UNGERIN
Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia.
Ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.
Atas keperluan ini, satu doktrin khusus dari PDRM telah membawa kepada penubuhan sebuah unit elit marin dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Terdapat 30 orang anggota (berkemungkinan dari pasukan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas dihantar ke unit ini).
Unit yang sebelum ini digelar sebagai Unit Selam Tempur ini mendapat latihan asas komando marin daripada Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.
Pada tahun 2008, atas keperluan dan perstrukturan semula, nama Unit Selam Tempur telah digantikan dengan nama Unit Gempur Marin atau UNGERIN dan nama unit ini terus kekal sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment