Saturday, November 10, 2018



SAPPORO DAY: BALIK

0400. Bangun mandi, makan dan bersiap-siap. Apartment kiteorang ni disediakan periuk nasi. So bolehlah isteri masak. Tapi periuk nasi button semua dalam bahasa jepun. Nak kena ambil gambar guna Google Translate baru la dapat baca. Senang la. Tak payah makan luar. Kenyang perut senang hati. Selesai sarapan kiteorang kemas-kemas sikit apartment tu sebelum kiteorang check out.

0500. Kiteorang dah mula berjalan keluar menuju ke stesyen Naebo. Masa tu gelap lagi. Hujan turun renyai-renyai. Sejuk. Masa berjalan ni aku rasa sangay best. Tak tau kenapa. Mungkin sebab sejuk dan sunyi kot. Tenang. Tapi isteri aku takut sebab gelap lagi. Sampai kat stesyen ada la sorang pakcik dengan makcik tengah duduk tunggu nak masuk platform. Masa ni stesyen dah buka cuma, gate nak masuk platform tak beroperasi lagi kot. Kiteorang kena bertolak awal dari sini, nak kejar flight. 

Perjalanan dari Naebo mungkin ambil masa 1 jam lebih. Kali ni kiteorang tak ambil train ekspress sebab train tu start lambat. Kiteorang naik train biasa. Masa dalam train tu kiteorang dapat tengok sunrise, cantik gile. Selalu tengok kat laut kat bukit ni dari dalam train berlatar belakangkan hutan kuning dan sesekali lalu kawasan rumah orang. Ada juga lalu kawasan kebun. Jarang tengok orang jepun berkebun ni. 

Sampai kat airport bergegas la kiteorang ke check in kaunter. Tengok-tengok kaunter tu dah tutup. Uish. Ni yang panik ni. Ada kertas tampal kat situ suruh proceed ke kaunter lain. Kiteorang pun cari la kaunter lain. Ada juga la yang mengikut kiteorang cari kaunter. Puas kiteorang berpusing cari kaunter. Tak jumpa-jumpa. Last-last kiteorang jumpa Information Counter. Tanya kat petugas kat situ. Rupa-rupanya kiteorang dah salah level. Kaunter yang kiteorang pergi tu untuk penerbangan domestik. Antarabangsa kena naik tingkat lain. Berpusing dibuatnya. Turun naik kiteorang tadi.

Lepas check in kiteorang pun lepak tunggu sebelum naik kapal terbang. Sempat juga la pusing-pusing kat dalam kawasan airport tu. Sambar la juga coklat kat situ. Royce, KitKat entah coklat apa lagi entah. Aku tengok Cabin Crew degan Pilot pun sibuk shopping kat kedai coklat tu. Penuh weh dalam kedai tu. Penuh dengan orang Malaysia, Filipina dan Thailand. Haha.

Overall, Sapporo bagi aku adalah bandar yang tenang. Tak sibuk. Kereta tak banyak. Orang tak bersesak-sesak. Dalam train pun okay. Tapi kiteorang datang sini bukan peak season. Jadi mungkin sebab tu lah aku rasa selesa kot. Kat sini musim salji mungkin akan ramai pelancong. Isteri kata salji kat Sapporo ni adalah salji yang terbaik. Very Fine kalau dalam bahasa Inggeris. Hehe. 







Friday, November 09, 2018

SAPPORO DAY 2; OTARU

Macam biasa kiteorang suami isteri bangun pukul 4 pagi. Kiteorang persiapkan diri dan bersarapan dengan bekal yang kiteorang bawak dari Malaysia. Ketupat mini Adabi/Nona memang berguna betul. Pagi-pagi macam ni makan disulam pula dengan air milo panas-panas. Sedapnya tak terkata. Dah kenyang kiteorang pun berjalan keluar menuju ke stesyen Naebo. Hari ni destinasi adalah Otaru.

Suasana pagi tu nyaman betul. Suram-suram pagi diselangi cahaya matahari yang baru nak keluar. Cantik. Kereta tak banyak. Tenang. Dari Naebo nak ke Otaru tak susah. Ada direct train ke sana dari Naebo. Kena redah lebih kurang 13 stesyen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih kot. Dah beli tiket kiteroang pun gerak terus pergi platform. Sekali-sekala tengok keretapi bersimpang-siur. Kat stesyen ni memang boleh nampak landasan keretapi dia yang banyak.

