Tuesday, July 03, 2018

PACIFIC RIM : UPRISING MOVIE REVIEW


Gambar Dari Google



JAEGER KAIJU VS JAEGER

Mengisahkan Jake Pentecost anak kepada Stacker Pentecost iaitu legenda dan hero yang bertanggungjawab memusnahkan pintu masuk kaiju ke dunia.

Jake hidup bebas dan berparti sepanjang hari dan malam. Untuk mencari pendapatannya dia mencuri barang-barang jaeger dari jaeger yang hendak dilupuskan dan dijual di pasaran haram atau pada siap yang berminat.

Pada satu malam  Jake sepatutnya membawa sekumpulan pembeli untuk membeli flyx capacitor dari jaeger. Tapi malangnya flux capacitor tersebut tiada di dalam jaeger tersebut. 

Maka berlaku perselisihan faham dan aksi tembak-menembak. Kejadian itu menemukan Jake dengan Amara. Amara juga mencuri barang-barang dari jaeger tapi bukan untuk dijual. Amara membina jaeger sendiri. Jaeger kecil.

Dipendekkan cerita, Amara dan Jake dihantar ke Akademi Juruterbang Jaeger sebagai hukuman. Jake yang sememangnya bekas kadet dan ranger di sana menyambung kembali tugasnya dan bertanggungjawab menjaga Amara dan skuadnya.

Konflik lain pula, adalah program untuk menggunakan jaeger yang boleh dikawal dari jarak jauh. Pada pelancaran jaeger yang boleh dikawal dari jarak jauh tersebut. Sebuah jaeger tiba-tiba muncul dan mengamuk di kawasan itu.

Kelajuan cerita agak sederhana. Lakonan dan pelakon okay saja. Tidak ada yang menarik dan watak adalah biasa-biasa. Kesan khas masih lagi diparas biasa-biasa. 

Kalau dibandingkan Pacific Rim yang pertama adalah lebih menarik bagi aku. Mungkin Pacific Rim yang pertama adalah sesi perkenalan bagi aku.

Aku menjangkakakan yang filem kedua ini penuh aksi dan padat. Tapi ianya lebih kurang atau kurang dari filem yang pertamanya.

Rating 4/10

No comments:

Post a Comment