Tuesday, April 24, 2018

TERENGGANU 2018 DAY 3






9.00 pagi

Kiteorang dah bergerak ke Nasi Kerabu Fauzi. Tempatnya tak jauh sangat dari villa kami. Sampai kat sana kelihatan dah ada barisan panjang. Aku parking kereta kat seberang jalan.

Kiteorang bertiga masuk barisan, mommy pula pergi chop meja. Masa beratur tu kiteorang dah panjang leher tengok lauk apa yang ada. Banyak lauk dia. Ada daging bakar, ayam bakar, ayam goreng dan macam-macam lagi. Tapi daging bakar tu aku tengok dieorang yang letakkan dalam pinggan pelanggan. Mintak lebih boleh kot.

Sampai giliran kiteorang ambil lauk, semua kiteorang minta sama je empat-empat pinggan ada ayam bakar, daging bakar dan telur masin., kecuali aku ada tambah ayam goreng. Tamak ke pelahap? Hehe. Dua ayam aku sental pagi tu. Nasi sedap lauk sedap. Tak lupa juga keropok lekor. Mesti order punya. Lagi satu air teh ais jebuk. Pehhhh! Sedap betul. Lemak manis rasa teh susu semua cukup. Memang terbaik sarapan pagi ni. Nasi Kerabu Fauzi ni tersenarai dalam 50 best street food in the world. Berbaloi makan kat sini. Boleh repeat lagi nanti.

11.25 pagi 

Kiteorang dah berpusing kat kawasan industri ni. Tadi tanya orang dia kata kat belah sana bukan belah sini. Nasib baik brader tu datang ambil kiteorang kat depan kedai tayar.

Alhamdulillah kali ni datang Terengganu kiteorang dapat melawat ke kilang batik. Kecil je kilangnya. Masa mula melangkah masuk ke pintu kilang tu aroma lilin dan chemical dah menusuk hidung. Pekerjanya tak ramai. Tapi semuanya baik dan peramah. Senyum je dieorang. 

Walaupun tengah buat kerja dieorang tetap boleh layan kiteorang yang banyak tanya ni. Dapat la kiteorang belajar serba sedikit tentang pembuatan batik. Bukan mudah ye nak buat batik, tak kisahlah yang canting ke yang cop ke. Patut la batik mahal.

Dah puas main-main kat kilang, kiteorang pergi showroom pulak. Dari kilang ke showroom mengambil masa lebih kurang 20 minit. Dekat showroom dapat la kiteorang jumpa owner dia. Katanya perusahaan ni turun temurun. Dah lama dia buat. Jadi selok-belok pembuatan dan perniagaan batik tu dah sebati dalam diri. Kebanyakan koleksinya pun cantik-cantik. Nampak premium dan mahal. 

Selesai je kiteorang bersembang dengan makcik tu kiteorang nak pergi lunch. Katanya kat sini ada restoran ikan bakar sedap kat area pasar. So kiteorang pun pergi ka area pasar. Cari punya cari tak jumpa. Pusing dua tiga kali pun tak nampak asap. Tanya orang rupanya kedai tu tutup. Hampeh betul. 

Sebenarnya kiteorang tak berapa lapar sangat sebab dah makan banyak nasi kerabu pagi tadi kan. Jadi kiteorang ambil keputusan nak makan lempeng je. Sebab tadi ada nampak restoran lempeng. Macam menarik je. Sampai kedai kiteorang terus order. Aku masa tu memang tengah haus gila so tak makan sangat lempeng tu. Tapi aku jamah la sikit. Sedap juga lempeng dia. Lembut-lembut garing gitu. Selesai makan kiteorang pun berangkat pulang ke villa. 

Sepanjang perjalanan, kiri kanan jalan penuh dengan bendera. Maklumlah pilihanraya dah dekat. So perang bendera pun dah start. Cantik aku tengok, berkibar-kibar. Hijau,biru semua ada. 

4.30 petang

Kiteorang dah selesai checkout dari villa dan dah pun selamat sampai di Kak Yah keropok lekor. Selalunya kalau datang Terengganu ni kiteorang akan makan keropok lekor Tok Beng. Tapi kali ni tukar selerea pula nak rasa yang lain punya.

Apa yang boleh dikatakan, okay-okay la keropok lekor yang ni. Rasanya keropok dia ringan dan ada lohong sikit-sikit. Sedap. Crispy-crispy lohong gitu. Kalau kat Tok Beng keropok dia padat dan padu. Tapi aku tak kisah pun sedap je aku rase semua. Aku boleh je makan keropok lekor mana-mana pun. Favorite kot. Tapi kalau sos keropok lekor aku memilih sikit. Kalau tak sedap aku tak cicah. Kat Terengganu ni semua sos keropok lekor dia pekat dan sedap. Jadi takde masalah bagi aku. Kalau kat KL tu memang susah nak jumpa sos yang pekat dan sedap. Jadi kat KL aku ada port favorite aku sendiri. Jadi macam biasa aku la yang menghabiskan keropok lekor.

Dah kenyang dengan keropok lekor kiteorang bergerak ke Pantai Pandak. Kat sini area pantainya macam tak ramai sangat orang. Tapi kewujudan warung-warung makan tu dah mula tumbuh. Tak lama lagi penuh la kot orang. Tapi aku perasan kat hujung pantai tu macam ada pembinaan resort. Nampak macam cantik. Nampak macam takde orang kerja. Terbengkalai ke? Ke dah petang time kerja dah habis? Entahlah. Tapi pantainya masih cantik lagi. Cuma aku nampak dah banyak orang buang sampah. Kat tempat kiteorang lepak tu macam sda pangkin dan buai kat pokok, tapi kat bawah tu penuh sampah plastik, botol, pampers pun ada. Macamane la tu. Pantai dah cantik tapi kalau macam ni susah juga wooo...

9.45 malam

Sebelum kiteorang hantar adik ke universiti, kiteorang lepak dekat Mydin lepas puas main-main kat tepi Pantai Pandak. Kat Mydin kiteorang makan malam dan beli roti dan juga kek. Lepas tu kiteorang terus hantar adik. Malam tu dia ada latihan kawad so kiteorang drop dia kat hostel tunggu dia tukar baju dan terus hantar dia ke padang kawad pula. Salam , peluk, cium semua kiteorang pun bergerak keluar dari universiti. Aku cari stesyen minyak. Isi minyak dan top up touch and go. 

10.39 malam

Kiteorang baru masuk highway. Jalan sunyi tak banyak kereta. Gelap. Seronok drive macam ni. Tapi takut tu pun ada juga. Kiteorang berhenti kejap dekat RnR Temerloh. Lepas tu sambung balik perjalanan. Masa tu kereta dah banyak sikit berbanding dari mula-mula kiteorang masuk highway tadi.

2.00 pagi

Kiteorang selamat sampai di rumah. Syukur Alhamdulillah.









THE KING MOVIE REVIEW



Gambar dari Google



PENGUATKUASAAN ATAU PENGUASAAN

DEOKING; KUASA PENDAKWA; IMPIAN ATAU BEBAN ATAU TANGGUNGJAWAB

Park Tae Soo dibesarkan oleh bapanya yang gangster dan pencuri si kampung halaman mereka. Bapanya menjadi sumber inspirasi Tae Soo dan menjadikan dia seorang yang cool dan pandai berlawan di sekolah.

Satu hari dia ternampak sebuah kereta besar di hadapan rumahnya. Apabila dia datang lebih dekat dia melihat bapanya sedang melutu dan merayu kepada seorang lelaki yang segak tapi tidak lah sasa.

Lelaki tersebut menampar-nampar muka bapanya dan bapanya tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja mukanya ditampar oleh lelaki tersebut.

Tae Soo terfikir, lelaki tersebut bukan lawan bapanya. Bapanya boleh saja membelasah lelaki tersebut dan menang dengan mudah kalau dilihat dari saiz badan dan gaya tamparannya.

Kejadian itu menyebabkan Tae Soo sedar kuasa sebenar bukan terletak pada kekuatan tetapi dari kebijaksanaan dan bagaimana memanipulasinya mengikut keadaan.

Sejak itu Tae Soo menanam cita-cita untuk menjadi pendakwaraya seperti lelaki tersebut. Tapi bukan mudah baginya kerana dia terpaksa untuk belajar dan ia bukan sesuatu yang dia minat.

Filem ini seronok untuk ditonton. Ia menceritakan perjalanan Tae Soo menjadi seorang pendawaraya, kisah cintanya dan konflik yang berlaku serta kes-kes yang dihadapinya.

Salah satu kekuatan filem ini adalah ia berkait rapat dengan peristiwa bersejarah yang berlaku di Korea Selatan. Ia juga menggabungkan dunia gangster dan politik yang berkait dengan undang-undang.

Dalam filem ini ia ada mencampurkan elemen-elemen seperti filem Wolf of Wall Street khasnya di babak-babak pergaulan sosial dan parti. 

Kalau dilihat dari poster dan tajuknya ia seperti filem berat. Tapi tidak. Filem ini ringan dan mudah untuk difahami. Pada pertengahan cerita ia agak drag dan lembab.Jalan ceritanya ada. Pergerakan babak ke babak agak sederhana laju. Kesimpulannya jangan expect cerita berat. Tak sangat pun. Boleh la tengok time-time nak minum petang atau pun lepas lunch. Ringan dan mudah.

Adakah Tae Soo berjaya? Penguatkuasaan undang-undang atau penguasaan undang-undang? 

HURRICANE HEIST MOVIE REVIEW



Gambar dari Google


BERSELINDUNG DALAM RIBUT. 

Seorang pakar kaji cuaca meramalkan akan berlaku ribut yang besar disebuah bandar. Di mana bandar tersebut adalah kampung halamannya.

Sherrif telah mengishtiharkan darurat kepada kawasan tersebut dan mengeluarkan arahan kepada semua penduduk untuk keluar dari situ atas sebab-sebab keselamatan.

Keadaan itu telah menyebabkan jalan keluar dari bandar tersebut sesak. Kelihatan dari arah yang bertentangan beberapa buah trailer yang besar sedang menuju masuk ke bandar tersebut. 

Di dalam kontena tersebut terdapt duit lama dan rosak yang harus dilupuskan di kilang kepunyaan U.S Treasury yang terletak di bandar itu.

Ribut taufan semakin kencang dan menghampiri bandar tersebut. Bekalan elektrik di kilang U.S Treasury terputus dan menyebabkan ia beroperasi menggunakan kuasa bantuan yang hanya dapt bertahan beberapa jam.

Sepanjang filem ini dimainkan, aku rasa macam dapat tau je apa yang akan berlaku seterusnya. Tak ada element of surprise sangat. Kelajuan filem ni sama dengan kelajuan trailer tu. Sederhana je. Boring? Tak sangat. Best? Pun tak jugak. Boleh nak tengok, tapi jangan expect lebih. Biasa-biasa je.

Rating: 4/10

DEN OF THIEVES MOVIE REVIEW


Gambar dari Google



ROMPAKAN DALAM ROMPAKAN. PENCURI DALAM PEROMPAK.

Sebuah kenderaan berperisai menyusuri jalan di awal pagi. 4 anggota yang berada di dalamnya kelihatan tenang. Ia sepertu rutin biasa. Kenderaan berperisai tersebut membelok ke arah sebuah kedai. Dua dari anggota turun untuk membeli sarapan.

Tiba-tiba beberapa buah kereta meluncur laju ke arah kenderaan berperisai itu. Lebih kurang 4-5 orang keluar dan menggempur kenderaan berperisai. 2 daripada mereka menahan 2 anggota yang berada di luar tadi. 2 lagi memanjat bahagian hadapan kenderaan berperisai itu. Mereka menyuruh anggota yang berada di bahagian pemandu kenderaan berperisai itu keluar. Tapi anggota tersebut enggan.

Lalu 2 orang yang berada di hadapn kenderaan berperisai itu menggerudi cermin hadapan dan menariknya keluar. Tiba-tiba salah seorang anggota yang ditahan oleh 2 orang tadi telah cuba untuk mencapai senjata yang tersisip dipinggangnya, namun dapat dilihat. Lalu tembakan dilepaskan kearahnya.

Terjadi kejadian tembak-menembak dan menyebabkan keempat-empat anggota tersebut terbunuh. Pergerakan mereka amat tangkas dan pantas. Mereka sangat professional. Arahan dan tindakan mereka amat jelas dan cepat. Mereka seolah-olah terlatih dalam pengendalian senjata dan taktik bertempur. Beberapa unit polis perinda telah dikerahkan ke tempat kejadian. Tapi mereka dapat menewaskan polis yang datang dan berjaya melarikan kenderaan berperisai tersebut.

