Hari ni kiteorang plan nak pergi makan Nasi Dagang Atas Tol yang famous tu. Jadi pagi-pagi lagi kiteorang dah bersiap dan keluar dari villa lebih kurang pukul 7 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit. Menggunakan waze kiteorang pun gerak la pergi menuju kedai makan tersebut. Sampai je lokasi yang diarahkan oleh waze tengok kedai makan tu tutup. Siap ada notis lagi tutup sampai hari Rabu. Adus. Kecewa betul rasa. Tapi adik kata ini bukan kedai nasi dagang yang famous tu. Kiteorang google pun tengok kedai ni lain. So salah kedai la ni. Takpe kiteorang try lagi waze dan google. Akhirnya kiteorang sampai di kedai yang betul. Namun, agak mengecewakan kedai nas dagang atas tol yang terkenal ni pun tutup juga. Lalu kiteorang cari kedai lain sebab masa pun dah suntuk. Hari makin panas. Nasb baik tak jauh dari situ ada kedai makan yang lain. Kiteorang pun bergegas la ke sana. Tapi kalau tak ada rezek tu tak ada la maknanya. Kat kedai ni nasi dagang dah habis. Yang tinggal nasi lemak dan nasi biryani. Biryani?! Lain macam. Kiteorang pun takde pilihan lain. Perut pun dah berbunyi minta diisi. Order la kiteorang nasi lemak 4. Aku tengok je akak tu sediakan nasi lemak tu untuk kiteorang. Dia letak nasi, telur, timun, ikan bilis dan sebelum dia letak sambal dia letak ikan tongkol dan mandikan ikan tongkol tu dengan sambal nasi lemak. Huii. Unik ni. Ni pertama kali aku tengok. Mungkin ini la hikmahnya tak dapat makan nasi dagang kiteorang dapat makan nasi lemak ikan tongkol. Sedap juga. Alhamdulillah rezeki hari ni. Dah selesai sarapan kiteorang siap-siap untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Pasar Payang.
Pasar Payang ni destinasi wajib kalau datang Terengganu. Macam-macam ada jual kat sana. Bila tiba kat sana parking masih banyak lagi. Aku parking seberang jalan pasar berdekatan dengan kedai Suzah Berlian. Jadi kiteorang masuk dari bahagian tepi pasar. Masuk je pasar mommy dah beli anak patung penyu. Lajukan? Hehe. Jalan ke depan sikit koteorang singgah beli air milo ais. Sedap weh air milo ais brader tu jual. Cukup rasa. Sejuk pulak tu. Cuaca masa tu sangat panas, kiteorang dah berpeluh kaw kaw. Masa tu belum masuk main entrance pasar lagi. Kiteorang masa tu nak pergi beli keropok lekor yang digoreng panas-panas berdekatan kedai emas di bahagian hadapan pasar tu. Sebab dulu kiteorang pernah datang dan beli keropok lekor tu sedap. Lembut-lembut garing. Akan tetapi nasib tidak menyebelahi kiteorang buat kali kedua. Gerai keropok lekor tu dah takde. Tak tau la tutup ke atau dah berpindah ke tempat lain. Jadi kiteorang pun masuk dan naik ke tingkat atas pasar.
Bermulalah pengembaraan kiteorang dalam pasar payang. Kaum hawa ni kalau shopping dieorang macam ada sesuatu kekuatan yang luar biasa kan. Lain macam kederat dia. Kadang-kadang kita yang kaum adam ni pun lunyai buat dia. Tapi aku fikir-fikir balik sama je kot. Masa aku shopping hotwheels kat mall atau bazaar karat gagah je aku rasa. Tak penat pun. Lagi-lagi masa kat Jepun dulu sampai ceruk mana aku pergi penat tu tak rasa pun. Dan istei aku gagah menemani aku. Tak komplain pun. Terima kasih cinta. I love you ketat-ketat. Kesimpulannya kalau kita mencari atau membeli-belah barang yang kita minat ni penat dia tak terasa la. So setakat Pasar Payang ni apalah sangat kan. Huuuuu. Sementara isteri, mommy dan adik iparku Nini membelek barang yang nak dibeli, aku perhatikan keadaan sekeliling. Pasar ni agak uzurndan kotor. Patutnya tempat macam ni kena la djaga kebersihannya kan. Sayang kalau dibiarkan macam ni. Panasnya bukan main dalam ni. Kalau masuk kedai yang ada aircond tu lega la sikit rasanya. Tempat duduk pun tak ada untuk orang-orang tuan yang datang. Sesetengah peniaga selalunya akan offer kerusi untuk duduk kalau korang bertandang kat kedai dieorang. Dalam tu juga aku ada jumpa satu kedai yang menjual pelbagainjenis keris dan parang. Cantik-cantik keris dia. Ada panjang dan ada yang pendek. Menarik kedai pakcik tu. Tapi aku tak beli apa-apa pun kat situ. Saje cuci mata je. Sepanjang aku berada di Pasar Payang tu, aku perhati je gelagat orang. Kalau orang perempuan ni kelihatan teruja. Laju je jalan, dari satu kedai ke satu kedai. Terpancar kebahagiaan kat muka tu. Kalau orang lelaki pula, ada yang lunyai teruk. Jalan macam diseret-serer je. Kalau lelaki yang tampak bersemangat tu mesti baru sampai. Hahaha. Aku rasa la. Ada sekali tu aku tengah lepak dekat tepi tembok sebab kat situ dapat duduk, ada dua orang makcik jatuh tergolek depan aku. Walhal jalan ramai-ramai dengan keluarga dia tu. Boleh tergolek sorang-sorang. Kes-kes macam ni mungkin terlalu excited atau dah penat sangat atau mata pandang tempat lain. Huhu. Hati-hati ye makcik.
