[Gambar : Jiwabesi]
Seawal pukul 3.30 pagi kiteorang dah gerak dari rumah. Excited tapi penat semalam tak habis lagi. Sejak kebelakangan ni kiteorang kalau travel agak light. Malas nak rimas-rimas.
Sampai dekat airport lebih kurang pukul 4.23 pagi. Settle parking kiteorang terus menuju ke aras perlepasan. Sampai sana kiteorang berpecah. Isteri uruskan kewangan dan aku pergi wrap bag.
Bila dah wrap bag, aku terus ke kiosk self check in. Bila nak retrieve QR code dari apps je, apps tak boleh masuk pulak ada. Ada problem. Aku siap delete install balik apps. Pun tak boleh juga. Last-last aku key in je booking number. Settle.
Sreeeeet.. bunyi boarding pass dan bag tag keluar dari machine self check in. Selesai. Tiba-tiba aku terfikir. Tadi apps yang aku nak login tu Airasia apps bukan Airasia Big Loyalty. Ades. Patut la tak boleh. Hampeh betul.
Duit, boarding pass dan bag tag dah ade kiteorang pun gerak ke baggage drop counter. Sampai kat area kaunter tengok penuh gile orang, barisan pun panjang gile. Sudah apahal pulak ni. Tanya dekat servis counter staff tu kata system down, kena manual check in tak boleh nak drop baggage.
“Hmmmmmmmmmmmm.... kalau macam tu kita pergi makan dulu la” kata isteriku. “Hopefully lepas ni reda sikit” sambungnya. So kiteorang bersarapan di Mcd. Lebih kurang 40 minit kiteorang bersantap, kiteorang pun patah balik kat area check in counter.
Barisan macam dah pendek sikit dan orang pun tak ramai macam tadi. Pergerakan barisan agak cepat. So aku agak mesti system dah okay. Tapi dalam hati berdebar jugak sebab aku tengok jam macam tinggal sejam je lagi kiteorang nak kena boarding.
Bila dah separuh jalan beratur tu, isteriku nampak macam ada counter kosong terbuka kat bahagian hujung. So dia pergi tanya, aku jaga beg. “ Sayang tu last minute check in counter, kite boleh drop baggage kat situ” kata isteriku. Memandangkan kiteorang dah ada boarding pass dan bag tag so boleh la kiteorang terus ke kaunter tu. Cantik. Laju je aku keluar barisan.
Bila dah settle semua kiteorang terus je masuk ke balai berlepas. Tapi perjalanan jauh la kan. Dah masuk nak kena lalu imegressen dan kastam. Tau-tau la orang ramai macamane. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sampai la kiteorang selamat boarding.
Penerbangan mengambil masa 2 jam. Dalam kapal kiteorang tak makan apa-apa pun. Perut masih kenyang dan selesa. Kiteorang boleh menggunakan wifi dalam kapal so tak lah boring sangat. Boleh tengok movie dan main game.
Pling! Isyarat tali pinggan dihidupkan. Juruterbang memberitahu yang kita akan mendarat tidak lama lagi. “Cabin crew please be seated for landing“ umum juruterbang. Pesawat kami selamat mendarat. Elok je pesawat parking dan isyarat tali pinggang dimatikan. Terus semua orang dalam kabin kelam-kabut bangun nak ambil beg dan nak keluar. Hadoi manusia, sabar-sabar la bukan ko sorang je nak keluar. Lepas tu bile tak boleh keluar korang sibuk duduk kat arm rest seat orang lain, tak pasal jahanam pula arm rest tu, korang ingat benda tu boleh tampung berat korang. Tak menyempat. Aku rasa aerobridge pun tak selamat pasang lagi masa korang sibuk buka stowage bin tu. Bertamadun la sikit. Di buatnya kapal tebang tu bergegar masa aerobridge tengah pasang mau tersungkur korang kat lantai. Aku tak faham betu perangai manusia yang macam ni. First time naik kapal terbang kot. Dulu masa zaman-zaman MAS je ada orang yang naik kapal terbang takde pula perangai macam ni. Haih.