Seorang anggota polis ala-ala gangster dan kumpulannya datang ketempat kejadian awal pagi tadi dan menilai serta membuat beberapa kesimpulan tentang kejadian tembak-menembak yang berlaku. Kumpulan polis tersebut kelihatan ganas dan aggresif. Setelah itu mereka beredar dan membuat perbincangan di pejabat mereka.

Filem ini memaparkan bagaimana perompak professional merancang dan melaksanakn rancangan mereka untuk merompak Federal Reserve. Sementara itu anggota polis ala-ala gangster itu dapat membaca modus operandi rompakan mereka dan menyamakan dengan kes-kes yang berlaku tahun-tahun lepas. Mereka punya persamaan.

Jalan ceritanya agak menarik. Lakonan Gerrard Butler memang mantap dengan susuk tubuh yang baru. Kalau tak salah Butler menambah lebih kurang 11 kg untuk filem ini supaya kelihatan lebih sasa. Dipertengahan cerita ia jadi agak lembab dan boring. Tapi ia perlu rasanya sebab nak bagi character build up. Lebih kurang The Town juga la cerita ni. Debaran tu ada tapi tak sepanjang cerita ini dimainkan.

Apa motif kumpulan tersebut dengan kenderaan berperisai yang dirampas? Adakah taktik mereka berjaya? Rompakan dalam rompakan. Distraction atau decoy? Siapa perompak yang sebenar? Saksikan. 

Rating: 7/10


Thursday, April 19, 2018

TERENGGANU 2018 DAY 2






Hari ni kiteorang plan nak pergi makan Nasi Dagang Atas Tol yang famous tu. Jadi pagi-pagi lagi kiteorang dah bersiap dan keluar dari villa lebih kurang pukul 7 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit. Menggunakan waze kiteorang pun gerak la pergi menuju kedai makan tersebut. Sampai je lokasi yang diarahkan oleh waze tengok kedai makan tu tutup. Siap ada notis lagi tutup sampai hari Rabu. Adus. Kecewa betul rasa. Tapi adik kata ini bukan kedai nasi dagang yang famous tu. Kiteorang google pun tengok kedai ni lain. So salah kedai la ni. Takpe kiteorang try lagi waze dan google. Akhirnya kiteorang sampai di kedai yang betul. Namun, agak mengecewakan kedai nas dagang atas tol yang terkenal ni pun tutup juga. Lalu kiteorang cari kedai lain sebab masa pun dah suntuk. Hari makin panas. Nasb baik tak jauh dari situ ada kedai makan yang lain. Kiteorang pun bergegas la ke sana. Tapi kalau tak ada rezek tu tak ada la maknanya. Kat kedai ni nasi dagang dah habis. Yang tinggal nasi lemak dan nasi biryani. Biryani?! Lain macam. Kiteorang pun takde pilihan lain. Perut pun dah berbunyi minta diisi. Order la kiteorang nasi lemak 4. Aku tengok je akak tu sediakan nasi lemak tu untuk kiteorang. Dia letak nasi, telur, timun, ikan bilis dan sebelum dia letak sambal dia letak ikan tongkol dan mandikan ikan tongkol tu dengan sambal nasi lemak. Huii. Unik ni. Ni pertama kali aku tengok. Mungkin ini la hikmahnya tak dapat makan nasi dagang kiteorang dapat makan nasi lemak ikan tongkol. Sedap juga. Alhamdulillah rezeki hari ni. Dah selesai sarapan kiteorang siap-siap untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Pasar Payang.

Pasar Payang ni destinasi wajib kalau datang Terengganu. Macam-macam ada jual kat sana. Bila tiba kat sana parking masih banyak lagi. Aku parking seberang jalan pasar berdekatan dengan kedai Suzah Berlian. Jadi kiteorang masuk dari bahagian tepi pasar. Masuk je pasar mommy dah beli anak patung penyu. Lajukan? Hehe. Jalan ke depan sikit koteorang singgah beli air milo ais. Sedap weh air milo ais brader tu jual. Cukup rasa. Sejuk pulak tu. Cuaca masa tu sangat panas, kiteorang dah berpeluh kaw kaw. Masa tu belum masuk main entrance pasar lagi. Kiteorang masa tu nak pergi beli keropok lekor yang digoreng panas-panas berdekatan kedai emas di bahagian hadapan pasar tu. Sebab dulu kiteorang pernah datang dan beli keropok lekor tu sedap. Lembut-lembut garing. Akan tetapi nasib tidak menyebelahi kiteorang buat kali kedua. Gerai keropok lekor tu dah takde. Tak tau la tutup ke atau dah berpindah ke tempat lain. Jadi kiteorang pun masuk dan naik ke tingkat atas pasar.

Bermulalah pengembaraan kiteorang dalam pasar payang. Kaum hawa ni kalau shopping dieorang macam ada sesuatu kekuatan yang luar biasa kan. Lain macam kederat dia. Kadang-kadang kita yang kaum adam ni pun lunyai buat dia. Tapi aku fikir-fikir balik sama je kot. Masa aku shopping hotwheels kat mall atau bazaar karat gagah je aku rasa. Tak penat pun. Lagi-lagi masa kat Jepun dulu sampai ceruk mana aku pergi penat tu tak rasa pun. Dan istei aku gagah menemani aku. Tak komplain pun. Terima kasih cinta. I love you ketat-ketat. Kesimpulannya kalau kita mencari atau membeli-belah barang yang kita minat ni penat dia tak terasa la. So setakat Pasar Payang ni apalah sangat kan. Huuuuu. Sementara isteri, mommy dan adik iparku Nini membelek barang yang nak dibeli, aku perhatikan keadaan sekeliling. Pasar ni agak uzurndan kotor. Patutnya tempat macam ni kena la djaga kebersihannya kan. Sayang kalau dibiarkan macam ni. Panasnya bukan main dalam ni. Kalau masuk kedai yang ada aircond tu lega la sikit rasanya. Tempat duduk pun tak ada untuk orang-orang tuan yang datang. Sesetengah peniaga selalunya akan offer kerusi untuk duduk kalau korang bertandang kat kedai dieorang. Dalam tu juga aku ada jumpa satu kedai yang menjual pelbagainjenis keris dan parang. Cantik-cantik keris dia. Ada panjang dan ada yang pendek. Menarik kedai pakcik tu. Tapi aku tak beli apa-apa pun kat situ. Saje cuci mata je. Sepanjang aku berada di Pasar Payang tu, aku perhati je gelagat orang. Kalau orang perempuan ni kelihatan teruja. Laju je jalan, dari satu kedai ke satu kedai. Terpancar kebahagiaan kat muka tu. Kalau orang lelaki pula, ada yang lunyai teruk. Jalan macam diseret-serer je. Kalau lelaki yang tampak bersemangat tu mesti baru sampai. Hahaha. Aku rasa la. Ada sekali tu aku tengah lepak dekat tepi tembok sebab kat situ dapat duduk, ada dua orang makcik jatuh tergolek depan aku. Walhal jalan ramai-ramai dengan keluarga dia tu. Boleh tergolek sorang-sorang. Kes-kes macam ni mungkin terlalu excited atau dah penat sangat atau mata pandang tempat lain. Huhu. Hati-hati ye makcik.

