Saturday, March 15, 2025

SKUADRON PERISAI PGA - PDRM


Jarang-jarang kita dengar tentang Skuadron Kereta Perisai PGA PDRM. Sebenarnya unit ini telah ditubuhkan pada 28 Julai 1971. Di awal penubuhannya unit ini menggunakan Kereta Perisai Ferret Scout Car. Unit ini bertindak sebagai perlindungan berperisai kepada unit-unit dalam operasi PDRM.Tahun-tahun berikutnya PDRM telah membeli beberapa lagi jenis kenderaan berperisai seperti Commando V100, Shorland, Commando V150 dan Sankey AT150  untuk kegunaan skuadron ini.

Setiap unit Skuadron Kereta Perisai juga boleh digerakkan bagi membantu dalam sesuatu operasi sama ada bagi tujuan tempur, picquet, eskot, perlindungan dan penyelamatan VIP serta kawalan keselamatan kawasan strategik juga sempadan negara. Juga untuk membawa anggota-anggota pasukan keselamatan terutamanya PGA, Tiger Platoon dan lain-lain anggota infantri ke lokasi-lokasi keselamatan dan lokasi operasi yang berbahaya.

Ia juga boleh digunakan sewaktu rusuhan yang mana boleh digunakan oleh PORU.Iaitu unit anti-rusuhan Pasukan Gerakan Am, Public Order Riot Unit PGA. Dan juga digunakan untuk menangani apa-apa isu ketenteraman awam.

Ketika insurgensi, di kawasan-kawasan hitam skuadron perisai ini biasanya memberi perlindungan kepada pasukan polis hutan. Kereta perisai bukan saja digunakan di zaman komunis malah digunakan semasa pemberontakan Al-Maunah dan Ops Daulat. Skuadron kereta perisai juga pernah dihantar ke luar negara untuk misi pengaman. Dengan adanya kereta perisai ini pelbagai operasi telah dilaksanakan dengan jayanya.

Peranan skuadron perisai ini yang pelbagai, menjadikan ia satu elemen penting dalam misi atau rondaan. Mungkin sebaik anggota melihat kehadiran kereta perisai semasa pertempuran ia dapat menaikkan semangat dan juga moral mereka. Selain itu ia boleh digunakan juga untuk memberi bantuan kepada jabatan-jabatan lain PDRM.


Kereta perisai yang digunakan oleh skuadron perisai ini dikelaskan sebagai armored fighting vehicle dimana ia boleh membawa unit tempur ke kawasan operasi. Ia lincah dan laju. Dilengkapi dengan mesingan kegunaan am untuk memberikan kuasa tembakan yang padu. Ada juga kereta perisai yang dilengkapi dengan meriam Oerlikon untuk menambahkan lagi kuasa memusnah.


Walaupun menggunakan jentera yang sudah lama dan usang, namun PDRM masih lagi berjaya menyelenggara dan membuktikan aset tersebut masih lagi boleh digunakan dan berfungsi untuk menjalankan tugas serta misi walaupun usianya sudah pun menjangkau setengah abad.


Kini Skuadron perisai diwujudkan di setiap briged PGA untuk membantu dan memberikan sokongan pada unit-unit yang lain. Skuadron ini juga aktif membuat rondaan mengawal sempadan negara dan juga di tempatkan di ESSCOM bagi menambah ketumbukan dan kekuatan angkatan bersama. 


Dengan penambahan kereta perisai yang baru ini ke seluruh briged PGA, diharapkan ia dapat mengukuhkan lagi sempadan negara dan keselamatan juga memberi kelebihan pada pasukan dan unit-unit PDRM yang lain dalam menjaga kedaulatan negara lebih-lebih lagi PGA. 

Salah satu kereta perisai yang popular adalah Commando v150. Ia menggabungkan kebolehan kereta perisai ringan dengan APC. Ia mempunyai set roda yang besar dan lasak, yang memberikan kebolehan dan pengendalian di pelbagai rupa bentuk muka bumi dengan baik. Ia mempunyai turet di atas, yang biasanya membawa meriam Oerlinkon. Terdapat ruang pandang kecil di hadapan untuk pemandu melihat keluar.

Jika diperhatikan kereta perisai milik PDRM ini adalah sangat kecil dan kompak. Mungkin ia sesuai dengan bentuk muka bumi Malaysia dan sesuai dengan jenis operasi atau misi yang hendak dilaksanakan.

Jika dibayangkan apabila berlakunya pertempuran di dalam hutan atau ladang - ladang kelapa sawit dentuman meriam dan tembakan automatik MGKA yang meletup seperti popcorn pastinya menggegarkan kawasan tersebut.

Jadi mungkin ini dapat membantu pergerakan ke hadapan pasukan untuk menyerang dan meneutralisasikan pihak musuh. Selain itu kereta perisai yang laju ini juga boleh berulang alik ke kawasan medan dan command post untuk transport anggota yang cedera atau membawa aset-aset penting bagi misi yang sedang dilaksanakan.

Makanya peranan skuadron kereta perisai ini tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai misi dan objektif dapat dicapai dengan kewujudan skuadron ini. Ini telah pun dibuktikan dari dulu lagi dan banyak pasukan keselamatan negara lain yang menggunakan kereta perisai ini dan menubuhkan unit kereta perisai dalam pasukan mereka.

Selain kereta perisai, krew kereta juga perlulah berkemahiran tinggi untuk mengendali dan menjaga kenderaan tersebut. Maknanya krew perlulah berpengetahuan dalam sistem kereta, persenjataan dan juga penyelenggaraan. Kerana di dalam saat getir krew perlu bertindak cepat dan tepat.

































SEMUA GAMBAR : GOOGLE | FB | X



MOBILE PATROL VEHICLE PDRM

Unit Kereta Peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM), atau dikenali sebagai Mobile Patrol Vehicle (MPV), merupakan salah satu unit penting dalam pasukan polis Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan rondaan darat bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. Unit ini beroperasi 24 jam sehari dan menjadi tulang belakang dalam penguatkuasaan undang-undang serta pencegahan jenayah di seluruh negara.

Kereta peronda PDRM dilengkapi dengan teknologi moden seperti sistem komunikasi terkini, kamera litar tertutup (CCTV), dan peralatan bantuan kecemasan. Kenderaan ini biasanya digunakan untuk rondaan di kawasan bandar, luar bandar, dan kawasan strategik seperti pusat membeli-belah, kawasan perumahan, dan jalan raya utama. Kehadiran MPV yang kerap di jalan raya bukan sahaja membantu mengurangkan kadar jenayah tetapi juga memberikan rasa selamat kepada masyarakat.


Selain itu, anggota Unit Kereta Peronda PDRM juga dilatih untuk memberikan bantuan kecemasan seperti menguruskan kes kemalangan jalan raya, membantu mangsa bencana, dan memberikan khidmat sokongan kepada unit-unit lain dalam operasi besar. Mereka sering bekerjasama dengan unit-unit khusus seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit K9 untuk memastikan operasi berjalan lancar.


Keberkesanan Unit Kereta Peronda PDRM terbukti melalui penurunan kadar jenayah indeks di kawasan yang kerap diliputi oleh rondaan mereka. Dedikasi dan komitmen anggota unit ini dalam menjalankan tugas telah menjadikan mereka antara pasukan yang paling dipercayai oleh masyarakat. Dengan terus meningkatkan kemahiran dan peralatan, Unit Kereta Peronda PDRM kekal relevan dalam memastikan keamanan negara.


































SUMBER GAMBAR : GOOGLE | FB | X