Dendeng. Ketupat mini. Seri muka.
Pukul 4 pagi aku dah terjaga. Tak boleh tidur dah. Ke kanan sudah ke kiri pun sudah tapi masih mata ni terbuka luas. Sudahnya aku berjaga sampai subuh. Selepas solat subuh aku try lagi nak tidur. Cuba lagi. Namum gagal.
Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke gym pagi tu. 0820 pagi aku dan isteri dah sampai kat gym. Orang tak ramai. Aku macam biasa warm up sikit lepas tu layan lari atas treadmill. Lepas sejam bersenam di gym kiteorang pun naik la balik ke rumah.
Kiteorang berehat sekejap. Lepas tu isteriku mula memasak. Malam ni kiteorang nak ke Sapporo, Jepun. Penerbangan pukul 2330. Semalam kiteorang dah beli barang-barang makanan untuk dibawa ke sana. Jadi hari ni isteriku masak daging dendeng dan rebus ketupat mini untuk bekalan disana. Selain tu dia juga buat kuih seri muka untuk bapaku yang nak bawa ke mesyuarat. Sebenarnya baba nak kuih cara tapi tak sempat rasanya nak buat jadi aku bagi cadangan buat kuih seri muka je.
Sambil-sambil isteriku masak tu aku layan Melodi je. Ada juga la aku masuk dapur tolong-tolong basuh pinggan. Antara barang yang kiteorang beli semalam adalah :
- Roti Gardenia
- Kari Ayam, Kurma Ayam dan Sup Kambing dalam tin.
- Ketupat mini.
- Snickers
- Mentega
- Tuna dalam tin.
Ketupat mini dan daging dendeng isteriku dah masak siap-siap sebelum pergi. Sebaik je rancangan Melodi tu nak habis, Daging dendeng dan ketupat mini dah siap. Jadi itulah makanan tengah hari kiteorang. Kuih seri muka masih lagi atas dapur. Selesai makan aku dah rasa macam mengantuk. Barulah boleh tidur.
Sebelum Asar isteriku dah kejut untuk bersiap-siap. Kejap lahi pukul 6 petang kiteorang nak gerak terus ke airport. Aku pun dengan malasnya pun bangun mandi, solat dan makan sikit kuih seri muka yang dah siap. Sedap! Isterku dah packing dah semua barang-barang yang nak dibawa ke sana. Aku tinggal buat inspection je. Terbaik la b. Muah muah!
Jadi pukul 6 lebih kiteorang pun berangkat la ke KLIA2. Sebelum tu kiteorang singgah kejap rumah mama dengan baba nak hantar kuih seri muka. Perjalanan ke airport agak lancar. Sebenarnya ini adalah trip birthday kiteorang. Kami suami isteri berkongsi bulan hari lahir yang sama dan beza hari lahir kami cuma dua hari. Jadi setipa kali birthday kiteoorang, kalau ada kelapangan dan izin Allah kiteorang akan ke luar negara.
Sampai kat KLIA2 kiteorang terus pergi surau dulu. Selesai solat kiteorang pergi wrap bag dan isteriku tukar duit. Settle tu kiteorang print boarding pass dan bag tag dekat kiosk. Lepas tu pergi beratur nak check in pula, dalam masa yang sama isteriku pergi ambil portable wifi yang disewa. Tapi sebenarnya dah check in dah print boarding pass dan bag tag tak payah la beratur dekat check in counter lagi. Terus je pergi ke self drop baggage counter. Wahhh!!! Kenapa la malam tu kiteorang agak blur. Tapi nasib baik beratur check in tu tak lama.
Dah selesai dengan urusan check in, aku pergi smoke kejap kat luar. Tapi masa tu sebenarnya agak kelaparan. Tengok jam macam dah tak sempat dah. Dah puas isap rokok, kiteorang pun masuk la ke balai berlepas. Sebelum nak sampai gate, kiteorang akhirnya ambil keputusan untuk tapau Mcd. Double cheese burger dengan fries. Oh sedapnya! Dah lama tak makan Mcd.
Elok kiteorang berjalan ke arah gate, terus je dieorang buat pengumuman gate nak buka dan boleh masuk. Tak sempat nak duduk terus je kiteorang pergi berdiri kat depan pintu. So lepas check boarding pass dan passport kiteorang masuk la kat departure hall tu. Tak boleh pun lagi masuk kapal terbang. Sambil menunggu kiteorang pun melantak la Doubel Cheese Burger dengan French Fries tu. Terbaik. Lapar dua orang ni sebenarnya.
Lepas tu dieorang pun panggil la untuk boarding. Kiteorang duduk zon belakang. Masa tu dah pukul 11 lebih. Isteriku dah ngantuk-ngantuk. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi esok pagi pukul 8 baru sampi Sapporo. Tepat jam 12 aku pun wish Happy Birthday kat isteriku. Nak post kat FB tak boleh la kan dah takde line. Aku cuba buat scheduled post kat phone tak boleh. Hampeh betul. Apa-apa pun Happy Birthday B! Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Amin!
Happy Birthday B!
Sapporo here we come!
No comments:
Post a Comment