Pling! “Assalamualaikum dan Selamat pagi. Ini kapten anda bercakap. Kita sudah pun berada di ruang udara Jepun dan akan mendarat sebentar lagi di New Chitose Airport. Cuaca dilaporkan agak baik dan suhu diluar lebih kurang 5 darjah celcius.” umum juruterbang.
Kejap lagi nak mendarat dah. Dari pukul 4 pagi aku terjaga sampai sekarang tak tidur-tidur lagi. Semalam pun bangun macam ni juga. Adoi la kejap lagi nak jalan-jalan. Sepanjang masa aku tak tidur tu aku cuma berangan je la. Lebih kurang pukul 5 pagi, aku dah boleh nampak cahaya matahari mula memasuki ruang kabin.
Kiteorang duduk twin seat. Selesa sikit. Aisle kat tepi tu menjadikan ruang tempat duduk kiteorang besar dan selesa. Toilet pun dekat. Enjin pun dekat. Hahaha! Tu yang bising tu. Sambil-sambil tu aku layan pemandangan melalui tingkap kapal terbang. Masa ni sebelah kanan kabin kelihatan warna kemerah-merahan. Cantik sangat. Aku dapat tengok melalui tingkap sebelah kanan tu nampak cahaya matahari masuk. Aku dudk sebelah kiri kabin. Sebelah sini cahaya tak sampai lagi. Nampka suram -suram je.
Bila dah cerah nampak la awan. Hati dah seronok sangat. Tak sabar-sabar nak landing. Tiba-tiba sedang aku layan perasaan kat luar tingkap tu, aku nampak sebuah kapal terbang 737 terbang laju meluncur dan aku nampak macam ada kepulan asap hitam keluar dari enjin sebelah kiri dia. Aku macam panik! Biar betul ni! Apahal kapal terbang tu. Aku amati asap hitam tu tak nampak macam asap nampak macam buih tapi streamline. Tegak je. Mungkin pesawat tu tengah dump fuel kot. Perlu ke aku bagitau pilot? Mungkin pilot dah tau melalui radio. Itu adalah antara pemandangan yang jarang dapat dilihat. Berdebar rasanya.
Tak lama lepas tu kiteorang pun mendarat kat New Shintose Airport. Masa tu bateri telefon dah flat. Keluar je imigressen terus kiteorang cari kabel nak charge telefon. Charger dalam beg satu je. Lagi satu dalam check in beg. Terpaksa la beli kabel extra kat sini. Nasib baik charging port dia tak jauh dari kedai serbaneka dieorang. Sejam juga la kiteorang lepak kat charging area tu. Bila dah penuh kiteorang pun start keluar dari kawasan airport tu. Masa nak keluar tu kiteorang lalu kawasan kedai-kedai dalam airport tu. Jumpa la kedai coklat Royce. Sedap kau coklat dia. Lepas tu kiteorang beli aiskrim susu. Tinggi gila aiskrim dia. Susu dia padat pulak tu. Huih! Muak makan.
Dah puas berjalan dalam terminal kiteorang pun bergerak keluar menuju ke bandar naik keretapi. Masa dalam keretapi tu aku rasa pelik sebab dia ada skip beberapa stesyen. Aku macam berdebar. Aku kira berapa lagi stesyen nak sampai ke Naebo. Sikit lagi. Aku tengok pamplet aku tengok papan tanda dalam keretapi. Lama-kelamaan baru aku perasan. Keretapi ni jenis ekspress. Dia akan skip beberapa stesyen untuk cepat sampai ke stesyen Sapporo. Seperti yang aku jangkakan, train ni lalu je katbstesyen Naebo dan terus ke stesyen Sapporo. Jadi terpaksa la kiteorang berpatah balik menuju ke stesyen Naebo. Kena tukar keretapi lain. Tak jauh pun beza satu stesyen je.
Sampai kat stesyen Naebo, terasa macam kat stesyen KTM Seremban tapi kecil sedikit. Jarang aku turun stesyen macam ni kat Jepun. Selalu stesyen canggih-canggih. Ni memang stesyen lama ni. Klassik. Jadi dari stesyen Naebo kiteorang kena berjalan kaki ke apartment yang kiteorang dah sewa. Patutnya awal lagi nak check in tapi owner kate boleh letak beg. Macam biasa cari Airbnb kat Jepun ni memang senang. Owner akan bagi maklumat yang lengkap siap peta dan gambar-gambar yang kotang akan lalu. Gambar traffic light pun ada. Apartment kiteorang memang tak jauh dari stesen Naebo tu. Dekat gile. Keliling pulak siap ada 7eleven, Family Mart dan macam-macam lagi kiosk/kedai yang aku tak pernah jumpa. Senang la.
Dah letak beg, dah strecth badan sikit-sikit, kiteorang pun keluar berjalan. Cadangnya nak pergi muzium keretapi. Berjalan la kami suami isteri mencari destinasi menggunakan waze. Dalam perjalanan tu kiteorang jumpa Aeon. Suasana berjalan kat situ best. Naebo ni tenang kereta tak banyak. Kiteorang siap lintas rel keretapi lagi. Bila keretapi lalu terasa angin dia. Tapi bau asap tetap ada la. Tiba je kat muzium keretapi tengok dah tutup. Adoi! Apahal pulak ni. Kechiwa. Kiteorang pun berpatah balik ke Aeon mall tadi tu.
Dalam Aeon mall tu kiteorang browsing-browsing tengok barang. Saja cuci mata. Dari satu pintu ke satu pintu yang lain. Lepas tu kiteorang keluar satu pintu ni tengok ada taman kat depan. Lepas tu ada bangunan yang diselimuti dengan daun. Cantik. Jalan ke depqn lagi tengok ada taman. Ada kafe. Wow port lepak ni! Rupa-rupanya barulah kiteorang tau tempat tu la Bier Garten. Check! Satu tempat dah sampai. Kiteorang pun berpiknik la kat situ sambil makan bekal yang kiteorang bawak iaitu nasi impit, daging dendeng dan serunding. Sedap weiiiiiii!!!! Udara sejuk-sejuk makan suam-suam. Huii bestnya la hai.
Dah puas melepak kat taman tu kiteorang pun bergerak balik ke apartment. Sampai apartment buka la beg. Jengjengjeng! Travel adapter salah bawa! Adoi! Macamane boleh salah bawak ni. Macamane nak charge phone ni. Alahai. Terpaksa la keluar balik cari plug. Kedai/kiosk banyak keliling kan tapi satu pun takde jual travel adapter. Hampeh betul! Last-last ada la satu kedai tu jual usb charger boleh la masuk dua slot usb serentak. Itu pun dah puas kiteorang berpusing cari. Jadi malam tu kiteorang balik keletihan yang teramat sangat. Mandi-mandi terus tidur. Fuh!
No comments:
Post a Comment