Pemandangan sepanjang perjalanan tu memang best. Mula-mula lalu kawasan bandar sikit lepas tu lalu belakang rumah orang. Part lalu tepi laut tu yang best tu. Indah sungguh. Betul-betul tepi laut keretapi ni bergerak. Cantik sungguh la. Terdiam kiteorang suami isteri tengok pemandangan tu sambil layan perasaan. Asyik. Keretapi ni akan lalu satu stesyen nama dia Zenibaku. Sebelum dan selepas stesyen tu kiteorang boleh tengok suasana kat situ. Macam dalam komik Jepun suasana kat Zenibaku tu. Rumah kedai kecik-kecik, rapat-rapat. Tapi kiteorang tak turun la, lalu je.

Sampai kat Otaru, kiteorang pun keluar dari stesyen. Tarikan utama kat sini adalah Otaru Canal. Masa musim salji cantik la sebab ia akan dilitupi salji sambil ada sampan besar menyusur kat canal tu. Tapi kiteorang tak naik la. Tempat tu tak jauh dari stesyen pun. Bandar ni pun tak sibuk. Kedai banyak. Otaru ni bandar pelabuhan. Jadi kat sini banyak la kapal-kapal berlabuh yang dapat kiteorang tengok. Siap ada seorang pakcik tu rilek je memancing kat tepi pelabuhan tu. Lepas tu ada pulak seekor kucing kat belakang pakcik tu tunggu pakcik tu memancing. Comel betul. Kat sini juga ada satu landasan keretapi lama yang menghubungkan pelabuhan dan bandar dulu kot. Kat sini juga banyak bangunan batu merah dan dilitupi dengan bunga-bunga melekat kat dinding. Cantik la kalau nak ambil gambar. 

Dah puas berjalan, kiteorang masuk pulak Tourism Centre dia kat situ. Dalam tu macam biasa la ada jual cenderahati dan makanan-makanan produk dari Otaru juga rasanya. Ada satu sudut kat situ ada pelancong-pelancong dari seluruh dunia tampal duit negara masing-masing. Penuh la duit kat dinding situ. Duit RM pun ada terselit juga. Saja je kiteorang masuk sini, nak panaskan badan. Sejuk. Tapi isteri aku rilek je, aku je rasa nak menggigil. Oh sebelum masuk ke Tourism Centre tu kiteorang dah berpiknik kat jambatan Otaru Canal tu. Macam biasa kiteorang makan bekalan yang kiteorang bawa. Sambung jalan-jalan kat area Otaru tu, aku sempat beli satu beg galas letak barang-barang makan. Lenguh bahu wei! Sebab sebelum ni letak dalam beg kain sangkut kat bahu.

Destinasi seterusnya adalah ke bandar Sapporo. Sampai je kat Sapporo kiteorang terus cari Big Camera. Saje nak tengok barang-barang. Takde apa yang menarik pun. Lepas tu kiteorang jalan-jalan kat taman Sapporo tu yang ada mini Eiffel Tower. Ramai gile orang berdating kat situ. Kat sotu ada satu bulatan besar macam ada tempat duduk. Kat situlah kiteorang makan bekal yang kiteorang bawa. Dinner di tengah taman di tengah kota okay. Hehe. Masa tu angin sepoi-sepoi tapi dia punya sejuk huiii tajam je sampai muka. Aku memang dah bertutup muka dah dengan kain. Tapi orang lain rilek je wife aku pun steady je. 

Dah kenyang kiteorang bergerak ke Susukino. Saje nak tengok nightlife. Kiteorang berjalan kaki saje. Seronok juga tengok orang berjalan-jalan ni. Macam-macam ragam. Aku nampak ada juga tram kat tengah bandar ni. Tapi tak naik la sebab kiteorang nak berjalan. Tiba-tiba aku nampak ada seorang mamat jepun ni naik skateboard kat tengah jalan. Rilek je dia meluncur. Tak pernah aku tengok orang jepun buat perangai macam ni.

