DUKUN: AKHIRNYA KITA BERTEMU
“Oh my god!! Sayang card holder takde. Ada nampak tak?” kata isteriku. Masa tu kiteorang dah dalam kereta nak ke OU untuk menonton cerita DUKUN. Tiket dah beli online. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 3.05 petang. Tiket pukul 4.15 petang. “Takpe jom naik rumah balik. Mungkin ada tertinggal kat mana-mana” jawabku cuba menenangkan keadaan.
Check kat rumah pun tak ada. Habis kiteorang selongkar bilik, ruang tamu dan dapur. Kelam-kahut dibuatnya. Tak tau la sempat ke tak nak pergi bank ni kalau nak buat kad baru. Nak kena buat report polis lagi sebelum pergi bank tu. Tak sempat ni. Mungkin kat rumah mama kot. Kiteorang bergegas ke sana. Cari kat sana pun tak jumpa. Ada satu tempat lagi kiteorang singgah semalam. KFC. Terus kiteorang bergerak ke KFC yang tak berapa jauh dari rumah mama.
Di kaunter KFC
Isteri : Assalamualaikum dik, nak tanya semalam ada tak jumpa card holder warna hitam?
Adik KFC : Saya tak jumpa pun semalam.
Isteri : Ada tak staff lain yang jumpa semalam?
Adik KFC : Saya kerja semalam. Tapi saya tak jumpa apa-apa pun.
Isteri : Bukan awak. Staff lain ada tak?
Adik KFC : Sekejap ye saya tanya manager.
Tak sampai beberapa minit, manager KFC tu pun keluar membawa card holder. Memang betul kiteorang punya. Syukur Alhamdulillah. Nasib baik terfikir nak datang sini. Kelihatan muka isteriku begitu lega. “ Ya Allah sayang, lega betul rasanya. Alhamdulillah” kata isteriku. Fuh.. dapt tengok movie akhirnya. Dukun betul la. Cepat-cepat aku drive menuju ke One Utama. Setibanya di TGV kiteorang beli makanan dulu. Macam biasa Royale Popcorn dan Hotdog menjadi pilihan. Isteriku dah beli makanan di Chillx melalui online. Settle beli makanan, tengok lampu pawagam 3 dah menyala. Kiteorang pun teus ke sana.
Dalam pawagam, kiteorang duduk di couple seat. Tengok ada ramai juga orang kat dalam pawagam ni. Sebelah kiteorang ada couple lain tapi dieorang nampaknya macam tak belu apa-apa makanan. Sorry la bro kalau terbau hotdog aku dan classic dumper isteriku yang penuh dengan cheese.
Jadi bermula cerita. Kelihatan seorang wanita yang sedang mengenakan gincu. Sesudah itu beberapa orang warden mengiring wanita tersebut keluar dari bilik seperti penjara. Wanita yang bernama Diana tersebut kelihatan tenang dan tersenyum.
Karim mengikut Daud yang mendakwa dia tahu ke mana anak gadis remajanya menghilang. Daud menggunakan kebolehannya dalam ilmu alam ghaib untuk membantu Karim. Namun menurut Daud anak gadisnya baru saja meninggalkan tempat tersebut tidak lama dulu. Karim kecewa tapi dia masih lagi menyuruh Daud untuk terus menjejak anak gadisnya.
Puluhan rangka manusia ditemui oleh seorang detektif dan orang bawahannya. Selepas dia berjaya merungkai misteri disebalik simbol yang dipercayai digunakan oleh dukun wanita Batak. Setiap lokasi jenayah menemukan dia dengan simbol tersebut dan membawa penyiasatanya lebih dalam lagi.
“En. Karim tolong saya ambil kes ni, saya tolong cari anak En. Karim.” kata pekerja wanita.
“Saya dah lama tak ambil kes jenayah ni” keluh Karim.
“ Takpe la saya ambil kes ni. Tapi tolong cari anak saya. Nadia binti Karim.” rayu Karim.
Lebih kurang begitu dialog dalam filem ini. Sepanjang filem ini dimainkan ia penuh dengan flashback dan babak yang bercampur-campur. Pada mulanya susah juga la nak hadam filem ni. Props pun agak cantik dan kemas. Tapi bab darah, organ manusia dan babak makan organ tu aku tutup mata la. Geli weh. Dah la aku baru makan hotdog tadi. Hadoi.
Filem ini bukan cerita hantu dan menyeramkan sangat. Ia menceritakan bagaimana seorang peguam yang cuba untuk mempertahankan anak guamnya yang dituduh membunuh. Filem ini cuba membawa penonton kepada isu pertembungan ilmu hitam dan undang-undang. Cerita ini mengingatkan aku kepada filem The Exorcism of Emily Rose. Dimana kes ini juga dibicarakan di mahkamah. Untuk filem yang dah berumur 12 tahun ni aku rasa filem ni cantik, jalan cerita menarik, props yang agak real, tidaklah terlalu lembab dan juga punya pengisian. Jika dibandingkan filem ini dengan filem yang sebaya dengannya, filem ini boleh dikatakan berjaya malah mungkin lebih baik dari filem terkini.
Karim dan Diana adalah peguam dan anak guam. Tapi apa kaitan sebenar Karim dan Diana? Apa hubungan Nadia dan Diana? Pastikan anda tonyon filem ini. Diana menantikan anda untuk bertemu.
Rating : 6.8/10
No comments:
Post a Comment