Gambar dari Google
PENGUATKUASAAN ATAU PENGUASAAN
DEOKING; KUASA PENDAKWA; IMPIAN ATAU BEBAN ATAU TANGGUNGJAWAB
Park Tae Soo dibesarkan oleh bapanya yang gangster dan pencuri si kampung halaman mereka. Bapanya menjadi sumber inspirasi Tae Soo dan menjadikan dia seorang yang cool dan pandai berlawan di sekolah.
Satu hari dia ternampak sebuah kereta besar di hadapan rumahnya. Apabila dia datang lebih dekat dia melihat bapanya sedang melutu dan merayu kepada seorang lelaki yang segak tapi tidak lah sasa.
Lelaki tersebut menampar-nampar muka bapanya dan bapanya tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja mukanya ditampar oleh lelaki tersebut.
Tae Soo terfikir, lelaki tersebut bukan lawan bapanya. Bapanya boleh saja membelasah lelaki tersebut dan menang dengan mudah kalau dilihat dari saiz badan dan gaya tamparannya.
Kejadian itu menyebabkan Tae Soo sedar kuasa sebenar bukan terletak pada kekuatan tetapi dari kebijaksanaan dan bagaimana memanipulasinya mengikut keadaan.
Sejak itu Tae Soo menanam cita-cita untuk menjadi pendakwaraya seperti lelaki tersebut. Tapi bukan mudah baginya kerana dia terpaksa untuk belajar dan ia bukan sesuatu yang dia minat.
Filem ini seronok untuk ditonton. Ia menceritakan perjalanan Tae Soo menjadi seorang pendawaraya, kisah cintanya dan konflik yang berlaku serta kes-kes yang dihadapinya.
Salah satu kekuatan filem ini adalah ia berkait rapat dengan peristiwa bersejarah yang berlaku di Korea Selatan. Ia juga menggabungkan dunia gangster dan politik yang berkait dengan undang-undang.
Dalam filem ini ia ada mencampurkan elemen-elemen seperti filem Wolf of Wall Street khasnya di babak-babak pergaulan sosial dan parti.
Kalau dilihat dari poster dan tajuknya ia seperti filem berat. Tapi tidak. Filem ini ringan dan mudah untuk difahami. Pada pertengahan cerita ia agak drag dan lembab.Jalan ceritanya ada. Pergerakan babak ke babak agak sederhana laju. Kesimpulannya jangan expect cerita berat. Tak sangat pun. Boleh la tengok time-time nak minum petang atau pun lepas lunch. Ringan dan mudah.
Adakah Tae Soo berjaya? Penguatkuasaan undang-undang atau penguasaan undang-undang?
No comments:
Post a Comment