbang. 

Kejap lagi nak mendarat dah. Dari pukul 4 pagi aku terjaga sampai sekarang tak tidur-tidur lagi. Semalam pun bangun macam ni juga. Adoi la kejap lagi nak jalan-jalan. Sepanjang masa aku tak tidur tu aku cuma berangan je la. Lebih kurang pukul 5 pagi, aku dah boleh nampak cahaya matahari mula memasuki ruang kabin.

Kiteorang duduk twin seat. Selesa sikit. Aisle kat tepi tu menjadikan ruang tempat duduk kiteorang besar dan selesa. Toilet pun dekat. Enjin pun dekat. Hahaha! Tu yang bising tu. Sambil-sambil tu aku layan pemandangan melalui tingkap kapal terbang. Masa ni sebelah kanan kabin kelihatan warna kemerah-merahan. Cantik sangat. Aku dapat tengok melalui tingkap sebelah kanan tu nampak cahaya matahari masuk. Aku dudk sebelah kiri kabin. Sebelah sini cahaya tak sampai lagi. Nampka suram -suram je.

Bila dah cerah nampak la awan. Hati dah seronok sangat. Tak sabar-sabar nak landing. Tiba-tiba sedang aku layan perasaan kat luar tingkap tu, aku nampak sebuah kapal terbang 737 terbang laju meluncur dan aku nampak macam ada kepulan asap hitam keluar dari enjin sebelah kiri dia. Aku macam panik! Biar betul ni! Apahal kapal terbang tu. Aku amati asap hitam tu tak nampak macam asap nampak macam buih tapi streamline. Tegak je. Mungkin pesawat tu tengah dump fuel kot. Perlu ke aku bagitau pilot? Mungkin pilot dah tau melalui radio. Itu adalah antara pemandangan yang jarang dapat dilihat. Berdebar rasanya.

Tak lama lepas tu kiteorang pun mendarat kat New Shintose Airport. Masa tu bateri telefon dah flat. Keluar je imigressen terus kiteorang cari kabel nak charge telefon. Charger dalam beg satu je. Lagi satu dalam check in beg. Terpaksa la beli kabel extra kat sini. Nasib baik charging port dia tak jauh dari kedai serbaneka dieorang. Sejam juga la kiteorang lepak kat charging area tu. Bila dah penuh kiteorang pun start keluar dari kawasan airport tu. Masa nak keluar tu kiteorang lalu kawasan kedai-kedai dalam airport tu. Jumpa la kedai coklat Royce. Sedap kau coklat dia. Lepas tu kiteorang beli aiskrim susu. Tinggi gila aiskrim dia. Susu dia padat pulak tu. Huih! Muak makan.  

Dah puas berjalan dalam terminal kiteorang pun bergerak keluar menuju ke bandar naik keretapi. Masa dalam keretapi tu aku rasa pelik sebab dia ada skip beberapa stesyen. Aku macam berdebar. Aku kira berapa lagi stesyen nak sampai ke Naebo. Sikit lagi. Aku tengok pamplet aku tengok papan tanda dalam keretapi. Lama-kelamaan baru aku perasan. Keretapi ni jenis ekspress. Dia akan skip beberapa stesyen untuk cepat sampai ke stesyen Sapporo. Seperti yang aku jangkakan, train ni lalu je katbstesyen Naebo dan terus ke stesyen Sapporo. Jadi terpaksa la kiteorang berpatah balik menuju ke stesyen Naebo. Kena tukar keretapi lain. Tak jauh pun beza satu stesyen je.

Sampai kat stesyen Naebo, terasa macam kat stesyen KTM Seremban tapi kecil sedikit. Jarang aku turun stesyen macam ni kat Jepun. Selalu stesyen canggih-canggih. Ni memang stesyen lama ni. Klassik. Jadi dari stesyen Naebo kiteorang kena berjalan kaki ke apartment yang kiteorang dah sewa. Patutnya awal lagi nak check in tapi owner kate boleh letak beg. Macam biasa cari Airbnb kat Jepun ni memang senang. Owner akan bagi maklumat yang lengkap siap peta dan gambar-gambar yang kotang akan lalu. Gambar traffic light pun ada. Apartment kiteorang memang tak jauh dari stesen Naebo tu. Dekat gile. Keliling pulak siap ada 7eleven, Family Mart dan macam-macam lagi kiosk/kedai yang aku tak pernah jumpa. Senang la.

Dah letak beg, dah strecth badan sikit-sikit, kiteorang pun keluar berjalan. Cadangnya nak pergi muzium keretapi. Berjalan la kami suami isteri mencari destinasi menggunakan waze. Dalam perjalanan tu kiteorang jumpa Aeon. Suasana berjalan kat situ best. Naebo ni tenang kereta tak banyak. Kiteorang siap lintas rel keretapi lagi. Bila keretapi lalu terasa angin dia. Tapi bau asap tetap ada la. Tiba je kat muzium keretapi tengok dah tutup. Adoi! Apahal pulak ni. Kechiwa. Kiteorang pun berpatah balik ke Aeon mall tadi tu.

