4.00 pagi, alarm telefon isteriku berbunyi. Arghh. Malasnya nak bangun. Baru beberapa jam saja kiteorang melelapkan mata rasanya. Penat. Semalam kiteorang sibuk buat persiapan untuk ke Terengganu hari ni. Misi kali ini adalah untuk melawat adik iparku yang belajar di sana. Ibu isteriku yang ku panggil mommy dah sampai dari kampung semalam.
Isteri ku bingkas bangun. Dia terus ke dapur untuk menyediakan bekalan untuk perjalanan hari ini. Malam tadi isteriku dah buatkan sandwich tuna pedas tahap 3 dan disaluti pula dengan mayonis. Penuh satu tupperware besar sandwich tu dimuatkan. Pagi ni pula menu masakan adalah nasi goreng. Sementara isteriku bersilat di dapur, aku kemaskan apa yang patut di bilik kiteorang. Tak banyak pun kerja aku. Lipat sana sini sikit dah siap.
“ Ni semua nak hantar bilik basuh?” Tanyaku
“Iya sayang” jawab isteriku lembut. “Terima kasih cinta” sambungnya sambil aku berlalu pergi dengan pakaian yang sudah dipakai untuk di letakkan di laundry room. Ketika aku melewati ruang tamu aku lihat mommy dah pun siap dan sedang melepak di sofa ruang tamu. “ Kejap ye monmy. Nak settle kan apa yang patut” kataku. “Aah takpe” kata mommy sambil tersenyum. Cadangnya kiteorang nak bertolak awal. Seawal 4 pagi. Cadang je la. Nasib baik isteriku dah packing siap-siap malam tadi. Tak la kelam-kabut sangat pagi ni.
Jadi lebih kurang pukul 5.50 pagi kiteorang pun mula bergerak ke Terengganu. Aku menggunakan jalan MRR2 menuju ke Tol Gombak untuk masuk ke LPT. Alhamdulillah jalan MRR2 tak banyak kereta. Lancar je. Lepas tol pun jalan clear. Aku berhenti sebentar di Hentian Genting Sempah untuk solat subuh. Tadi sebelum masuk ke kawasan rehat ni berpusing aku nak cari parking, bukan kereta banyak pun cuma nak cari tempat letak kereta yang dekat dengan surau. Selesai solat kiteorang pun sambung perjalanan. Kiteorang berhenti di Hentian Temerloh. Masa kiteorang berhenti solat di Hentian Gening Sempah tadi kebanyakan kedai makan masih belum buka lagi. Masa di Hentian Temerloh dah banyak kedai yang buka. Kiosk serbaneka je tutup lagi. Jadi kiteorang makan bekal yang isteriku masak. Penuh atas meja kiteorang dengan tupperware. Tambah pula dengan termos yang berisi air kopi 434 yang mommy bawa dari Muar. Aromanya cukup harum. Dah la termos tu tinggi. Orang yang lalu-lalang tengok je kami sekeluarga melantak. Tak cukup dengan nasi goreng aku beli pula keropok udang makan dengan nasi goreng, Huuii.. sedap habaq hang!
Selesai bersarapan, kiteorang terus sambung perjalanan ke Terengganu. Kereta memang tak banyak. Selesa betul pemanduan macam ni. Berhenti sekali lagi di Paka untuk meluruskan kaki dan terus bergerak menuju ke Kuala Terengganu tanpa henti. Sebaik nak susur keluar aku dah suruh isteriku roger adik iparku yang kiteorang dah nak sampai. Isteriku kata adik tengah ada latihan kawad, jadi boleh ambil dia kat dataran kawad, lepas tu baru pergi hostel dia. Tak jauh nak pergi UMT dari susur keluar LPT tu cuma traffic light je banyak. Kereta tak banyak pun hari ni. Setelah kiteorang ambil adik. Kiteorang pun terus menuju ke homestay Villa Kristal, Taman Tamadun Islam.