Setelah 3 jam berjuang di Pasar Payang kiteorang pun memulakan langkah untuk mencari makan tengahari. Dah penatkan shopping, masing-masing lapar la tu. Hehehe. Destinasi seterusnya adalah E-Nasi Kukus. Dengar macam best. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Bila sampai kat kedai tu, orang masih tak ramai lagi. Isteriku, mommy dan adik iparku ambil makanan dulu. Bila turn aku brader yang bubuh nasi tu dah blah dah. Tapi kat situ ada tinggal satu pinggan nasi kukus yang tak berusik. So aku assume tu untuk aku la kot. Mungkin brader tu dah kira siap-siap kot. Aku pun ambil la, bubuh kuah seemua sendiri. Yang tang kuah ni isteri aku yang tunjukkan. Bila nak ambil ayam tu aku terambil ayam goreng tepung bukan ambil ayam goreng berempah. Hehe. Takpe la sedap juga makan ayam goreng tepung. Selain tu aku ambil petai jeruk dan juga timun sebatang dua. Sedap oiii!! Kuah dia sedap. Ayam goreng panas-panas. Cuma petai dia tak berapa ranggup. Lepas kiteorang selesai makan kiteorang pun berangkat pulang ke Villa untuk sesi tidur dan berehat.

Di sebelah petang pula, selepas semua orang dah puas tidur dan perut pun dah mula mengeluarkan gas lapar, kiteorang bergerak menuju ke Warung Pok Nong. Ini merupakan destinasi wajib kiteorang kalau datang melawat Terengganu. Warung Pok Nong ni sentiasa ramai orang, beratur tu mesti ramai. Menu kiteorang kat Pok Nong ni adalah Ikan, udang dan sotong goreng tepung serta ditemani nasi lemak bungkus. Air minuman bebas untuk dipilih. Selalunya aku minum Nescafe ais atau nescafe o ais. Sedap makan ni petang-petang. Tepi laut pula tu. Sotong dia fresh sangat, bila digunting-gunting tu berasap, warna isi sotong putih-putih. Gebu. Tepung yang kat luar tu pula ranggup. Sedap sungguh. Bila perut pun dah lega, kiteorang pun lepak sekejap kat tepi pantai. Berangin dan sejuk. Ramai yang melepak kat situ. Tambah-tambah kat situ dah ada buai, ramai la yang bergambar. Kiteorang pun terjebak sekali. Dah puas bergambar kiteorang pun meneruskan agenda yang seterusnya iaitu pergi melawat rumah kawan aku kat area Ajil. Kiteorang sampai sana lebih kurang pukul 7.24 malam. Kedatangan kami disambut mesra oleh kawanku. Kiteorang lepak lebih kurang dalam 1 jam setengah. Biasa la datang rumah member, banyak la cerita dan bersembang. Lebih kurang pukul 9.00 malam kiteorang pun bergerak la meninggalkan Ajil menuju ke Dapur Pata.

Dapur Pata ni terletak di tepi pantai, dan ia berkonsepkan kedai kontena. Susunan dan binaannya cukup kemas, Hiasannya juga menarik di kawasan Dapur Pata ni. Tapi kawasan tempat letak kereta agak tidak tersusun. Kereta boleh parking di mana-mana saja. Ni jadi masalah la kalau nak keluar nanti. Kiteorang datang kat sini sebab nak makan malam, puas kiteorang pusing tengok makanan apa yang ada. Kebanyakan makanan kat sini adalah makanan barat dan masakan Thai. So dah puas berpusing kiteorang lepak satu kedai makanan Thai ni, kiteorang order Kerabu Maggi, Bubur Ayam, dan Nasi Pad Kar Pou Ayam. Kat sini kite boleh order dari kedai lain juga dan dieorang akan tolong hantarkan. Untuk makanan ringan dan pencuci mulut kiteorang order keropok lekor, pulut mangga dan juga Mangga Goreng Coklat bersama aiskrim. Yang Mangga goreng coklat ni sedap weh. Dia macam popia tapi inti mangga, disimbah dengan coklat kat laur dan di makan bersama aiskrim vanilla. Yummy! Makanan sampai je kiteorang makan dengan lahapnya. Hehehe. Selesai je makan kiteorang terus pulang ke villa tanpa singgah di mana-mana. Penat. Nak balik mandi dan tidur.




Tuesday, April 17, 2018

TERENGGANU 2018 DAY 1




4.00 pagi, alarm telefon isteriku berbunyi. Arghh. Malasnya nak bangun. Baru beberapa jam saja kiteorang melelapkan mata rasanya. Penat. Semalam kiteorang sibuk buat persiapan untuk ke Terengganu hari ni. Misi kali ini adalah untuk melawat adik iparku yang belajar di sana. Ibu isteriku yang ku panggil mommy dah sampai dari kampung semalam.

Isteri ku bingkas bangun. Dia terus ke dapur untuk menyediakan bekalan untuk perjalanan hari ini. Malam tadi isteriku dah buatkan sandwich tuna pedas tahap 3 dan disaluti pula dengan mayonis. Penuh satu tupperware besar sandwich tu dimuatkan. Pagi ni pula menu masakan adalah nasi goreng. Sementara isteriku bersilat di dapur, aku kemaskan apa yang patut di bilik kiteorang. Tak banyak pun kerja aku. Lipat sana sini sikit dah siap.

