Tuesday, July 24, 2018

MOVIE REVIEW : TOMB RAIDER 2018



[Gambar:Google]


“First letter from my final destination”

Lara. Gadis penghantar barang berbasikal. Merupakan gadis yang aktif dan ceria. Disebalik keceriannya tersimpan satu perasaan sedih dan rindu pada bapanya yang hilang beberapa tahun lalu.

Lara merupakan anak gadis seorang hartawan yang bernama Richard Croft yang telah hilang di kepuan Jepun beberapa tahun lalu. Kejadian itu membuatkan lara seperti lari dari realiti dan tidak mahu berpatah balik kepada kenangan lama bapanya.

Satu hari Lara ditimpa masalah dan meminta bantuan dari peguam bapanya. Semasa di balai polis peguam bapanya memujuk Lara untuk menandatangani dokumen. Pada mulanya Lara agak keberatan tetapi apabila melibatkan rumah pusakanya lara mengalah dan datang ke pejabat untuk menandatangani dokumen tersebut.

Semasa perjumpaan, sebelum Lara meletakkan tanda tangannya, salah seorang dari peguam Lara, telah memberi sebuah kotak puzzle. Lara teruja dan mengambil kotak tersebut dan menyelsaikan puzzle itu disitu. Lalu kotak tersebut terbuka dan di dalamnya tersimpan sebuah kunci, gambar dan nota. Dari situ bermula pengembaraan Lara. Tak sempat tandatangan dokumen, Lara terus lari meninggalkan pejabat tersebut.

Tomb Raider 2018 ini menarik untuk ditonton. Ceritanya ringan dan bersahaja. Tapi penuh dengan aksi dan sedikit komedi. Aku suka. Lagenda dan mitos yang cuba diketengahkan juga tidak berat dan logik. Kadi masa menonton cerita ni perasaan ingin tahu tu menebal. Dari satu plor ke satu plot tidak membosankan.

Rating 7/10

No comments:

Post a Comment