Dalam Aeon mall tu kiteorang browsing-browsing tengok barang. Saja cuci mata. Dari satu pintu ke satu pintu yang lain. Lepas tu kiteorang keluar satu pintu ni tengok ada taman kat depan. Lepas tu ada bangunan yang diselimuti  dengan daun. Cantik. Jalan ke depqn lagi tengok ada taman. Ada kafe. Wow port lepak ni! Rupa-rupanya barulah kiteorang tau tempat tu la Bier Garten. Check! Satu tempat dah sampai. Kiteorang pun berpiknik la kat situ sambil makan bekal yang kiteorang bawak iaitu nasi impit, daging dendeng dan serunding. Sedap weiiiiiii!!!! Udara sejuk-sejuk makan suam-suam. Huii bestnya la hai.

Dah puas melepak kat taman tu kiteorang pun bergerak balik ke apartment. Sampai apartment buka la beg. Jengjengjeng! Travel adapter salah bawa! Adoi! Macamane boleh salah bawak ni. Macamane nak charge phone ni. Alahai. Terpaksa la keluar balik cari plug. Kedai/kiosk banyak keliling kan tapi satu pun takde jual travel adapter. Hampeh betul! Last-last ada la satu kedai tu jual usb charger boleh la masuk dua slot usb serentak. Itu pun dah puas kiteorang berpusing cari. Jadi malam tu kiteorang balik keletihan yang teramat sangat. Mandi-mandi terus tidur. Fuh!















Wednesday, November 07, 2018

SAPPORO 2018; FLIGHT D7 550


Dendeng. Ketupat mini. Seri muka.

Pukul 4 pagi aku dah terjaga. Tak boleh tidur dah. Ke kanan sudah ke kiri pun sudah tapi masih mata ni terbuka luas. Sudahnya aku berjaga sampai subuh. Selepas solat subuh aku try lagi nak tidur. Cuba lagi. Namum gagal.

Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke gym pagi tu. 0820 pagi aku dan isteri dah sampai kat gym. Orang tak ramai. Aku macam biasa warm up sikit lepas tu layan lari atas treadmill. Lepas sejam bersenam di gym kiteorang pun naik la balik ke rumah. 

Kiteorang berehat sekejap. Lepas tu isteriku mula memasak. Malam ni kiteorang nak ke Sapporo, Jepun. Penerbangan pukul 2330. Semalam kiteorang dah beli barang-barang makanan untuk dibawa ke sana. Jadi hari ni isteriku masak daging dendeng dan rebus ketupat mini untuk bekalan disana. Selain tu dia juga buat kuih seri muka untuk bapaku yang nak bawa ke mesyuarat. Sebenarnya baba nak kuih cara tapi tak sempat rasanya nak buat jadi aku bagi cadangan buat kuih seri muka je.

Sambil-sambil isteriku masak tu aku layan Melodi je. Ada juga la aku masuk dapur tolong-tolong basuh pinggan. Antara barang yang kiteorang beli semalam adalah :

  1. Roti Gardenia
  2. Kari Ayam, Kurma Ayam dan Sup Kambing dalam tin.
  3. Ketupat mini.
  4. Snickers
  5. Mentega
  6. Tuna dalam tin.

Ketupat mini dan daging dendeng isteriku dah masak siap-siap sebelum pergi. Sebaik je rancangan Melodi tu nak habis, Daging dendeng dan ketupat mini dah siap. Jadi itulah makanan tengah hari kiteorang. Kuih seri muka masih lagi atas dapur. Selesai makan aku dah rasa macam mengantuk. Barulah boleh tidur.

Sebelum Asar isteriku dah kejut untuk bersiap-siap. Kejap lahi pukul 6 petang kiteorang nak gerak terus ke airport. Aku pun dengan malasnya pun bangun mandi, solat dan makan sikit kuih seri muka yang dah siap. Sedap! Isterku dah packing dah semua barang-barang yang nak dibawa ke sana. Aku tinggal buat inspection je. Terbaik la b. Muah muah!

Jadi pukul 6 lebih kiteorang pun berangkat la ke KLIA2. Sebelum tu kiteorang singgah kejap rumah mama dengan baba nak hantar kuih seri muka. Perjalanan ke airport agak lancar. Sebenarnya ini adalah trip birthday kiteorang. Kami suami isteri berkongsi bulan hari lahir yang sama dan beza hari lahir kami cuma dua hari. Jadi setipa kali birthday kiteoorang, kalau ada kelapangan dan izin Allah kiteorang akan ke luar negara.

Sampai kat KLIA2 kiteorang terus pergi surau dulu. Selesai solat kiteorang pergi wrap bag dan isteriku tukar duit. Settle tu kiteorang print boarding pass dan bag tag dekat kiosk. Lepas tu pergi beratur nak check in pula, dalam masa yang sama isteriku pergi ambil portable wifi yang disewa. Tapi sebenarnya dah check in dah print boarding pass dan bag tag tak payah la beratur dekat check in counter lagi. Terus je pergi ke self drop baggage counter. Wahhh!!! Kenapa la malam tu kiteorang agak blur. Tapi nasib baik beratur check in tu tak lama. 

Dah selesai dengan urusan check in, aku pergi smoke kejap kat luar. Tapi masa tu sebenarnya agak kelaparan. Tengok jam macam dah tak sempat dah. Dah puas isap rokok, kiteorang pun masuk la ke balai berlepas. Sebelum nak sampai gate, kiteorang akhirnya ambil keputusan untuk tapau Mcd. Double cheese burger dengan fries. Oh sedapnya! Dah lama tak makan Mcd.

