Sunday, April 08, 2018

Projek Kuih Lapis dan Tepung Pelita




Selesai solat Jumaat kami suami isteri bergegas ke kedai serbaneka dan barangan plastik. Beli tupperware kecil. Sebelum tu dah beli mancis kat kedai runcit. Buah jambu untuk buah tangan pun dah siap beli tadi. Settle barang-barang tu kiteorang pun gerak terus ke rumah mama. Semalam mama dah beritahu barang basah tak payah beli sebab semua dah ada kat rumah.

Setibanya di rumah, tengok dieorang semua tengah makan, so langkah kanan la ni. Sebelum kiteorang mulakan projek kiteorang makan dulu. Selesai bersantap dan kemas dapur, bermulalah projek kiteorang pada pukul 3.07 petang. Daun pisang dah tersedia dicantas tadi, jadi tugas aku adalah melayurkan daun pisang ni supaya dia lembut dan kalis air. Banyak juga la nak kena layur, panas tangan. Sementara itu mek aku yang mengetuai projek ini mengajar isteriku untuk menyediakan bahan-bahan mentah dan bagaimana untuk campurkan ia. Yang buat projek ni 3 orang je, aku, isteri dan mek. Kadang-kadang adik aku yang lelaki ni datang tolong sekejap-sekejap. Mama, baba dan adik perempuan alu lepak kat depan.

Okay siap melayurkan daun pisang, mek ajar cara bagaimana nak lipat dan jadikan kotak untuk kuih tepung pelita dengan menggunakan kotak mancis. Pada mulanya agak kekok, tapi lama-lama senang je nak buat. Tak lah susah sangat cuma nak kena jaga tinggi rendah bahagian sisi kotak tu je. Masa buat ni adik aku yang lelaki tu join. Sengat-benget mula-mula kiteorang buat. Hahaha. Nak buat kotak jadi kemas dan cantik tu payah sikit la. Rupa kotak tu ada tapi tak sempurna sangat. Okay la kot untuk pertama kali. Hehehe. Dalam duk melipat daun pisang tu adik lelaki aku tu dengar-dengar la juga resepi yang mek bagitau kat isteri aku. Bila dah lama sikit dia dengar dia cakap “ Eh apasal jadi warna pink?” “Ho la nok buat kuih lapis kan” jawab mek selamba dalam loghat kelantan. “ La penat menghafal resepi ingatkan resepi tepung pelita tadi” kata adik lelakiku. Hahaha amende la. Konfius la tu. 

Dalam kiteorang duk melipat kotak tu, proses masakan kuih lapis telah pun bermula. Masak ni nak kena tuang acuan tu selapis-selapis. Leceh jugakan. Tapi nak tunggu lapisan tu masak pun tak lama sangat so sambil-sambil tu boleh la layan lipat kotak. Aku suka tengok acuan tu bila dituang ke atas lapisan yang sebelumnnya. Jadi cantik. Selesai melipat kotak, kuih lapis dah sampai ke lapisan terakhirnya iaitu lapisan yang atas sekali. Bau sedap. Tak sabar nak makan. Bila dah cukup masak, kena keluarkan loyang tu dari periuk kukus dan biarkan ia sejuk. Lepas tu kena susun kotak daun pisang dalam periuk kukus untuk tepung pelita pulak.

Bila semua kotak dah tersusun cantik dalam periuk tu baru masukkan gula dan masak. Bila gula dah cair baru masukkan lapisan yang pertama dalam kotak tu. Bila yang tu dah masak baru masukkan lapisan yang atas dan tunggu ia masak. Masa tuang acuan tu kena hati-hati takut melimpah pulak. Memasak kuih tepung pelita dan kuih lapis ni banyak main buka tutup tudung periuk tu. Panas main dengan haba. Ni kalau bulan puasa ni tak tau la macamane. Tapi baunya memang aku suka. Sedap. Baunya mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. Mek memang pandai buat kuih. Aku membesar dengan kelazatan kuih-kuih mek. 

Bila dah masak tepung pelita tu kena tunggu sejuk baru boleh makan. Kalau tak melecur la lidah. Hehe. Bila semua dah siap kiteorang hidangkan untuk makan lewat petang. Sedap oii!! Bau tepung pelita tu wangi. Kuih lapis pula boleh dikopek lapis demi lapis. Sedap sangat! Terima kasih isteri tercinta sebab masakan kuih untuk sayang. 


Proses membuat kotak tepung pelita


Are you ready?


Hasilnya yang dalam plastik


Lapis demi lapis


Oiiii sedap bergegar!!




No comments:

Post a Comment