“ Wah cantiknya” kata adik iparku Nini. Villa tersebut berdekatab dengan Masjid Kristal dekat pula dengan gerai-gerai menjual barangan cenderahati kat tepi jalan masuk Masjid Kristal tu. Villa Kristal dibina bagaikan 2 buah bungalow yang dipisahkan kepada 4 lot homestay. Maknanya sebuah villa mempunyai 2 lot untuk disewa iaitu atas atau bawah. Kiteorang ambil lot bawah, senang sikit tak payah naik tangga. Bahagian dalamnya pula biasa saja. Barang-barang dan perabut lama. Hiasan dalam pun dah outdate. Kalau korang biasa pergi bungalow A’famosa kat Melaka tu, lebih kurang sama la keadaan dalam villa ni. Tapi kebersihannya masih terjaga. Selepas offload barang-barang dari kereta, kiteorang sambung makan bekalan yang dari rumah. Lepas tu kiteorang berehat sekejap. Maklum la jauh perjalanan. Adik pula penat berkawad.
“Sayang bangun” kejut isteriku. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Errmm.. sengal-sengal badan nak bangun tidur. Sejuk-sejuk aircond ni sedap sambung tidur. Aku bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Petang ni kiteorang nak pergi lepak di Pantai Batu Buruk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Traffik agak lancar. Sampai di sana aku terus cari parking. Rang tak ramai lagi kereta pun tak banyak. Kat sini kiteorang nak cari Milo ais kepal. Sebelum parking tadi kiteorang dah nampak gerai Milo ais kepal ni. Gerainya berdekatan dengan A&W dan bulatan Pantai Batu Buruk ni. Jadi tanpa membuang masa kiteorang pun terus ke gerai tersebut. Adik iparku memesan Milo ais kepal, isteriku pula Milo ais kepal campur Horlick. Bagiku rasa dia biasa je. Rasa keras-keras ais kepal tu la. Tak la wow sangat bagi aku.
Lepas tu kiteorang lepak-lepak dekat tepi pantai. Ambil-ambil gambar dan main buai dekat situ. Masa tu dekat situ macam ada exhibition. Kiteorang kalau ke pantai mesti ada exhibition. Dulu masa pergi Port Dickson pun ada exhibition jugak. Rezeki kiteorang la agaknya. So masa tu ada pertandingan 4 wheel drive. Seronok juga la tengok jeep-jeep merempuh halangan. Banyak lagi la persembahan kat situ. Kiteorang pun jalan-jalan, masa tu perut dah terasa lapar. Adik ajak pergi makan dekat food court area pantai. Kat situ ada macam-macam gerai makan. Antaranya Kambing Bakar Guangzhou. Aku makan nasi biryani dan kambing bakar guangzhou tu. Nasi biryani tu sedap. Tapi kambing bakar tu tak sedap sangat bagi aku. Dia rasa rempah terlebih agaknya. Isteriku makan mee claypot, adik makan dim sum dan mommy pula makan nasi campur.
Selesai makan, kiteorang jalan-jalan area food court tu. Dekat situ ada kedai Gelora Batik. Masuk je kiteorang disambut dua orang penjaga kedai itu. Lama juga la kiteorang bersembang pasal batik dengan dieorang. Dah puas bersembang dan soal-selidik kiteorang pun keluar dari area food court tu. On the way nak parking kereta tu ada pasar pula. Kelemahan kiteorang adalah pasar atau bazaar tak kira siang atau malam. Hahaha. So bila lalu kat situ macam-macam ada. Kalau gerai tudung ke baju ke mesti singgah punya. Adik ipar aku dengan mak mertua aku memang suka nak belek-belek. Mesti dieorang beli punya. Sementarra dieorang sibuk dengan pasar, aku pergi ke pantai sekejap nak tengo layang-layang. Suka aku tengok layang-layang. Tenang je rasa. Masa tu banyak orang main layang-layang. Berwarna-warni. Puas aku tengok layang-layang aku pergi balik kat area pasar malam tu. Dah puas shopping agaknya dieorang.
Masuk je kereta semua orang dah kepenatan. Semua nak balik mandi dan tidur. Tapi sebelum tu kiteorang singgah Giant sekejap beli KFC dan Big Apple. Sampai je kat Villa kiteorang pun membersihkan diri dan lepak-lepak sekejap. Lepas tu semua masuk tidur. Bersedia untuk menempuh hari esok pula.
Lagu/Muzik : Blues Terengganu Kita
Penyanyi : Saleem Iklim
No comments:
Post a Comment