Elok kiteorang berjalan ke arah gate, terus je dieorang buat pengumuman gate nak buka dan boleh masuk. Tak sempat nak duduk terus je kiteorang pergi berdiri kat depan pintu. So lepas check boarding pass dan passport kiteorang masuk la kat departure hall tu. Tak boleh pun lagi masuk kapal terbang. Sambil menunggu kiteorang pun melantak la Doubel Cheese Burger dengan French Fries tu. Terbaik. Lapar dua orang ni sebenarnya.

Lepas tu dieorang pun panggil la untuk boarding. Kiteorang duduk zon belakang. Masa tu dah pukul 11 lebih. Isteriku dah ngantuk-ngantuk. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi esok pagi pukul 8 baru sampi Sapporo. Tepat jam 12 aku pun wish Happy Birthday kat isteriku. Nak post kat FB tak boleh la kan dah takde line. Aku cuba buat scheduled post kat phone tak boleh. Hampeh betul. Apa-apa pun Happy Birthday B! Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki  dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Amin!



Happy Birthday B!



Sapporo here we come!


Friday, October 26, 2018

A.B.U [ Apam Balik Unque]


Nutella, Cheese dan Panas-panas!


Pertama kali  kiteorang jumpa apam balik ni kat bazaar Ramadhan Bandar Sri Damansara area perumahan flat Meranti kalau tak salah aku. Bulan puasa faham-faham je lah kan, semua benda nak beli masa tu. Tengah lapar la katakan. So masa tu kiteorang beli apam balik Nutella Cheese. Dia ada banyak jenis apam balik lagi, ada jagung, cheese, biasa dan macam-macam lagi.

Masa kiteorang tengok kakak tu buat apam balik memang terbaik la. Memang tak kedekut habis satu buku cheese tu dihiris untuk satu apam balik tu. Nutella memang mandi la kat apam balik tu. Huih masa tu apam balik tu tengah panas berasap, memang cair la cheese dengan nutella atas tu. Lepas tu kakak tu lipat apam balik tu dan terus potong-potong. Huih tak sabar dibuatnya nak buka puasa.

Rasa dia memang sedap. Walaupun aku makan masa buka dah sejuk sikit. Tapi Nutella dan Cheese tetap leleh. Even lepas terawih makan pun masih terangkat lagi. Sedap sungguh. Kalau hari-hari biasa Apam Balik Unique masih ada Kat Bandar Sri Damansara juga tapi tempat dia dekat dengan Sekolah Menengah Bandar Sri Damansara, Jalan yang sama untuk pergi ke Flat Meranti. Gerai dia ada dekat deretan warung-warung yang banyak tu. Lagi satu lokasi adalah dekat Uptown Kota Damansara berdepan dengan kedai Ustaz kot. Sebab selalu aku pergi dekat Bandar Sri Damansara tu mesti dah habis atau dah tutup. Kalau korang nak try boleh cuba kat dua lokasi ni ye.




Saturday, September 29, 2018

MOVIE REVIEW : PASKAL ; KELUARGA ATAU NEGARA. ANTARA DENDAM DAN PENGORBANAN




[Gambar : Google]

“Kalau kau tak jadi berhenti kerja kau cakap dengan aku! Aku boleh cari kubur kat sini!” 

Ibu, Keluarga, Negara dan Tanggungjawab. Kepulangan tidak disambut, pemergian tidak direstu. Berat rasanya bahu Arman memikul dua tanggungjawab yang besar. Serabut fikirannya.Yang mana harus dipilih. Betul-betul dia berada di persimpangan jalan.

SENTIASA YANG TERBAIK. Mungkin cogan kata ini menjadi inspirasi bagi pengarah PASKAL THE MOVIE Adrian Teh, untuk menghasilkan filem ini sebaik yang mungkin dan meletakkan filem ini sebaris dengan filem-fiem aksi yang lain. Tidak dinafikan, hasil “air tangan” beliau memang TERBAIK!

“Pilot Sir! Hold your position!” Teriak Gagak sambil mengambil kedudukan untuk menembak lanun dari jarak jauh di atas helikopter Super Lynx. Dia selaku sniper dalam team Tuan Arman memainkan peranan penting untuk menghapuskan ancaman pengganas juga lanun yang boleh menggangu misi mereka. 

Tuan Arman pula sudah berada diatas kapal yang ditawan lanun dan sudah pun bergerak mencari musuh. Lenggok dan gerak team Tuan Arman begitu kemas dan tangkas. Penggunaan bahasa isyarat yang mereka persembahkan juga mantap, seolah-olah sudah biasa dan tidak kelihatn kekok. 

Ini kualiti yang ditunjukkan dan hasil para pelakon menjalani latihan PASKAL sebelum memulakan penggambaran. Usaha pengarah dan pelakon untuk mendalami dan memahami watak dan jalan cerita begitu terperinci. Tidak hairanlah mengapa filem ini tidak membosankan dan kemas penyusunannya. Syabas!