Setelah selamat keluar dari pesawat kiteorang terus bergerak menuju ke imigresen. Besar oii airport baru Jakarta ni. Jenuh berjalan. Nasib baik banyak walkator. Cantik airport dieorang berbanding yang dulu. Sampai kat kaunter imigressen pun ada beberapa pekerja yang dah standby kat bahagian beratur nak tolong penumpang untuk berbaris di kaunter yang betul. Macam kat jepun pula aku rasa. Mungkin dieorang adaptasi dari sana la kot kan.
Kiteorang terus menuju keluar setelah selesai dengan imigressen dan kastam. Tapi belum sempat keluar dari kawasan airport tu. Baru kiteorang perasan phone kiteorang macam ada masalah. Hadoi habis data kena sedut kat sini. Padahal kiteorang dah stanby dengan pakej data luar negara tapi habis dia sedut kuata. Stress!
“Sabar ye sayang” isteriku cuba menenangkan aku. Mungkin dia tengok aku dah berubah nak membebel kot. “ Sayang adik tu bagi wifi password dari kedai dia” masa tu kiteorang tengah berdiri dekat kawasan kaunter transportations dan informasi pelancong. Laju je isteri aku buat kerja nak menenangkan keadaan aku. Terima kasih cinta! Muahmuahmuah. Isterikan mesti la dia tau macamane nak handle suami dia.
Dapat je hook wifi terus aku order grab. Member aku kata kat sini senagn guna grab untuk kemana-mana murah dan dipercayai. Zaman aku datang dulu tengah famous dengan teksi blue bird. Masa dulu nak ke mana je naik blue bird. Sekarang dah ada grab lagi mudah la. Aku dah bagitau kat driver grab tu yang aku takdedata internet, jadi dia pun bagitau dia kat mane. “Saya di gedung parking lantai 2 pak” beritahunya dalam message grab. Jadi kiteorang terus bergegas ke sana berpandukan papan tanda yang ada. Alhamdulillah selamat kiteorang sampai kat lantai 2.
Tiba je kat lantai 2, kelihatan macam ada seorang anggita polis ke apa ke aku tak tau. Tapi dua pakai uniform la. “Mau ke mana pak?” Tanya dia. “Saya cari driver grab saya, katanya di lantai 2. Di sini betulkan lantai 2?” jawabku. “Ya betul tapi 2 nya banyak ada 2A sampai 2Z” jawabnya lagi. Adoi! Takkan nak pusing satu lantai. Dah la panas ni. Nasib baik tadi ada screenshot details driver dan kereta. Kiteorang pun pusing la slow-slow dalam area parking tu. Nasib baik kawasan parking tu terang. Tak la takut sangat.
Tengah kiteorang berpusing-pusing, tiba-tiba ada dua orang lelaki berpakaian agak biasa sorang pakai seluar pendek sorang pakai seluar panjang jerit-jerit panggil kami. Adoi ni yang aku suspen ni. Aku malas betul la kalau nak deal-deal ni. Aku takut dieorang ambil kesempatan je. “Pak pak mau kemana pak” jerit mereka. “Ngapapa mas sudah punya driver mau cari di mana dia saja” jawab ku confident. Tapi dieorang tetap tanya dan terus mendekati kiteorang. Aku dah mula buat muka dan malas nak layan. “Kami mencari grab driver kami di sini” kata isteriku kepada mereka.
Pendek cerita dieorang pun grab driver sebenarnya dan driver kiteorang adalah rakan dieorang. Bila isteriku bagitau yang kiteorang cari driver terus dieorang bagitau yang rakan dieorang tengah cari penumpang dari Malaysia. Yeah dengan sekelip mata masalah selesai dan lagi sekali isteriku menyelamatkan keadaan. Hehehe. Aku rasa bersalah je dengan lelaki dia orang tu. Bukan apa aku risau je sebenarnya. Sorry ye mas. Hehe. “Terima Kasih Mas!” jeritku pada dieorang.