Dari Susukino kiteorang berjalan kaki balik ke Naebo. Tak jauh pun. Guna waze.Tapi dalam perjalanan phone kiteorang habis batteri pulak. Adoi. Hilang arah dah macam ni. Puas berpusing. Serius. Pusing-pusing jumpa tempat yang sama balik. Banyak juga kedai/kiosk yang kiteorang masuk minta tolong tunjukkan jalan. Kebanyakkannya tak tau nak berbahasa Inggeris. Tapi dieorang tetap nak tolong dan hormat pelancong. Akhirnya ada juga budak lelaki kat kedai 7eleven yang tau berbahasa Inggeris sikit-sikit. Dia la tunjukkan arah jalan nak balik apartment kiteorang. Fuh! 

Selamat sampai apartment kiteorang bersihkan badan dan terus tidur. Penat gile weh!















Thursday, November 08, 2018

SAPPORO 2018 DAY 1




Pling! “Assalamualaikum dan Selamat pagi. Ini kapten anda bercakap. Kita sudah pun berada di ruang udara Jepun dan akan mendarat sebentar lagi di New Chitose Airport. Cuaca dilaporkan agak baik dan suhu diluar lebih kurang 5 darjah celcius.” umum juruterbang. 

Kejap lagi nak mendarat dah. Dari pukul 4 pagi aku terjaga sampai sekarang tak tidur-tidur lagi. Semalam pun bangun macam ni juga. Adoi la kejap lagi nak jalan-jalan. Sepanjang masa aku tak tidur tu aku cuma berangan je la. Lebih kurang pukul 5 pagi, aku dah boleh nampak cahaya matahari mula memasuki ruang kabin.

Kiteorang duduk twin seat. Selesa sikit. Aisle kat tepi tu menjadikan ruang tempat duduk kiteorang besar dan selesa. Toilet pun dekat. Enjin pun dekat. Hahaha! Tu yang bising tu. Sambil-sambil tu aku layan pemandangan melalui tingkap kapal terbang. Masa ni sebelah kanan kabin kelihatan warna kemerah-merahan. Cantik sangat. Aku dapat tengok melalui tingkap sebelah kanan tu nampak cahaya matahari masuk. Aku dudk sebelah kiri kabin. Sebelah sini cahaya tak sampai lagi. Nampka suram -suram je.

Bila dah cerah nampak la awan. Hati dah seronok sangat. Tak sabar-sabar nak landing. Tiba-tiba sedang aku layan perasaan kat luar tingkap tu, aku nampak sebuah kapal terbang 737 terbang laju meluncur dan aku nampak macam ada kepulan asap hitam keluar dari enjin sebelah kiri dia. Aku macam panik! Biar betul ni! Apahal kapal terbang tu. Aku amati asap hitam tu tak nampak macam asap nampak macam buih tapi streamline. Tegak je. Mungkin pesawat tu tengah dump fuel kot. Perlu ke aku bagitau pilot? Mungkin pilot dah tau melalui radio. Itu adalah antara pemandangan yang jarang dapat dilihat. Berdebar rasanya.

Tak lama lepas tu kiteorang pun mendarat kat New Shintose Airport. Masa tu bateri telefon dah flat. Keluar je imigressen terus kiteorang cari kabel nak charge telefon. Charger dalam beg satu je. Lagi satu dalam check in beg. Terpaksa la beli kabel extra kat sini. Nasib baik charging port dia tak jauh dari kedai serbaneka dieorang. Sejam juga la kiteorang lepak kat charging area tu. Bila dah penuh kiteorang pun start keluar dari kawasan airport tu. Masa nak keluar tu kiteorang lalu kawasan kedai-kedai dalam airport tu. Jumpa la kedai coklat Royce. Sedap kau coklat dia. Lepas tu kiteorang beli aiskrim susu. Tinggi gila aiskrim dia. Susu dia padat pulak tu. Huih! Muak makan.  

Dah puas berjalan dalam terminal kiteorang pun bergerak keluar menuju ke bandar naik keretapi. Masa dalam keretapi tu aku rasa pelik sebab dia ada skip beberapa stesyen. Aku macam berdebar. Aku kira berapa lagi stesyen nak sampai ke Naebo. Sikit lagi. Aku tengok pamplet aku tengok papan tanda dalam keretapi. Lama-kelamaan baru aku perasan. Keretapi ni jenis ekspress. Dia akan skip beberapa stesyen untuk cepat sampai ke stesyen Sapporo. Seperti yang aku jangkakan, train ni lalu je katbstesyen Naebo dan terus ke stesyen Sapporo. Jadi terpaksa la kiteorang berpatah balik menuju ke stesyen Naebo. Kena tukar keretapi lain. Tak jauh pun beza satu stesyen je.