“Leftenan kat sana malam. Are you happy to fly?” tanya Panglima pada juruterbang yang berada di Bunga Mas 5. Juruterbang tidak ada masalah katanya kerana cuaca baik dan bulan penuh,walupun tidak berupaya untuk melakukan penerbangan malam namun digagahkan juga demi misi. Begitu komited dan berani. Kesungguhan ini yang ditunjukkan dalam filem PASKAL bagi menanam semangat juang di dalam jiwa rakyat Malaysia.

Selain babak aksi, filem ini juga memuatkan sedikit babak emosi antara ibu dan anak, suami dan isteri juga kawan dan lawan. Suntingan menjadikan perasaan sedikit hiba bercampur geram. Kadang-kadang terasa kasihan dan tak sempat habis kasihan rasa marah mendatang.

Watak jahat Jeb juga berjaya dilakonkan. Memang bengang dan panas telinga mendengar lontaran-lontaran dialog dia apatah lagi melihat dia berlagak dan poyo. Aksi tempur tanpa senjata juga dilakukan dengan kemas. Aksinya tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek. Namun puas melihat kau melambung.

Anak hanya mengangguk sewaktu ibunya datang mendekatinya. Ingin dia sentuh wajah yang separuh ditutupi oleh kain. Hanya mata saja yang kelihatan. Mata bertaut sebentar, lalu anak berjalan meninggalkan ibunya yang mungkin baru memahami perjuangan dan pengorbanan. Tapi anak faham akan beban dan kesedihan yang ditanggung ibu. Apakah yang mampu dia lakukan. Perasaannya beperang sendiri. Jalan mana yang harus diambil. Apakah yang patut dipikul oleh bahu ini.

Apa pun babak dan permainan emosi yang cuba pengarah dan pelakon sampaikan, mesej yang paling utama adalah untuk menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak muda kini. Semangat cintakan dan ingin mempertahankan kedaulatan negara. Terbaik filem PASKAL.

KOMANDO, PASKAL!

Rating : 7/10

Tuesday, September 25, 2018

Penang Trip 2018 Day 3




CHOWRASTA,TOKONG ULAR DAN FERI

“Sayang bangun” kejut isteriku. Pagi ni kiteorang nak ambil Nini kat USM. Aku pun bangun la mandi dan solat. Bile keluar bilik je tengok mommy dah siap. Isteriku dah settle packing bag kiteorang. So kiteorang decide akan jumpa Bob sekeluarga dekat Roti Canai Transfer Road. Sampai kat USM Nini dah siap-siap, barang pun dah siap bungkus. Tapi banyak gile beg Nini ! Ada kotak siap. So ambil masa juga la nak susun beg dalam boot kereta, sampai kotak kena letak kat seat belakang. Dah sumbat semua beg dan kotak dalam kereta kiteorang pun laju-laju pergi menuju ke arah Roti Bakar Transfer Road.

Dekat-dekat area tu dah nampak gerai sebelah kanan, aku pun pusing kanan nak cari parking. Tapi takde pulak. Hampeh. Pagi-pagi pun parking dah penuh. So aku pusing balik dan parking depan sikit dari gerai tu. Macam biasa dah sampai kedai nak kena tunggu meja. Tapi Alhamdulillah sekejap ke tunggu meja. Kiteorang order, set roti bakar, roti telu, roti telur bawang dan roti canai biasa.

Tak lama lepas kiteorang order tu, Bob dan keluarga pun sampai. “Apesal makan sini?. Kedai roti canai tu depan lagi” cakap Bob. “Hah?!” La rupanya kedai Roti Canai Transfer Road tu depan lagi. Kedai yang kiteorang duduk ni kedai Roti Bakar Transfer Road. Adussss salah kedai pulak. Tapi takpelah. Dah rezeki makan kat sini. Lain kali kena berhati-hati masa nak waze. Tricky betul la. Ada je yang ambil kesempatan. Mungkin perut dah lapar sangat masa nak waze.

Dah kenyang kiteorang semua melantak kat Roti Bakar Transfer Road kiteorang bergerak pulak ke pasar Chowrasta dengan berjalan kaki. Pasar tu tak jauh pun dari tempat kiteorang makan tadi. Kat situ mommy beli buah pala sebagai buah tangan. Takde apa yang menarik sangat bagi aku kat pasar tu. 

Dah puas berjalan kat situ, kiteorang berpatah balik ke tempat parking. Rupanya Bob dah tunggu dalam kereta. Kiteorang terpisah masa kat Pasar Chowrasta tadi. Bob nak terus balik KL. So kiteorang salam-salam dan berpisah kat situ. Tinggal la aku, isteri, mommy dan adik. Kiteorang plan nak ke Snake Temple.

Sebelum kiteorang ke Tokong Ular tu, aku nak ke satu tempat bersejarah bagi aku. Kiteorang menuju ke Kem Rejimen 509 Askar Wataniah di Lebuh Peel. Tak jauh dari cuma 1 kilometer lebih je. Aku pernah menerima latihan sebagai anggota Askar Wataniah kat situ. Sampai kat area belakang kem tu aku parking. Kat situ macam ada simpang u-turn. Aku tak masuk kat dalam kem pun. Dari situ aku boleh nampak padang kawad, dewan makan, berek dan kawasan pejabat. 

