Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi. Aku baru bangun. Hehe. Hari ni kiteorang suami isteri plan nak pergi makan di Restoran Nasi Kandar Kudu bin Abdul di Jalan TAR. Dua minggu lepas kiteorang dah pekena nasi kandar Mohd Yaseem kat Jalan TAR juga. Kedainya sederet dengan Restoran Kudu bin Abdul ni.
Jadi aku pun bergegas bangun mempersiapkan diri. Macam biasa, sebelum mandi minum air masak seteguk dulu (awet muda la konon). Selepas mandi baju dah siap atas katil. First class kan cinta hatiku ini. Muahh sikit b! Sebelum keluar aku pekena telur separuh masak 2 biji. Yummy.
Jalan hari ni agak clear, trafik lancar dan cuaca sejuk, nyaman je rasa. Perut ada sedikit lapar. Hehe. Kiteorang waze je jalan ke restoran ni dan seperti yang aku jangka ia akan membawa kiteorang lalu belakang Quill Mall dan tembus kat belakang Restoran Kudu ni. Kawasan belakang ni ada kotak parking dan kawasan lapang untuk parking (per entry RM2) kalau kat kotak tu aku rasa weekend tak payah bayar kot. Kalau weekdays aku tak tau la ye. So kalau sampai sini nampak je parking kosong sila terus masuk ye. Tak payah kot nak pilih parking. Sebab kalau terlajak sampai depan tu dah termasuk ke Jalan TAR balik. Satu hal pulak nak pusing.
Settle bayar parking, kiteorang terus menuju ke arah restoran tersebut. Orang dah start beratur. Tapi tak lah panjang sangat. Kalau hari kerja ni orang beratur sampai pusing bangunan wooo! Masa beratur kiteorang dah plan nak makan apa, sebab dari jauh dah nampak lauk pauk yang disediakan. Tak lama masa yang diambil untuk sampai ke giliran kiteorang, berbeza dengan Restoran Mohd Yaseem kiteorang beratur agak lama. Masa beratur ni dieorang dah siap-siap ambil order minuman kita. Laju. Pekerja dia memang tak duduk diam. Siap masa beratur tu ada sorang brader minta tolong pekerja dia bawakan anak dia pergi toilet. Pekerja situ layan je. Hahaha. Tak nak keluar baris brader tu. Hehehe.
Selesai ambil lauk, terus kena pergi bayar dulu kat kaunter. Kat situ bayar semua termasuk minuman dan juga papadom. Tapi masa order air tadi kiteorang dah order papadom sekali tadi so tak payah nak berangkut banyak pinggan dari kaunter. Kat meja dah ready air dengan papadom. Jadi pilihan lauk aku adalah, nasi putih separuh, ayam goreng, daging kicap, telur dadar, bendi, cili hijau san kuah campur. Isteri pula, nasi putih separuh, ayam kicap, telur asin, bendi dan juga cili hijau. Air suam untuk isteri dan Nescafe Ais untuk aku. Sedap. Cukup menyelerakan. Makan takde stop punya. Jalan terus. Dan harga untuk makanan tengahari kiteorang adalah berjumlah RM28.80. Boleh tahan kan. Selesai makan, perut kenyang dan mata pun mengantuk. Hari pun macam nak hujan. Jadi kiteorang pun terus gerak. Tak payah risau nak beratur bayar. Dah bayar kan tadi. Kat sini meja agak terhad, jadi kalau dah makan tu berilah laluan pada yang lain.
Jika nak dibandingkan masakan antara Restoran Kudu dan Yaseem, kuah Restoran Yaseem agak pedas berbanding dengan Restoran Kudu. Jadi aku lebih lebih suka kuah Yaseem. Sebab aku suka yang pedas-pedas. Bukan Kudu tak sedap ye. Kedua-duanya sedap dan cukup rasa. Cuma tang pedas je berbeza. Jenis masakan pula aku tengok sama je masakan dieorang. Perbezaan tempat makan pula, Restoran Yaseem ada tempat makan berhawa dingin. Itu saja.
Kiteorang agak bersyukur dapat makan kat Restoran Kudu bin Abdul. Dah 3 tahun kiteorang plan dan berusaha nak pergi makan kat Restoran Kudu bin Abdul ni, tapi ada je aral. Alhamdulillah rezeki kali ni lepas juga makan kat sini.
Servis laju
Antara pilihan lauk
Bendi menarikkan
Cili hijau tu
Orang tak ramai sangat buat masa ni
Kat kaunter tu boleh ambil papadom terus
Ni kalau hari kerja ni penuh ni
No comments:
Post a Comment