“ Ni semua nak hantar bilik basuh?” Tanyaku

“Iya sayang” jawab isteriku lembut. “Terima kasih cinta” sambungnya sambil aku berlalu pergi dengan pakaian yang sudah dipakai untuk di letakkan di laundry room. Ketika aku melewati ruang tamu aku lihat mommy dah pun siap dan sedang melepak di sofa ruang tamu. “ Kejap ye monmy. Nak settle kan apa yang patut” kataku. “Aah takpe” kata mommy sambil tersenyum. Cadangnya kiteorang nak bertolak awal. Seawal 4 pagi. Cadang je la. Nasib baik isteriku dah packing siap-siap malam tadi. Tak la kelam-kabut sangat pagi ni.


Jadi lebih kurang pukul 5.50 pagi kiteorang pun mula bergerak ke Terengganu. Aku menggunakan jalan MRR2 menuju ke Tol Gombak untuk masuk ke LPT. Alhamdulillah jalan MRR2 tak banyak kereta. Lancar je. Lepas tol pun jalan clear. Aku berhenti sebentar di Hentian Genting Sempah untuk solat subuh. Tadi sebelum masuk ke kawasan rehat ni berpusing aku nak cari parking, bukan kereta banyak pun cuma nak cari tempat letak kereta yang dekat dengan surau. Selesai solat kiteorang pun sambung perjalanan. Kiteorang berhenti di Hentian Temerloh. Masa kiteorang berhenti solat di Hentian Gening Sempah tadi kebanyakan kedai makan masih belum buka lagi. Masa di Hentian Temerloh dah banyak kedai yang buka. Kiosk serbaneka je tutup lagi. Jadi kiteorang makan bekal yang isteriku masak. Penuh atas meja kiteorang dengan tupperware. Tambah pula dengan termos yang berisi air kopi 434 yang mommy bawa dari Muar. Aromanya cukup harum. Dah la termos tu tinggi. Orang yang lalu-lalang tengok je kami sekeluarga melantak. Tak cukup dengan nasi goreng aku beli pula keropok udang makan dengan nasi goreng, Huuii.. sedap habaq hang!

Selesai bersarapan, kiteorang terus sambung perjalanan ke Terengganu. Kereta memang tak banyak. Selesa betul pemanduan macam ni. Berhenti sekali lagi di Paka untuk meluruskan kaki dan terus bergerak menuju ke Kuala Terengganu tanpa henti. Sebaik nak susur keluar aku dah suruh isteriku roger adik iparku yang kiteorang dah nak sampai. Isteriku kata adik tengah ada latihan kawad, jadi boleh ambil dia kat dataran kawad, lepas tu baru pergi hostel dia. Tak jauh nak pergi UMT dari susur keluar LPT tu cuma traffic light je banyak. Kereta tak banyak pun hari ni. Setelah kiteorang ambil adik. Kiteorang pun terus menuju ke homestay Villa Kristal, Taman Tamadun Islam. 

“ Wah cantiknya” kata adik iparku Nini. Villa tersebut berdekatab dengan Masjid Kristal dekat pula dengan gerai-gerai menjual barangan cenderahati kat tepi jalan masuk Masjid Kristal tu. Villa Kristal dibina bagaikan 2 buah bungalow yang dipisahkan kepada 4 lot homestay. Maknanya sebuah villa mempunyai 2 lot untuk disewa iaitu atas atau bawah. Kiteorang ambil lot bawah, senang sikit tak payah naik tangga. Bahagian dalamnya pula biasa saja. Barang-barang dan perabut lama. Hiasan dalam pun dah outdate. Kalau korang biasa pergi bungalow A’famosa kat Melaka tu, lebih kurang sama la keadaan dalam villa ni. Tapi kebersihannya masih terjaga. Selepas offload barang-barang dari kereta, kiteorang sambung makan bekalan yang dari rumah. Lepas tu kiteorang berehat sekejap. Maklum la jauh perjalanan. Adik pula penat berkawad.

“Sayang bangun” kejut isteriku. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Errmm.. sengal-sengal badan nak bangun tidur. Sejuk-sejuk aircond ni sedap sambung tidur. Aku bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Petang ni kiteorang nak pergi lepak di Pantai Batu Buruk. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Traffik agak lancar. Sampai di sana aku terus cari parking. Rang tak ramai lagi kereta pun tak banyak. Kat sini kiteorang nak cari Milo ais kepal. Sebelum parking tadi kiteorang dah nampak gerai Milo ais kepal ni. Gerainya berdekatan dengan A&W dan bulatan Pantai Batu Buruk ni. Jadi tanpa membuang masa kiteorang pun terus ke gerai tersebut. Adik iparku memesan Milo ais kepal, isteriku pula Milo ais kepal campur Horlick. Bagiku rasa dia biasa je. Rasa keras-keras ais kepal tu la. Tak la wow sangat bagi aku.

Lepas tu kiteorang lepak-lepak dekat tepi pantai. Ambil-ambil gambar dan main buai dekat situ. Masa tu dekat situ macam ada exhibition. Kiteorang kalau ke pantai mesti ada exhibition. Dulu masa pergi Port Dickson pun ada exhibition jugak. Rezeki kiteorang la agaknya. So masa tu ada pertandingan 4 wheel drive. Seronok juga la tengok jeep-jeep merempuh halangan. Banyak lagi la persembahan kat situ. Kiteorang pun jalan-jalan, masa tu perut dah terasa lapar. Adik ajak pergi makan dekat food court area pantai. Kat situ ada macam-macam gerai makan. Antaranya Kambing Bakar Guangzhou. Aku makan nasi biryani dan kambing bakar guangzhou tu. Nasi biryani tu sedap. Tapi kambing bakar tu tak sedap sangat bagi aku. Dia rasa rempah terlebih agaknya. Isteriku makan mee claypot, adik makan dim sum dan mommy pula makan nasi campur.

Selesai makan, kiteorang jalan-jalan area food court tu. Dekat situ ada kedai Gelora Batik. Masuk je kiteorang disambut dua orang penjaga kedai itu. Lama juga la kiteorang bersembang pasal batik dengan dieorang. Dah puas bersembang dan soal-selidik kiteorang pun keluar dari area food court tu. On the way nak parking kereta tu ada pasar pula. Kelemahan kiteorang adalah pasar atau bazaar tak kira siang atau malam. Hahaha. So bila lalu kat situ macam-macam ada. Kalau gerai tudung ke baju ke mesti singgah punya. Adik ipar aku dengan mak mertua aku memang suka nak belek-belek. Mesti dieorang beli punya. Sementarra dieorang sibuk dengan pasar, aku pergi ke pantai sekejap nak tengo layang-layang. Suka aku tengok layang-layang. Tenang je rasa. Masa tu banyak orang main layang-layang. Berwarna-warni. Puas aku tengok layang-layang aku pergi balik kat area pasar malam tu. Dah puas shopping agaknya dieorang.