Aku terdiam sekejap. Banyak yang aku belajar kat tempat ni. Hiba dan sedikit sebak. Memori dan gambaran rakan-rakan platun, jurulatih dan segala jenis latihan bermain di depan mata aku. Tak semua faham pahit manis yang kami lalui sebagai anggota simpanan. Aku sempat bergambar dekat signboard kem sebagai kenangan. Selepas tu aku terus masuk kereta dan kiteorang menuju ke Tokong Ular.

Sampai je kat Tokong Ular, aku dan isteri rasa macam tempat ni bukan tempat yang kiteorang nak pergi. Bila kiteorang fikir-fikir balik, barulah kiteorang sedar yang kiteorang nak ke Pagoda, bukan Snake Temple. Alahai. Takpe la. Dah sampi kan nak buat macamane. Kiteorang pun jalan-jalan sekejap kat dalam tu. Nini sempat paw mommy beli beg. Macam biasa adik. Hehehe. Isteriku dapat portable massager satu, mommy belanja juga. Tapi mommy pun terpengarug dengan menatang tu dan membeli dua portable massager tu. Untung uncle kedai tu. 

Masa ni kiteorang dah rasa lapar. Rasa macam nak makan Deen nasi kandar lagi. Tapi macam dah bosan pulak makan nasi kandar. Nak makan masakan lauk pauk melayu pula. Jadi aku drive je tanpa menggunakan waze dengan harapan ada la restoran masakan melayu kat tepi jalan.

Alhamdulillah. Selepas lebih kurang setengah jam drive. Jumpa la kiteorang Restoran Minah. Masuk-masuk tengok ada lauk pauk melayu. Tapi dah tak banyak masa tu. Tinggal sikit-sikit je. Boleh landari tak ada. Masakan dia sedap. Harga pun berpatutan. Lepas dah kenyang kiteorang pun bergerak balik ke KL. Tapi kiteorang tak lalu jambatan. Kiteorang naik feri.

Masa beratur nak tunggu feri tu mengambil masa lebih kurang 40 minit ke 1 jam. Tertidur la dieorang dalam kereta. Lepas tu dapat la naik feri. Seronok betul rasanya. Dah lama tak naik feri. Pemandangan tetap indah bagi aku. Walaupun perjalanan feri tu sekejap kiteorang tetap enjoy.

Turun ke feri kiteorang terus menuju ke lebuh raya. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 5.50 petang. Sepanjang perjalanan kiteorang berhenti di Perhentian Gunung Semangggol. Cadang nak minim petang. Tapi aku belasah juga nasi goreng biasa dengan ayam goreng kunyit. Yang lain semua makan bihun sup. Sambung perjalanan semua tidur dalam kereta. Traffik agak perlahan sebelum sampai terowong Menora dan traffik terus sibuk selepas terowong menuju ke selatan.

Setiap kali kalau kiteorang menggunakan lebuhraya PLUS menuju ke selatan. Kiteorang akan singgah di perhentian Ulu Bernam. Kat sini isteriku suka beli Pau Mun Yik. Aku pula suka makan mee kari kat sini. Layan. Penat drive, ngantuk pula kan. Pekena mee kari dengan nescafe. Ada pau pula. Memang terbaik. Nini dah tak tahan ngantuk. Orang makan dia tidur kat meja. 

Lepas tu kiteorang sambung balik perjalanan. Keadaan traffik sibuk. Kereta banyak dan pergerakan agak perlahan. Aku dah penat melayan kereta. Akhirnya kiteorang sampai rumah pukul 1030 malam. Semua orang penat dan mengantuk. Cepat-cepat kiteorang kemas barang dan mandi. Lepas tu semua masuk tidur. Tapi aku rase Nini tidur lambat kot. Ye ke dik?


Sunday, September 23, 2018

PENANG TRIP 2018 DAY 2




USM, MIR'S KITCHEN DAN LOVE LANE

Seawal pukul 0530 pagi isteriku dah kejut aku. Hari ni adalah hari penting dan bersejarah bagi adik iparku yang seorang lagi iaitu Nini. Hari ni dia akan ditauliahkan sebagai pegawai muda di USM. Setelah semuanya siap kiteorang pun bertolak ke USM. Suasana masa tu agak gelap. Setibanya kami di USM ibu bapa dah ramai yang sampai. Aku mencari-cari parking yang berdekatan dengan padang kawad. 

Masa tengah cari parking aku dah nampak detasmen-detasmen dari 3 perkhidmatan tu dah ada kat padang kawad. Mungkin tengah raptai lagi kot. Last raptai sebelum perbarisan yang betul-betul. Setibanya kami di padang kawad mommy (mak mertuaku) terus dihubungi oleh pegawai yang bertugas untuk membawa mommy ke khemah kadet terbaik. Jadi aku dan isteri ikut sekali.

Perbarisan bermula pada pukul 0820. Cukup meriah dengan pancaragam dan perbarisan masuk kadet Palapes. Ibu-bapa dan saudara mara berteriak keseronokan dan kagum dengan perbarisan tersebut. Selepas upacara perbarisan, mommy dikehendaki menaiki bas ke dewan pula untuk upacara pengurniaan watikah. Kiteorang suami isteri tak ikut. Kiteorang lepak dalam kereta di parking sambil makan segala bekalan yang kiteorang beli semalam. 

