Macam biasa kiteorang suami isteri bangun pukul 4 pagi. Kiteorang persiapkan diri dan bersarapan dengan bekal yang kiteorang bawak dari Malaysia. Ketupat mini Adabi/Nona memang berguna betul. Pagi-pagi macam ni makan disulam pula dengan air milo panas-panas. Sedapnya tak terkata. Dah kenyang kiteorang pun berjalan keluar menuju ke stesyen Naebo. Hari ni destinasi adalah Otaru.
Suasana pagi tu nyaman betul. Suram-suram pagi diselangi cahaya matahari yang baru nak keluar. Cantik. Kereta tak banyak. Tenang. Dari Naebo nak ke Otaru tak susah. Ada direct train ke sana dari Naebo. Kena redah lebih kurang 13 stesyen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih kot. Dah beli tiket kiteroang pun gerak terus pergi platform. Sekali-sekala tengok keretapi bersimpang-siur. Kat stesyen ni memang boleh nampak landasan keretapi dia yang banyak.
Pemandangan sepanjang perjalanan tu memang best. Mula-mula lalu kawasan bandar sikit lepas tu lalu belakang rumah orang. Part lalu tepi laut tu yang best tu. Indah sungguh. Betul-betul tepi laut keretapi ni bergerak. Cantik sungguh la. Terdiam kiteorang suami isteri tengok pemandangan tu sambil layan perasaan. Asyik. Keretapi ni akan lalu satu stesyen nama dia Zenibaku. Sebelum dan selepas stesyen tu kiteorang boleh tengok suasana kat situ. Macam dalam komik Jepun suasana kat Zenibaku tu. Rumah kedai kecik-kecik, rapat-rapat. Tapi kiteorang tak turun la, lalu je.
Sampai kat Otaru, kiteorang pun keluar dari stesyen. Tarikan utama kat sini adalah Otaru Canal. Masa musim salji cantik la sebab ia akan dilitupi salji sambil ada sampan besar menyusur kat canal tu. Tapi kiteorang tak naik la. Tempat tu tak jauh dari stesyen pun. Bandar ni pun tak sibuk. Kedai banyak. Otaru ni bandar pelabuhan. Jadi kat sini banyak la kapal-kapal berlabuh yang dapat kiteorang tengok. Siap ada seorang pakcik tu rilek je memancing kat tepi pelabuhan tu. Lepas tu ada pulak seekor kucing kat belakang pakcik tu tunggu pakcik tu memancing. Comel betul. Kat sini juga ada satu landasan keretapi lama yang menghubungkan pelabuhan dan bandar dulu kot. Kat sini juga banyak bangunan batu merah dan dilitupi dengan bunga-bunga melekat kat dinding. Cantik la kalau nak ambil gambar.
Dah puas berjalan, kiteorang masuk pulak Tourism Centre dia kat situ. Dalam tu macam biasa la ada jual cenderahati dan makanan-makanan produk dari Otaru juga rasanya. Ada satu sudut kat situ ada pelancong-pelancong dari seluruh dunia tampal duit negara masing-masing. Penuh la duit kat dinding situ. Duit RM pun ada terselit juga. Saja je kiteorang masuk sini, nak panaskan badan. Sejuk. Tapi isteri aku rilek je, aku je rasa nak menggigil. Oh sebelum masuk ke Tourism Centre tu kiteorang dah berpiknik kat jambatan Otaru Canal tu. Macam biasa kiteorang makan bekalan yang kiteorang bawa. Sambung jalan-jalan kat area Otaru tu, aku sempat beli satu beg galas letak barang-barang makan. Lenguh bahu wei! Sebab sebelum ni letak dalam beg kain sangkut kat bahu.
Destinasi seterusnya adalah ke bandar Sapporo. Sampai je kat Sapporo kiteorang terus cari Big Camera. Saje nak tengok barang-barang. Takde apa yang menarik pun. Lepas tu kiteorang jalan-jalan kat taman Sapporo tu yang ada mini Eiffel Tower. Ramai gile orang berdating kat situ. Kat sotu ada satu bulatan besar macam ada tempat duduk. Kat situlah kiteorang makan bekal yang kiteorang bawa. Dinner di tengah taman di tengah kota okay. Hehe. Masa tu angin sepoi-sepoi tapi dia punya sejuk huiii tajam je sampai muka. Aku memang dah bertutup muka dah dengan kain. Tapi orang lain rilek je wife aku pun steady je.
Dah kenyang kiteorang bergerak ke Susukino. Saje nak tengok nightlife. Kiteorang berjalan kaki saje. Seronok juga tengok orang berjalan-jalan ni. Macam-macam ragam. Aku nampak ada juga tram kat tengah bandar ni. Tapi tak naik la sebab kiteorang nak berjalan. Tiba-tiba aku nampak ada seorang mamat jepun ni naik skateboard kat tengah jalan. Rilek je dia meluncur. Tak pernah aku tengok orang jepun buat perangai macam ni.
Dari Susukino kiteorang berjalan kaki balik ke Naebo. Tak jauh pun. Guna waze.Tapi dalam perjalanan phone kiteorang habis batteri pulak. Adoi. Hilang arah dah macam ni. Puas berpusing. Serius. Pusing-pusing jumpa tempat yang sama balik. Banyak juga kedai/kiosk yang kiteorang masuk minta tolong tunjukkan jalan. Kebanyakkannya tak tau nak berbahasa Inggeris. Tapi dieorang tetap nak tolong dan hormat pelancong. Akhirnya ada juga budak lelaki kat kedai 7eleven yang tau berbahasa Inggeris sikit-sikit. Dia la tunjukkan arah jalan nak balik apartment kiteorang. Fuh!
Selamat sampai apartment kiteorang bersihkan badan dan terus tidur. Penat gile weh!
No comments:
Post a Comment