Masuk je kereta semua orang dah kepenatan. Semua nak balik mandi dan tidur. Tapi sebelum tu kiteorang singgah Giant sekejap beli KFC dan Big Apple. Sampai je kat Villa kiteorang pun membersihkan diri dan lepak-lepak sekejap. Lepas tu semua masuk tidur. Bersedia untuk menempuh hari esok pula.


Lagu/Muzik : Blues Terengganu Kita 
Penyanyi : Saleem Iklim


Friday, April 13, 2018

CRAZY POTATO DAN LITTLE FAT DUCK



Gambar dari Google


Hari tu dalam perjalanan nak tengok cerita Dukun kiteorang tiba-tiba je terasa nak makan Crazy Potato. Kiteorang pernah makan Crazy Potato ni kat Midvalley. Sedap. Kedai dia design macam underground station kat London tu, ada logo Tube besar. Tapi dah lama dah kiteorang makan kat situ dulu. Tak tau la ada lagi ke tak. So dalam perjalanan isteri google la ada tak kedai tu kat OU. Tengok-tengok ada kat OU kat Old Wing. Setibanya kiteorang di OU kiteorang terus bergegas ke pawagam dulu. Sebabnya kalau korang baca blog aku yang sebelum ni http://jiwabesi.blogspot.my/2018/04/dukun-movie-review.html?m=1 ada kejadian yang kelam-kabut berlaku.

Jadi selesai je menonton filem tersebut. Kiteorang pun memulakan perjalanan mencari Crazy Potato dekat OU. Mengikut Google alamatnya di LG. Dalam perjalanan mencari kedai tu kiteorang ada pergi bertanya dengan pengawal keselamatan kat situ. Tapi bila tanya memang dieorang tak tau. Dieorang bagi satu kertas yang penuh dengan senarai kedai kat OU tu dan tengok kedai apa yang kita cari. Kalau diperhatikan dalam senarai tu macam tak ada Crazy Potato ni kat OU. Adess. Aku rase macam dah tak best dah. Kesian isteri nak makan Crazy Potato. Makanan yang diidamkan adalah spaghetti yang dihidangkan dalam mangkuk yang comel. Dalam tu penuh dengan spagheti dan sos dia. Sedap. 

Bila guard pun dah tak tau, kiteorang terpaksa la cari sendiri kedai tu dengan berpandukan alamat yang ada pda google. Sampai je kat LG, kiteorang berpusing mencari-cari. Kelibat pun tak nampak. Patutnya kedai dia boleh di lihat dari jarak jauh dan mudah untuk dicari sebab kalau tak silap aku kedai dia warna biru. Still, tak jumpa juga. Bila berpusing-pusing kat situ baru kiteorang nampak alamat kedai tu. Hadoii. Alamat sama tapi kedai lain. Yang ada kat situ kiosk makan juga tapi bukan Crazy Potato. Ia kiosk Little Fat Duck. Tapi makanan dia lebih kurang dengan makanan yang disediakan oleh Crazy Potato tapi presentation lain sekali. Tidak sama. Oleh kerana dah penat berpusing, kiteorang pun ambil keputusan untuk menjamu selera kat kedai ni.

Beratur la kiteorang menunggu giliran untuk memesan makanan. Isteri memilih carbonara dan aku chicken meat ball. Selesai bayar tunggu lagi untuk ambil makanan. Sementara itu isteri mencari meja. Dalam 15 minit makanan pun siap. Ia dibungkus di dalam kotak kertas. Panas lagi masa aku ambil dari kaunter dan bawa ke meja makan. Ye lah baru masakkan. Okay. Buka je penutuo dia, aroma macam menyelerakan. Selesai baca doa, kiteorang pun sumbat la kedalam mulut. Tapi aku tak boleh nak makan makanan panas-panas sangat ni. Tapi lapar punya pasal aku try sodok juga la. Gigit hujung-hujung gigi je. Tergantung-gantung la chicken meat ball tu kat mulut aku. Rasa dia tak la sedap sangat. Carbonara dia biasa je. Chicken meat ball aku punya kuah pun rasa masin. Jauh beza rasa dia dari Crazy Potato. Tapi makan je la dah rezeki. 
Selesai makan kiteorang pun berangkat pulang. Membawa perut yang ala-ala kekenyangan. Tapi dalam perjalan balik aku baru terfikir. 

Chicken meat ball? Ayam ke daging? Haha!




Little Fat Duck OU


Lain yang dicari lain yang jumpa


Amacam?


Leleh bukan



Kering? Tak sangat


Packing kira okay la kan


Aku cari Crazy Potato!?

Gambar dari Google

Tuesday, April 10, 2018

THE POST MOVIE REVIEW

Gambar dari Google

Steven Spielberg mengarahkan Meryl Streep dan Tom Hanks dalam The Post, drama yang mendebarkan mengenai perkongsian yang tidak mustahil  di antara The Washington Post, Katharine Graham (Streep), penerbit wanita pertama akhbar Amerika dan editor Ben Bradlee (Hanks) untuk berlumba dengan The New York Times untuk mendedahkan rahsia kerajaan yang meliputi tiga dekad dan empat presiden AS. Kedua-duanya akhbar gergasi itu perlu bekerjasama kerana ia membabitkan  kerjaya mereka dan lebih-lebih lagi  mereka merisikokan kebebasan mereka untuk membantu membawa kebenaran yang telah lama terkubur.

Babak pertama dimulakan dengan suasana di kem tentera AS. Seorang penganalisis tentera Daniel Ellssberg turut serta dalam satu ronda tetap atau tempur. Beberapa minit selepas itu menunjukkan salah seorang dari mereka telah terpijak jerangkap samar dan telah mendedahkan lokasi mereka. Maka terjadilah pertempuran antara tentera US dan Vietcong. Babak tersebut disambung dengan Daniel Ellsberg penganalisis tentera tadi sedang membuat laporan tentang pertempuran dan keadaan tentera AS di Vietnam. Daniel juga memberitahu secara lisan kepada seketari pertahanan Robert Mcnamara yang keadaan di Vietnam agak teruk dan Mcnamara setuju dengannya. Akan tetapi peperangan tetap diteruskan juga. Pemuda AS terus duhantar ke Vietnam untuk berperang.