Lebih kurang sejam kiteorang dalam kereta kiteorang pun bergerak menuju ke dewan dan mencari parking yang berdekatan di kawasan dewan. Dah dapat parking kiteorang pun berjalan menuju ke dewan. Kiteorang cuma lepak di luar dewan. Di kawasan luar dewan penuh dengan pegawai dan anggota pasukan keselamatan.

Selesai saja upacara di dalam dewan, pegawai-pegawai muda berpusu-pusu keluar dewan. Kiteorang mencari-cari Nini, sampai kiteorang keluar masuk dewan. Akhirnya jumpa juga Nini di luar dewan. Nini terus memeluk isteriku dan start la drama air mata. Lepas tu baru la kiteorang bawa Nini jumpa mommy. Dan macam biasa drama air mata lagi. Sebenarnya Nini dah nampak kiteorang dari kat padang kawad lagi, sebab detasmen dia berada betul-betul dihadapan khemah kadet terbaik yang kiteorang duduk. Dan awal-awal lagi mommy dah menangis masa kat khemah tu lagi.

Selepas ambil gambar, kiteorang pun nak berangkat pulang. Tapi Nini tak ikut ada beberapa perkara lagi yang perlu dia selesaikan. Jadi aku, isteriku dan mommy menuju ke Deen Maju Nasi Kandar. Sebab kiteorang dah lapar gile. Nak cari nasi!

Kiteorang pergi ke Restoran Nasi Kandar Deen Maju di Jelutong. Kawasan kedai tu kawasan kedai lama. Parking di situ agak terhad. Jadi aku dapat parking di stesen minyak yang terletak di hujung kawasan kedai tersebut. Dah sampai kat restoran tu kena beratur lagi dan barisannya agak panjang. Satu lagi nak kena cari dan tunggu meja, sebab asyik penuh je kedai ni.

Nasib kiteorang baik. Tak lama beratur, dah nampak macam brader tu dah nak blah. Cepat-cepat alu pergi kat meja tu dan tanya brader tu dah nak gerak ke. Yes dia memang nak blah. So cepat-cepat dia habiskan minuman dia dan terus gerak. Sebelum dia berlalu sempat aku ucap terima kasih.

Jadi aku pun duduk la kat meja tu dan memesan minuman untuk isteri dan mommy. Sementara tu dieorang masih lagi beratur. Tak lama lepas tu dieorang pun sampai dengan makanan. Huih, nampak menyelerakan nasi kandar dia. Kuah campur, ayam goreng dan bendi. Alahai sedapnya. Dengan laju kiteorang makan tanpa menghiraukan orang lain. Hehehe. Memang sedap. Kena dengan selera tekak kiteorang. Selesai mengisi perut kiteorang pun bergerak pulang ke homestay.

Malam ni aku dah plan nak jumpa member aku Zul kat Penang. Dia bukan orang Penang tapi dia datang dari Ipoh sebab nak lepak dengan aku. Pehhh thanks dude datang jauh-jauh. Aku, isteriku, mommy, bob, isteri dia, anak dia dan mak mertua dia semua nak makan sekali malam ni. So aku buat keputusan nak makan dekat kedai makan yang dicadangkan oleh Zul iaitu Mirs Kitchen. Katanya ni kedai member dia.

Perjalanan dari homestay kiteorang mengambil masa 30 minit. Sesampainya kiteorang kat dalam kedai tu, aku tak nampak pulak kelibat Zul. Kiteorang duduk dulu, sambil membelek-belek menu. “Mane dude? Aku dah sampai ni” kataku dalam telefon. “Oh ye ke, jap jap dude, aku kat dapur ni” balas Zul. 

Mirs Kitchen ni bersih kedainya. Suasana kedai cantik. Ala-ala hipster gitu. Aku perasan kat dinding dia ada digantung komik-komik Tintin. Aku memang suka baca komik Tintin ni dari kecil. Makanan yang dihidangkan kat sini adalah makanan barat dan makanan melayu. Tapi nasi kandar takdelah. Kiteorang pun dah puas makan nasi kandar buat masa ni. 

Tak lama lepas tu Zul pun muncul dari belakang. So sambil-sambil makan aku pun bersembang-sembang dengan Zul. Lepas semua dah kenyang aku, isteri dan Zul nak pergi lepak dekat Love Lane. Kiteorang bertiga tak tau pun suasana Love Lane tu macamane. Tapi tengok kat Google macam ala-ala Jonker Walk kat  Melaka tu. 

Elok kiteorang nak gerak je, Bob nak ikut. Aku pun okay je lah. Perjalanan ke sana dalam 20 minit. Trafik masa tu tak lah sesak sangat. Cuma kau takut-takut ke nak bawak kereta ni, takut terlepas simpang. Sampai kat area Love Lane tu, kiteorang parking belakang kedai. Kiteorang pun berjalan la ke arah tempat yang ingin dituju berpandukan waze. Hehehe. Jalan kaki pun guna waze. Tak jauh pun dari tempat kiteorang parking. Jalan terus sikit dan belok kanan dah nampak kemeriahan Love Lane tu kat depan.