Setelah 3 jam berjuang di Pasar Payang kiteorang pun memulakan langkah untuk mencari makan tengahari. Dah penatkan shopping, masing-masing lapar la tu. Hehehe. Destinasi seterusnya adalah E-Nasi Kukus. Dengar macam best. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Bila sampai kat kedai tu, orang masih tak ramai lagi. Isteriku, mommy dan adik iparku ambil makanan dulu. Bila turn aku brader yang bubuh nasi tu dah blah dah. Tapi kat situ ada tinggal satu pinggan nasi kukus yang tak berusik. So aku assume tu untuk aku la kot. Mungkin brader tu dah kira siap-siap kot. Aku pun ambil la, bubuh kuah seemua sendiri. Yang tang kuah ni isteri aku yang tunjukkan. Bila nak ambil ayam tu aku terambil ayam goreng tepung bukan ambil ayam goreng berempah. Hehe. Takpe la sedap juga makan ayam goreng tepung. Selain tu aku ambil petai jeruk dan juga timun sebatang dua. Sedap oiii!! Kuah dia sedap. Ayam goreng panas-panas. Cuma petai dia tak berapa ranggup. Lepas kiteorang selesai makan kiteorang pun berangkat pulang ke Villa untuk sesi tidur dan berehat.
Di sebelah petang pula, selepas semua orang dah puas tidur dan perut pun dah mula mengeluarkan gas lapar, kiteorang bergerak menuju ke Warung Pok Nong. Ini merupakan destinasi wajib kiteorang kalau datang melawat Terengganu. Warung Pok Nong ni sentiasa ramai orang, beratur tu mesti ramai. Menu kiteorang kat Pok Nong ni adalah Ikan, udang dan sotong goreng tepung serta ditemani nasi lemak bungkus. Air minuman bebas untuk dipilih. Selalunya aku minum Nescafe ais atau nescafe o ais. Sedap makan ni petang-petang. Tepi laut pula tu. Sotong dia fresh sangat, bila digunting-gunting tu berasap, warna isi sotong putih-putih. Gebu. Tepung yang kat luar tu pula ranggup. Sedap sungguh. Bila perut pun dah lega, kiteorang pun lepak sekejap kat tepi pantai. Berangin dan sejuk. Ramai yang melepak kat situ. Tambah-tambah kat situ dah ada buai, ramai la yang bergambar. Kiteorang pun terjebak sekali. Dah puas bergambar kiteorang pun meneruskan agenda yang seterusnya iaitu pergi melawat rumah kawan aku kat area Ajil. Kiteorang sampai sana lebih kurang pukul 7.24 malam. Kedatangan kami disambut mesra oleh kawanku. Kiteorang lepak lebih kurang dalam 1 jam setengah. Biasa la datang rumah member, banyak la cerita dan bersembang. Lebih kurang pukul 9.00 malam kiteorang pun bergerak la meninggalkan Ajil menuju ke Dapur Pata.
Dapur Pata ni terletak di tepi pantai, dan ia berkonsepkan kedai kontena. Susunan dan binaannya cukup kemas, Hiasannya juga menarik di kawasan Dapur Pata ni. Tapi kawasan tempat letak kereta agak tidak tersusun. Kereta boleh parking di mana-mana saja. Ni jadi masalah la kalau nak keluar nanti. Kiteorang datang kat sini sebab nak makan malam, puas kiteorang pusing tengok makanan apa yang ada. Kebanyakan makanan kat sini adalah makanan barat dan masakan Thai. So dah puas berpusing kiteorang lepak satu kedai makanan Thai ni, kiteorang order Kerabu Maggi, Bubur Ayam, dan Nasi Pad Kar Pou Ayam. Kat sini kite boleh order dari kedai lain juga dan dieorang akan tolong hantarkan. Untuk makanan ringan dan pencuci mulut kiteorang order keropok lekor, pulut mangga dan juga Mangga Goreng Coklat bersama aiskrim. Yang Mangga goreng coklat ni sedap weh. Dia macam popia tapi inti mangga, disimbah dengan coklat kat laur dan di makan bersama aiskrim vanilla. Yummy! Makanan sampai je kiteorang makan dengan lahapnya. Hehehe. Selesai je makan kiteorang terus pulang ke villa tanpa singgah di mana-mana. Penat. Nak balik mandi dan tidur.
No comments:
Post a Comment