Daniel rasa terpanggil untuk memberitahu perkara sebenar kepada umum. Daniel mencuri beberapa dokumen dan laporan penting berkaitan perang Vietnam dan membuat salinan. Pada tahun 1971 laporan tersebut diterbitkan didalam akhbat The New York Times. Laporan tersebut menggegarkan masyarakat AS, terutamanya pada mereka yang mempunyai keluarga atau adik beradik yang berperang di sana. Sementara itu The Washington Post juga mencari-cari sumber untuk menerbitkan konspirasi yang sedang melanda negara mereka. 

Dalam masa yang sama The New York Times telah dipanggil ke mahkamah supreme atas tuduhan menyebarkan dokumen sulit dan pengkhianatan. Ini menyebabkan akhbar tersebut telah digantung sementara waktu dari sebarang aktiviti pencetakan. Di Washington Post pula, seorang wanita telah memberikan beberapa maklumat dan laporan tentang dokumen sulit yang hangat diperkatakan itu dan tak lama selepas itu Washington Post berjaya mendapatkan sumber utama tentang dokumen dan laporan sulit itu.

Perjalanan filem ini boleh dikatakan sederhana akan tetapi semakin lama filem ditayangkan penonton dapat memahami sikit demi sedikit tentang apa yang cuba disampaikan. Character build up juga seiring dengan cerita yang sedang disampaikan. Maknanya korang tak akan total lost sangat la bila menonton filem ni. Maklum la kita orang Malaysia nak hadam cerita dioerang US yang dah berlaku tahun 70an dulu. Tapi kalau kotang dah biasa tengok cerita macam ni, filem ni memang best. Puas meninton filem ni. Tapi kalau korang suka filem yang ringan dan banyak aksi filem ini adalah tidak sesuai untuk korang. Kerana ia banyak info yang perlu korang hadam. Tapi kalau nak cuba tonyon apa salahnya kan. 

Adakah penerbit The Washington Post Katherine Graham atau Kay akan menerbitkan dan menyebarkan dokumen tersebut didalam akhbarnya? Adakah dia sanggup untuk menerima padah seperti The New York Times yang dipanggi ke mahkamah supreme? Adakah Kay sanggup untuk melihat saham syarikatnya jatuh dan mengecewakan pelaburnya. Apakah nasib syarikat suratkhabar di New York? Adakah mereka semua akan dipenjarakan dan syarikat ditutup? Saksikan filem ini.

Rating: 7.3/10

DUKUN MOVIE REVIEW



DUKUN: AKHIRNYA KITA BERTEMU

“Oh my god!! Sayang card holder takde. Ada nampak tak?” kata isteriku. Masa tu kiteorang dah dalam kereta nak ke OU untuk menonton cerita DUKUN. Tiket dah beli online. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 3.05 petang. Tiket pukul 4.15 petang. “Takpe jom naik rumah balik. Mungkin ada tertinggal kat mana-mana” jawabku cuba menenangkan keadaan.

Check kat rumah pun tak ada. Habis kiteorang selongkar bilik, ruang tamu dan dapur. Kelam-kahut dibuatnya. Tak tau la sempat ke tak nak pergi bank ni kalau nak buat kad baru. Nak kena buat report polis lagi sebelum pergi bank tu. Tak sempat ni. Mungkin kat rumah mama kot. Kiteorang bergegas ke sana. Cari kat sana pun tak jumpa. Ada satu tempat lagi kiteorang singgah semalam. KFC. Terus kiteorang bergerak ke KFC yang tak berapa jauh dari rumah mama. 

Di kaunter KFC

Isteri : Assalamualaikum dik, nak tanya semalam ada tak jumpa card holder warna hitam?

Adik KFC : Saya tak jumpa pun semalam.

Isteri : Ada tak staff lain yang jumpa semalam?

Adik KFC : Saya kerja semalam. Tapi saya tak jumpa apa-apa pun.

Isteri : Bukan awak. Staff lain ada tak?

Adik KFC : Sekejap ye saya tanya manager.

Tak sampai beberapa minit, manager KFC tu pun keluar membawa card holder. Memang betul kiteorang punya. Syukur Alhamdulillah. Nasib baik terfikir nak datang sini. Kelihatan muka isteriku begitu lega. “ Ya Allah sayang, lega betul rasanya. Alhamdulillah” kata isteriku. Fuh.. dapt tengok movie akhirnya. Dukun betul la. Cepat-cepat aku drive menuju ke One Utama. Setibanya di TGV kiteorang beli makanan dulu. Macam biasa Royale Popcorn dan Hotdog menjadi pilihan. Isteriku dah beli makanan di Chillx melalui online. Settle beli makanan, tengok lampu pawagam 3 dah menyala. Kiteorang pun teus ke sana.

Dalam pawagam, kiteorang duduk di couple seat. Tengok ada ramai juga orang kat dalam pawagam ni. Sebelah kiteorang ada couple lain tapi dieorang nampaknya macam tak belu apa-apa makanan. Sorry la bro kalau terbau hotdog aku dan classic dumper isteriku yang penuh dengan cheese.

Jadi bermula cerita. Kelihatan seorang wanita yang sedang mengenakan gincu. Sesudah itu beberapa orang warden mengiring wanita tersebut keluar dari bilik seperti penjara. Wanita yang bernama Diana tersebut kelihatan tenang dan tersenyum. 

Karim mengikut Daud yang mendakwa dia tahu ke mana anak gadis remajanya menghilang. Daud menggunakan kebolehannya dalam ilmu alam ghaib untuk membantu Karim. Namun menurut Daud anak gadisnya baru saja meninggalkan tempat tersebut tidak lama dulu. Karim kecewa tapi dia masih lagi menyuruh Daud untuk terus menjejak anak gadisnya.

Puluhan rangka manusia ditemui oleh seorang detektif dan orang bawahannya. Selepas dia berjaya merungkai misteri disebalik simbol yang dipercayai digunakan oleh dukun wanita Batak. Setiap lokasi jenayah menemukan dia dengan simbol tersebut dan membawa penyiasatanya lebih dalam lagi.