Sampai kat stesyen Naebo, terasa macam kat stesyen KTM Seremban tapi kecil sedikit. Jarang aku turun stesyen macam ni kat Jepun. Selalu stesyen canggih-canggih. Ni memang stesyen lama ni. Klassik. Jadi dari stesyen Naebo kiteorang kena berjalan kaki ke apartment yang kiteorang dah sewa. Patutnya awal lagi nak check in tapi owner kate boleh letak beg. Macam biasa cari Airbnb kat Jepun ni memang senang. Owner akan bagi maklumat yang lengkap siap peta dan gambar-gambar yang kotang akan lalu. Gambar traffic light pun ada. Apartment kiteorang memang tak jauh dari stesen Naebo tu. Dekat gile. Keliling pulak siap ada 7eleven, Family Mart dan macam-macam lagi kiosk/kedai yang aku tak pernah jumpa. Senang la.

Dah letak beg, dah strecth badan sikit-sikit, kiteorang pun keluar berjalan. Cadangnya nak pergi muzium keretapi. Berjalan la kami suami isteri mencari destinasi menggunakan waze. Dalam perjalanan tu kiteorang jumpa Aeon. Suasana berjalan kat situ best. Naebo ni tenang kereta tak banyak. Kiteorang siap lintas rel keretapi lagi. Bila keretapi lalu terasa angin dia. Tapi bau asap tetap ada la. Tiba je kat muzium keretapi tengok dah tutup. Adoi! Apahal pulak ni. Kechiwa. Kiteorang pun berpatah balik ke Aeon mall tadi tu.

Dalam Aeon mall tu kiteorang browsing-browsing tengok barang. Saja cuci mata. Dari satu pintu ke satu pintu yang lain. Lepas tu kiteorang keluar satu pintu ni tengok ada taman kat depan. Lepas tu ada bangunan yang diselimuti  dengan daun. Cantik. Jalan ke depqn lagi tengok ada taman. Ada kafe. Wow port lepak ni! Rupa-rupanya barulah kiteorang tau tempat tu la Bier Garten. Check! Satu tempat dah sampai. Kiteorang pun berpiknik la kat situ sambil makan bekal yang kiteorang bawak iaitu nasi impit, daging dendeng dan serunding. Sedap weiiiiiii!!!! Udara sejuk-sejuk makan suam-suam. Huii bestnya la hai.

Dah puas melepak kat taman tu kiteorang pun bergerak balik ke apartment. Sampai apartment buka la beg. Jengjengjeng! Travel adapter salah bawa! Adoi! Macamane boleh salah bawak ni. Macamane nak charge phone ni. Alahai. Terpaksa la keluar balik cari plug. Kedai/kiosk banyak keliling kan tapi satu pun takde jual travel adapter. Hampeh betul! Last-last ada la satu kedai tu jual usb charger boleh la masuk dua slot usb serentak. Itu pun dah puas kiteorang berpusing cari. Jadi malam tu kiteorang balik keletihan yang teramat sangat. Mandi-mandi terus tidur. Fuh!















Wednesday, November 07, 2018

SAPPORO 2018; FLIGHT D7 550


Dendeng. Ketupat mini. Seri muka.

Pukul 4 pagi aku dah terjaga. Tak boleh tidur dah. Ke kanan sudah ke kiri pun sudah tapi masih mata ni terbuka luas. Sudahnya aku berjaga sampai subuh. Selepas solat subuh aku try lagi nak tidur. Cuba lagi. Namum gagal.

Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke gym pagi tu. 0820 pagi aku dan isteri dah sampai kat gym. Orang tak ramai. Aku macam biasa warm up sikit lepas tu layan lari atas treadmill. Lepas sejam bersenam di gym kiteorang pun naik la balik ke rumah. 