Dalam kereta tu dia ada provide wifi, terbaik la. Katanya porable wifi yang dia guna tu boleh dapt dengan harga Rp100k saje. Murah je tu. So aku suruh la dia berhenti kalau ternampak ada gerai yang jual portable wifi tu. Katanya portable wifi tu tak dijual dekat kedai-kedai biasa. Dia jual kat booth yang dibuka kat tepi jalan je. So sepanjang perjalanan dari airport ke hotel tu sibuk la kiteorang tengok tepi jalan kalau ternampak ada booth portable wifi tu. Tapi malangnya sampai ke hotel tak jumpa booth tu. Hampeh.
So sampai hotel kiteorang pun check in dan hook kat wifi hotel sekejap. Lepas tu kiteorang keluar berjalan kaki mencari gerai makan. Kawasan hotel tu macam kat area belakang Pudu. Jalan depan hotel agak sesak. Tak jauh dari hotel tu ada gerai-gerai makan. Pergi kat gerai tu sempit tempat duduk dia dah la panas. Mampus. Duduj je kiteorang macam tak tau nak order apa. Tanya pekerja gerai tu minta menu. Hehe walypun gerai sempit tetap ada menu okay. Isteriku makan sup iga aku makan satay madura dan satay padang 5 cucuk setiap satu. Satay madura dimandikan dengan kuah kicap campur bawang dan cili, satay padang dengan kuah kacang dan kedua-dua hidangan satay tu dimakan dengan nasi. Aku macam sedap ke tak ni sebelum makan tu. Tapi bila dah masuk mulut laju je aku sental. Haha.
Dah habis makan kiteorang pun bergerak balik ke kawasan hotel nak cari teksi untuk ke pasar barat. Tak lama tunggu ada badjai (tuk tuk warma biru) hon dan berhenti. “Ke mana pak?” tanya rider badjai. “Pasar barat” jawabku. “50k” jawabnya pantas. Aku dan isteri macam betul ke ko ni suka-suka letak harga. Tu lah aku lebih gemar naik grab dari naik pengangkutan macam ni. Takpelah sebab nak cuba naik menatang ni kiteorang pun okay je. Seronok juga naik menatang ni, berangin.
Sampai kat Pasar Barat kiteorang bayar dan masuk ke dalam kawasan pasar. Suasana dia macam pasar basah kat Muar, cuma pasar dia ni kecil sikit. Kat sini kiteorang nak cari kerepek pisang salai. Kiteorang dah google dan tanya kawan pasal pisang salai kat Jakarta ni tapi semua tak jumpa. Kiteorang jumpa kat sini je ada. Kalau kat Bandung tu bersepah.
Dengan takde wifi dan phone pun tak ada data, nak mencari kedai tu satu hal la pulak. So kiteorang huna kaedah manual. Tanya orang. Hehe. Nasib baik ada save nama dan alamat kedai jadi tak susah la. Tanya-tanya orang rupanya kedai tu tak jauh pun, kat atas je. Kiteorang pun naik la tingkat atas dah jumpa kedai tu, dekat je dengan eskalator.
Selesai aktiviti membungkus pisang salai tu, kiteorang pun balik semula ke hotel dengan menggunakan Grab. Itupun tokey kedai tu yang panggilkan Grab maklumlah phone kiteorang tak ada data.
Sampai kat hotel, kiteorang lepak sekejap, lepas ni plan nak ke Tanah Abang pulak. Sambil-sambil lepak tu ada seorang lelaki berbangsa Cina muda dan kemas berpakaian datang menyapa dan sembang dengan kiteorang. Masa tu kiteorang tak tau siapa dia ni, ingatkan pelancong juga. Tapi masa sembang-sembang tu ada beberapa pekerja hotel datang kat dia. Rupa-rupanya dia ni pemilik hotel yang kiteorang duduk. Hoho.