Kiteorang pun menyusuri jalan. Kiri kanan kiteorang adalah berbagai-bagai jenis bar dan kafe. Kebanyakannya mempunyai live band sendiri. Jadi muzik-muzik dah bercampur gaul. Tujuannya malam ni memang kiteorang nak lepak dan layan live band. Kiteorang ada juga roger hotel-hotel tapi kebanyakannya takde live band. Frust pula rasanya. Nak ke Hard Rock Penang agak jauh dari tempat kiteorang.

Kiteorang pun berjalan la sampai hujung jalan. Last-last kiteorang lepak dekat Mickes Place. Kat sini kafe dia acceptable sikit la sebab meja dia banyak dan live band dia main lagu ala-ala jazz. Tak lah bingit sangat. Masa kiteorang duduk kat meja tu, Bob dan keluarga pun sampai. 

Kiteorang semua duduk dan tengok menu. Tapi tak sempat nak order Bob macam nak bergerak balik, mungkin Lili, anak Bob dah mengantuk kot. Jadi tinggal la kami bertiga. Kiteorang lepak kat situ sampai pukul 0100. Lepas tu kiteorang pun hantar Zul balik ke Mirs Kitchen sebab kereta dia kat sana. Zul ni naik kereta aku masa nak pergi Love Lane. Sampai je kat homestay kiteorang terus tidur. Gile penat hari ni.



Saturday, September 08, 2018

PANGGILAN PERTIWI



[Gambar : Twitter ]



SEDIA BERKORBAN, TERIMA KASIH SUKARELAWAN DAN SUKARELAWATI

Pada 22-23 September 2018 ini Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di Unit KD SRI KLANG menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Peuang seperti ini jarang-jarang berlaku, kerana aku rasa tak selalu PSSTLDM buka pengambilan baru, berlainan dengan Askar Wataniah. Setahu aku la. Jadi bagi sesiapa yang berminat bolehlah mempersiapkan diri untuk temuduga.

Pada fasa pertama ini seperti biasa mestilah ujian kecergasan disediakan untuk calon-calon yang hadir. Antara ujian kecergasannya calon mungkin dikehendaki berlari sejauh 2.4 kilometer dalam masa 12 minit. lebih kurang 1.2 km dalam masa 6 minit menjadikannya 200 seminit mungkin. Tekan tubi sebanyak 60 kiraan dalam masa 2 minit. Mungkin inilah ujian yang bakal dihadapi oleh calon-calon nanti.

Kelebihan menyertai PSSTLDM rasanya sama saja dengan Askar Wataniah dari segi elaun dan faedah yang lain seperti pakaian seragam dan layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA. Apa yang membezakannya mungkin dari segi latihan yang akan diberikan dan dipelajari oleh anggota PSSTLDM. Jika bernasib baik, anggota PSSTLDM mungkin juga akan dapat menyertai pelayaran.

Walau apa pun jua, kepada yang sedang berkhidmat atau tidak lagi berkhidmat sebagai sukarela, tidak kira unit mana atau dalam perkhidmatan apa sekali pun, DARAT, LAUT DAN UDARA, jasa dan keringat anda semua sentiasa dikenang dan terima kasih atas pengorbanan anda semua. 

Jadi bakal-bakal anggota dan pegawai PSSTLDM, persiapkan diri dan sediakan dokumen untuk menghadirkan temuduga. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya sebelum hari jadi esok. Semoga Berjaya!

PENANG TRIP 2018 DAY 1




[Gambar : Jiwabesi]


NEW HOLLYWOOD, PASEMBUR DAN PADANG BROWN

Kiteorang dah bertolak dari rumah pukul 0650 pagi. Suasana agak gelap dan sejuk. Macam nak hujan. Hari ni kiteorang nak ke Pulau Pinang. Ada misi khas. Hehe. Perjalanan mungkin mengambil masa 5 jam.

Lebih kurang pukul 8 lebih kiteorang dah nak sampai Ipoh. Aku keluar ke persimpangan Ipoh. Kiteorang memang dah plan untuk bersarapan di Ipoh. Restoran kegemaran kiteorang. Restoran New Hollwyood di Canning Garden.

Restoran ni nampak macam restoran cina, tapi ramai peniaga melayu yang menjual makanan di restoran tersebut. Restoran ni terletak di kawasan kedai lama dan berada di lot kedai yang hujung sekali.

Sampai je kat restoran kiteorang tak tunggu lama untuk mendapatkan meja. Kat sini memang ramai orang datang bersarapan. Silap-silap memang lama la kalau nak tunggu meja. Duduk je kat meja ada pelayan datang kemaskan meja kiteorang dan lap. Selesai dia bersihkan meja kiteorang dia terus ambil pesanan. Pelayan ni cuma ambil pesanan air minuman dan roti bakar saja. Untuk makanan lain kiteorang kena berjalan ke gerai-gerai yang ada kat kawasan restoran tu.

“Nescafe tarik satu, Neslo ais satu dan air suam dua dengan roti bakar telur goyang satu set” ulang pelayan tersebut dan berlalu pergi selepas kiteorang mengangguk setuju. Selepas itu isteriku terus pergi mencari makanan di gerai-gerai itu dan aku ditugaskan untuk menjaga meja. Hehe. 