Kiteorang berehat sekejap. Lepas tu isteriku mula memasak. Malam ni kiteorang nak ke Sapporo, Jepun. Penerbangan pukul 2330. Semalam kiteorang dah beli barang-barang makanan untuk dibawa ke sana. Jadi hari ni isteriku masak daging dendeng dan rebus ketupat mini untuk bekalan disana. Selain tu dia juga buat kuih seri muka untuk bapaku yang nak bawa ke mesyuarat. Sebenarnya baba nak kuih cara tapi tak sempat rasanya nak buat jadi aku bagi cadangan buat kuih seri muka je.

Sambil-sambil isteriku masak tu aku layan Melodi je. Ada juga la aku masuk dapur tolong-tolong basuh pinggan. Antara barang yang kiteorang beli semalam adalah :

  1. Roti Gardenia
  2. Kari Ayam, Kurma Ayam dan Sup Kambing dalam tin.
  3. Ketupat mini.
  4. Snickers
  5. Mentega
  6. Tuna dalam tin.

Ketupat mini dan daging dendeng isteriku dah masak siap-siap sebelum pergi. Sebaik je rancangan Melodi tu nak habis, Daging dendeng dan ketupat mini dah siap. Jadi itulah makanan tengah hari kiteorang. Kuih seri muka masih lagi atas dapur. Selesai makan aku dah rasa macam mengantuk. Barulah boleh tidur.

Sebelum Asar isteriku dah kejut untuk bersiap-siap. Kejap lahi pukul 6 petang kiteorang nak gerak terus ke airport. Aku pun dengan malasnya pun bangun mandi, solat dan makan sikit kuih seri muka yang dah siap. Sedap! Isterku dah packing dah semua barang-barang yang nak dibawa ke sana. Aku tinggal buat inspection je. Terbaik la b. Muah muah!

Jadi pukul 6 lebih kiteorang pun berangkat la ke KLIA2. Sebelum tu kiteorang singgah kejap rumah mama dengan baba nak hantar kuih seri muka. Perjalanan ke airport agak lancar. Sebenarnya ini adalah trip birthday kiteorang. Kami suami isteri berkongsi bulan hari lahir yang sama dan beza hari lahir kami cuma dua hari. Jadi setipa kali birthday kiteoorang, kalau ada kelapangan dan izin Allah kiteorang akan ke luar negara.

Sampai kat KLIA2 kiteorang terus pergi surau dulu. Selesai solat kiteorang pergi wrap bag dan isteriku tukar duit. Settle tu kiteorang print boarding pass dan bag tag dekat kiosk. Lepas tu pergi beratur nak check in pula, dalam masa yang sama isteriku pergi ambil portable wifi yang disewa. Tapi sebenarnya dah check in dah print boarding pass dan bag tag tak payah la beratur dekat check in counter lagi. Terus je pergi ke self drop baggage counter. Wahhh!!! Kenapa la malam tu kiteorang agak blur. Tapi nasib baik beratur check in tu tak lama. 

Dah selesai dengan urusan check in, aku pergi smoke kejap kat luar. Tapi masa tu sebenarnya agak kelaparan. Tengok jam macam dah tak sempat dah. Dah puas isap rokok, kiteorang pun masuk la ke balai berlepas. Sebelum nak sampai gate, kiteorang akhirnya ambil keputusan untuk tapau Mcd. Double cheese burger dengan fries. Oh sedapnya! Dah lama tak makan Mcd.

Elok kiteorang berjalan ke arah gate, terus je dieorang buat pengumuman gate nak buka dan boleh masuk. Tak sempat nak duduk terus je kiteorang pergi berdiri kat depan pintu. So lepas check boarding pass dan passport kiteorang masuk la kat departure hall tu. Tak boleh pun lagi masuk kapal terbang. Sambil menunggu kiteorang pun melantak la Doubel Cheese Burger dengan French Fries tu. Terbaik. Lapar dua orang ni sebenarnya.

Lepas tu dieorang pun panggil la untuk boarding. Kiteorang duduk zon belakang. Masa tu dah pukul 11 lebih. Isteriku dah ngantuk-ngantuk. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi esok pagi pukul 8 baru sampi Sapporo. Tepat jam 12 aku pun wish Happy Birthday kat isteriku. Nak post kat FB tak boleh la kan dah takde line. Aku cuba buat scheduled post kat phone tak boleh. Hampeh betul. Apa-apa pun Happy Birthday B! Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki  dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Amin!



Happy Birthday B!



Sapporo here we come!