“En. Karim tolong saya ambil kes ni, saya tolong cari anak En. Karim.” kata pekerja wanita.

“Saya dah lama tak ambil kes jenayah ni” keluh Karim.

“ Takpe la saya ambil kes ni. Tapi tolong cari anak saya. Nadia binti Karim.” rayu Karim.

Lebih kurang begitu dialog dalam filem ini. Sepanjang filem ini dimainkan ia penuh dengan flashback dan babak yang bercampur-campur. Pada mulanya susah juga la nak hadam filem ni. Props pun agak cantik dan kemas. Tapi bab darah, organ manusia dan babak makan organ tu aku tutup mata la. Geli weh. Dah la aku baru makan hotdog tadi. Hadoi.

Filem ini bukan cerita hantu dan menyeramkan sangat. Ia menceritakan bagaimana seorang peguam yang cuba untuk mempertahankan anak guamnya yang dituduh membunuh. Filem ini cuba membawa penonton kepada isu pertembungan ilmu hitam dan undang-undang. Cerita ini mengingatkan aku kepada filem The Exorcism of Emily Rose. Dimana kes ini juga dibicarakan di mahkamah. Untuk filem yang dah berumur 12 tahun ni aku rasa filem ni cantik, jalan cerita menarik, props yang agak real, tidaklah terlalu lembab dan juga punya pengisian. Jika dibandingkan filem ini dengan filem yang sebaya dengannya, filem ini boleh dikatakan berjaya malah mungkin lebih baik dari filem terkini.

Karim dan Diana adalah peguam dan anak guam. Tapi apa kaitan sebenar Karim dan Diana? Apa hubungan Nadia dan Diana? Pastikan anda tonyon filem ini. Diana menantikan anda untuk bertemu.

Rating : 6.8/10




Sunday, April 08, 2018

Projek Kuih Lapis dan Tepung Pelita




Selesai solat Jumaat kami suami isteri bergegas ke kedai serbaneka dan barangan plastik. Beli tupperware kecil. Sebelum tu dah beli mancis kat kedai runcit. Buah jambu untuk buah tangan pun dah siap beli tadi. Settle barang-barang tu kiteorang pun gerak terus ke rumah mama. Semalam mama dah beritahu barang basah tak payah beli sebab semua dah ada kat rumah.

Setibanya di rumah, tengok dieorang semua tengah makan, so langkah kanan la ni. Sebelum kiteorang mulakan projek kiteorang makan dulu. Selesai bersantap dan kemas dapur, bermulalah projek kiteorang pada pukul 3.07 petang. Daun pisang dah tersedia dicantas tadi, jadi tugas aku adalah melayurkan daun pisang ni supaya dia lembut dan kalis air. Banyak juga la nak kena layur, panas tangan. Sementara itu mek aku yang mengetuai projek ini mengajar isteriku untuk menyediakan bahan-bahan mentah dan bagaimana untuk campurkan ia. Yang buat projek ni 3 orang je, aku, isteri dan mek. Kadang-kadang adik aku yang lelaki ni datang tolong sekejap-sekejap. Mama, baba dan adik perempuan alu lepak kat depan.

Okay siap melayurkan daun pisang, mek ajar cara bagaimana nak lipat dan jadikan kotak untuk kuih tepung pelita dengan menggunakan kotak mancis. Pada mulanya agak kekok, tapi lama-lama senang je nak buat. Tak lah susah sangat cuma nak kena jaga tinggi rendah bahagian sisi kotak tu je. Masa buat ni adik aku yang lelaki tu join. Sengat-benget mula-mula kiteorang buat. Hahaha. Nak buat kotak jadi kemas dan cantik tu payah sikit la. Rupa kotak tu ada tapi tak sempurna sangat. Okay la kot untuk pertama kali. Hehehe. Dalam duk melipat daun pisang tu adik lelaki aku tu dengar-dengar la juga resepi yang mek bagitau kat isteri aku. Bila dah lama sikit dia dengar dia cakap “ Eh apasal jadi warna pink?” “Ho la nok buat kuih lapis kan” jawab mek selamba dalam loghat kelantan. “ La penat menghafal resepi ingatkan resepi tepung pelita tadi” kata adik lelakiku. Hahaha amende la. Konfius la tu. 

Dalam kiteorang duk melipat kotak tu, proses masakan kuih lapis telah pun bermula. Masak ni nak kena tuang acuan tu selapis-selapis. Leceh jugakan. Tapi nak tunggu lapisan tu masak pun tak lama sangat so sambil-sambil tu boleh la layan lipat kotak. Aku suka tengok acuan tu bila dituang ke atas lapisan yang sebelumnnya. Jadi cantik. Selesai melipat kotak, kuih lapis dah sampai ke lapisan terakhirnya iaitu lapisan yang atas sekali. Bau sedap. Tak sabar nak makan. Bila dah cukup masak, kena keluarkan loyang tu dari periuk kukus dan biarkan ia sejuk. Lepas tu kena susun kotak daun pisang dalam periuk kukus untuk tepung pelita pulak.

Bila semua kotak dah tersusun cantik dalam periuk tu baru masukkan gula dan masak. Bila gula dah cair baru masukkan lapisan yang pertama dalam kotak tu. Bila yang tu dah masak baru masukkan lapisan yang atas dan tunggu ia masak. Masa tuang acuan tu kena hati-hati takut melimpah pulak. Memasak kuih tepung pelita dan kuih lapis ni banyak main buka tutup tudung periuk tu. Panas main dengan haba. Ni kalau bulan puasa ni tak tau la macamane. Tapi baunya memang aku suka. Sedap. Baunya mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. Mek memang pandai buat kuih. Aku membesar dengan kelazatan kuih-kuih mek. 

Bila dah masak tepung pelita tu kena tunggu sejuk baru boleh makan. Kalau tak melecur la lidah. Hehe. Bila semua dah siap kiteorang hidangkan untuk makan lewat petang. Sedap oii!! Bau tepung pelita tu wangi. Kuih lapis pula boleh dikopek lapis demi lapis. Sedap sangat! Terima kasih isteri tercinta sebab masakan kuih untuk sayang. 


Proses membuat kotak tepung pelita


Are you ready?


Hasilnya yang dalam plastik


Lapis demi lapis


Oiiii sedap bergegar!!