Gambar dari Google
12 STRONG
PASUKAN KHAS; TENTERA BERKUDA
ANAK PANAH; PELURU BERPANDU
Filem perang berasaskan fakta dari penerbit Jerry Bruckheimer.
Kisah pasukan pasukan khas pertama yang dikerahkan ke Afghanistan selepas peristiwa 9/11. Bintang Chris Hemsworth (Thor)sebagai kapten yang tidak berpengalaman dalam pasukan tentera elit di arah untuk menjalin hubungan dengan seorang panglima perang di Afghanistan. Mereka dikehendaki untuk membantu panglima perang tersebut dalam menawan kembali sebuah bandar di sana yang berada dibawah kuasa Taliban.
Kisah bermula dengan babak serangan 9/11 di WTC. Chris Hemswort yang memegang watak Kapten Mitch baru sahaja mendapat tugas baru, senang cerita kerja ofis. Supaya dia dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
Tapi kejadian yang baru berlaku menyebabkan Kapten Mitch berkeras untuk bersama semula dengan pasukan lamanya dan membawa mereka ke Aghanistan.
Mereka merupakan pasukan yang pertama masuk ke Afghanistan dan bertempur dengan Taliban selepas peristiwa 9/11.
Jalan cerita menarik. Kelajuan cerita, tidak begitu laju. Kadang-kadang ada babak yang lembab. Lakonan dan pelakon best. Watak Kapten Mitch berjaya dilakonkan dengan baik begitu juga dengan watak yang lain.
Suasana dan latar belakang filem okay. Kesan khas okay, cuma kadang-kadang aku tengok letupan bantuan udara tu macam tak besar sangat letupannya.
Mereka datang untuk menjalin hubungan, memberi bantuan. Akhirnya mereka berjuang seperti militia di sana juga. Berkuda dan berperang.
Secara keseluruhannya, cerita ini okay saja. Tak menarik sangat bagi aku, macam cerita 13 Hours tapi 12 Strong ni lagi slow cerita dia.
Rating 6/10
No comments:
Post a Comment