Bila dia tau je kiteorang nak pergi Tanah Abang dia suruh pekerja dia hantarkan. Cantik! Jimat. Katanya lagi kat kiteorang nak senag kat sini nakik Grab. Kalau nak naik badjai jangan bayar lebih dari 35 ribu. Aku macam damn! Tadi dah bayar 50 ribu kat badjai yang pergi Pasar Barat tu. Takpe-takpe ada rezeki lain tu. Kataku dalam hati. Heheh.
Ke Tanah Abang kiteorang naik van apa entah macam Alza gitu le. Grab pun banyak guna kenderaan jenis ni kat sini. Sepatutnya perjalanan dari hotek ke Tanah Abang tu tak la kauh sangat. Akan tetapi masa kiteorang nak gerak ke Tanah Abang tu orang dah start balik kerja. Jadi dia punya sesak tu teruk gile!!! Aku siap tertidur lagi dalam van tu. Lepas sejam setengah baru kiteorang sampai kat Tanah Abang. Masa tu tanah Abang nak tutup dah pun. Sempat la pusing-pusing sekejap.
Dah habis pusing kat Tanah Abang tu, kiteorang macam nak balik ke hotel. Dah penat dah. Tapi nak book Grab tak boleh sebab masalah internet. Jadi kiteorang ada pillihan samada nak naik teksi atau badjai. Kiteorang keluar je dari kompleks Tanah Abang tu kiteorang jalan la slow-slow pergi ke arah barisan badjai yang banyak kat tepi jalan.
Masa tu jalan jem yang amat. Teruk betul. Sampai je kat arae badjai tu kiteorang tanya la berapa nak ke hotel. Rata-rata meletakkan harga 60-70 ribu. Aduh. Tadi owner hotel kata jangan bayar lebih 30 ribu. Takpe kiteorang pun jalan lagi ke depan. Sepanjang perjalanan tu banyak orang-orang berniaga kat tepi jalan. Mula-mula aku nampak orang meniaga makanan. Jalan depan sikit ada orang meniaga handphone dan alat-alar elektronik yang lain. Ni jenis yang bentang tikar meniaga ni. Bukan ada gerai pun.
Sambil-sambil tu mata aku mencari juga kalau-kalau ada yang jual portable wifi Bolt tu. Bila jalan ke depan sikit aku tengok ada orang jual batu. Batu cincin tu aku faham la kan. Ni aku tengok ada yang pecahkan batu jalan tu lepas tu jual. Uish pelik-pelik. Masa ni kiteorang dah tak larat jalan lagi. So kiteorang tahan je badjai dan bayar je badjai yang charge kiteorang 50 ribu. Waaaaa!
Naik je badjai baru rasa lega sikit. Sedap dapat duduk lepas tu berangin pulak. Hadoi selesa. Tapi badjai ni punya mencelah kat dalam kesesakan lalu lintas masa tu cukup menggerunkan. Tau je la badjai besar kot bukan macam motor EX5 tapi dia mencelah macam dia bawak motor 125Z. Gile lah. Celah-brek-pecut-celah-brek-pecut. Berdebar je duduk dalam tu. Tak sampai 15 minit kiteorang dah sampai kat hotel balik. Punyalah terrer yang bawak badjai ni. Kalau macam ni memang berbaloi la naik badjai, naik kereta mau 2 jam baru sampai hotel agaknya.
Malam tu kiteorang takde plan nak ke mana-mana. Dah penat sangat dah. Kiteorang order je makan dalam bilik. Lepas mandi sejuk-sejuk, makan dan terus kiteorang tidur. Punyalah penat. Masa baring tu punyalah sedap badan sejuk tilam empuk. Dah lama aku........zzzzzzzzz.
No comments:
Post a Comment