Ni bukan aku yang buat. Tapi adik aku. Cubaan beliau untuk menjadi usahawan dan ada brand sendiri. Aku kagum dengan semangat dia, sebab nak bina jenama sendiri bukan senang. Perlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
Seingat aku dulu memang jarang orang Malaysia makan roti macam ni. Dulu zaman aku kecik-kecik, roti krim banyak la. Tapi aku tak suka pun roti krim tu. Tak kena tekak. Kalau nak makan roti yang premium memang kena pergi beli kat Jusco. Kat situ dapat la roti sedap-sedap, yang memang ada kualiti.
Meningkat remaja, baru la aku perasan ada Rotiboy, Lavender, dan macam-macam lagi la. Pelbagai pilihan roti masa tu. Orang mula terbuka dengan roti yang lebih fancy dan premium. Dari situ, makin banyak jenama tempatan cuba masuk ke pasaran dengan inovasi masing-masing.
Kebelakangan ni banyak pulak individu jual roti. Mungkin diorang nampak market roti ni boleh pergi jauh. Aku pun tak berapa nak pasti. Tapi kalau tengok trend sekarang, memang ramai yang berjinak-jinak dalam bisnes roti homemade. Ada yang buat roti dengan konsep viral, ada yang fokus pada kualiti premium.
Yang penting, roti-roti yang nak dijual tu kena la sedap kan. Kalau sedap, mesti orang tak kisah punya bayar mahal. Sebab bagi pelanggan, rasa dan kualiti lebih penting dari harga. Jadi, semoga adik aku berjaya dengan usahanya ni!
No comments:
Post a Comment