Beberapa ketika isteriku pun balik ke meja semula. Dia memesan nasi lemak ayam untukku, yong tau fu goreng dan mee kicap untuk dia. Tapi ada satu lagi makanan favourite kiteorang kat sini adalah chakoi goreng dan baby chakoi. Cicah dia memang sedap kat sini. Tapi masa tu gerainya tak buka lagi. Kempunan chakoi kiteorang. Takpe la lain kali boleh repeat lagi.

Kiteorang pun makan dengan lahap sekali sebab memang dah kosongkan perut sejak semalam semata-mata nak makan kat sini je. Memang laju kiteorang makan. “Erkkkk.. Alhamdulillah” aku sendawa sambil mengusap perut yang kekenyangan. Air Nescafe tarik yang lemak manis dan panas cukup menyegarkan. Aku try air Neslo ais isteri ku pun sedap sangat. Sejuk-sejuk manis dan pahit semuanya seimbang. Syukur nikmat makan yang sedap pagi ni.

Selepas selesai mengisi perut kiteorang pun menyambung semula perjalanan ke Pulau Pinang. Sepanjang perjalanan kiteorang sembang-sembang kosong. Kiteorang memang jarang sangat mendengar radio kalau dalam kereta. Kiteorang memang enjoy pemandangan di luar dan aku memang suka driving.

Pada mulanya kiteorang plan nak naik feri, tapi semakin hampir dengan Pulau Pinang cuaca agak mendung dan hujan mula turun sikit-sikit. Jadi kiteorang ambil keputusan untuk masuk ke Pulau Pinang melalui jambatan pertama. Tol yang dikenakan untuk menaiki jambatan adalah RM 7. Pemandangan semasa menyusuri jambatan cukup menenangkan. Memang aku suka laut kot. Masa tu jam lebih kurang pukul 11 lebih.

Keluar saja dari jambatan kiteorang terus menuju ke Gurney Paragon. Shopping Mall baru kot aku rasa. Macam jauh jugak aku rasa nak ke sana. Mungkin sebab tak tau jalan kot, sebab tu rasa macam tu. Gurney Paragon tu cantik, ala ala Pavilion kot aku rase. Masa kiteorang kat situ tak ramai sangat orang.

Lepas puas jalan-jalan di Gurney Paragon, kiteorang berjalan kaki menuju ke Gurney Plaza. Kat sini memang ramai orang. Rasa macam kat Angsana JB pun ada. Cuma Gurney Plaza ni tinggi la dari Angsana JB tu. Kiteorang mengambil keputusan untuk menonton wayang dekat sini. Cerita Hantu Kak Limah. Kelakar siut cerita HKL. Terbahak-bahak kiteorang dalam pawagam tu.

“Sayang, Bob dah sampai” kata isteriku kepadaku semasa kiteorang jalan keluar dari pawagam. Bob tu adik iparku. Dia yang menguruskan penempatan kiteorang kat sini. Dia bersama-sama isteri,anak, mak dan ibu mertuanya dah sampai di homestay. “Okay, share location ye” jawabku.

Bob meminta kiteorang membeli sedikit makanan sebelum kiteorang datang ke homestay. Jadi kiteorang mengambil keputusan untuk ke Padang Kota lama untuk mencari makanan. Sampai ke kat sana kiteorang tengok tak banyak lagi gerai yang menjual makanan. Kiteorang cuma jalan-jalan sekejap di sana, memandangkan cuaca agak panas terik dan kiteorang pun dah keletihan.

Jadi kiteorang mengambil keputusan untuk mencari makanan di sepanjang perjalanan nanti. Dalam perjalanan ke sana kiteorang berhenti di satu kedai bernama Tomyan Udang kot kalau tak salah aku. Kiteorang bungkus beberapa nasi goreng. Tapi tak berapa sedap sangat la masakannya.

Okay sampai je kat kawasan homestay tu Bob dah tunggu kat luar pagar utama. Homestay yang kiteorang duduk ni adalah kondominium lama yang diberi nama Mutiara Heights. Aku tengok kawasan parking dia memang penuh dan sendat dengan kereta dan motor. Dan kawasan kolam renangnya adalah di kawasan parking. Sangat unik. Hahaha. Kelakar dan pelik. Unit kiteorang terlatak di tingkat 29 dan merupakan unit yang hujung sekali. Unit tersebut mempunyai 4 bilik dan 4 bilik air. Balkoninya pula menghadap ke arah laut. Jadi boleh nampak Butterworth dan kedua-dua jambatan Pulau Pinang. Angin di atas ni agak nyaman.

Makan malam kami menuju ke Padang Brown. Kat area ni parking agak susah jugak. Kereta banyak. Suasana di sana macam food court ada meja-maja makan yang disediakan di tengah dah sekelilingnya ada gerai-gerai yang menjual makanan. Menu kiteorang pada malam otu adalah Pasembur yang berharga RM69, dua sup kambing bersama roti, tapi sup kambing dan rotinya tak boleh lawan Soup House Muar. Kami berenam masa tu. Selesai makan kami pun berangkat pulang ke homestay. Semua orang dah penat masa tu. Sebelum pulang kiteorang singgah di kedai untuk membeli makanan ringan buat bekalan esok.