Saturday, March 31, 2018

KAFE HOSPITAL



Masuk hospital? Bila? Tanyaku pada mama bila salah seorang sepupuku masuk hospital. Penyakit misteri. Sepupuku tak lah tua sangat lebih dua tahun ke dari aku.

Jadi aku ambil kesempatan untuk melawat dia di KPJ Ampang Puteri. Masa tu dia dah 10 hari kat wad. Setibanya aku dan isteri sampai tengok dia masih tidur. Ibunya pun ada disebelah tidur juga. Tak nak kejutkan dieorang, kami pun turun ke kafe nak makan sebab masa tu pun dah nak masuk makan tengahari.

Kiteorang memang ada perangai suka makan kat kafe atau kantin hospital. Bagi kiteorang makanan kat situ ada rasa masakan di rumah dan rasa dia asli tapi tak semua la. Setibanya kiteorang tiba di kafe kiteorang terus ambil pinggan dan nasi. 

Aku senduk kuah lemak masak rebung, ayam goreng, tauhu masak sambal, tempe sambal goreng ikan bilis, ulam-ulaman dan nescafe panas. Isteri pula ambil ikan goreng, tauhu sambal, sambal belacan, ulam raja, terung sambal dan air suam.  

Sebelum bayar kiteorang sempat tapau mee goreng basah hitam dan putu mayam, ni nak buat makan petang. Selesai bayar kiteorang terus menuju ke meja makan. Ruang makannya agak luas, bersih dan selesa. Suapan pertama, mata aku terbeliak, alahai kuah lemak dia tak rasa sangat. Tapi masib baik ambil tempe goreng sambal tu ada la rasa. Tauhu pula tengok macamane rase dia, masuk dalam mulut mata aku terbeliak buat kali kedua. Ingatkan tauhu rupa-rupanya fishcake. Alahai macamane boleh tak perasan ni. Nasib baik sedap. Untuk isteri pula katanya lauk okay. Sedap je. 

Overall makan kat kafe tu okay la. Cuma kuah lemak je kantoi sikit. Tapi takpe, tempe sambal dan fishcake yang aku sangka tauhu tu sedap juga. Maka selesai makan kiteorang pun sambung la melawat sepupuku yang tak sihat. Harap-harap dieorang dah bangun la kan.




Ruang makan


Cepat weh lauk habis


Antara minuman yang disediakan


Aneka kuih untuk ditapau



Sudut lain ruang makan




Thursday, March 08, 2018

KL SPECIAL FORCE MOVIE REVIEW




KL SPECIAL FORCE

Wow! Dengar tajuk aku dah berdebar dah. Aku dah lama menantikan filem aksi dari SKOP Production ni. Jadi aku dan isteri mencari masa nak menonton filem ini. Dah dapat masa yang sesuai kiteorang buat keputusan untuk menonton filem ni di TGV One Utama. 

Aku memang gemar datang kat TGV sebab aku suka Royale Popcorn dia dengan Hotdog. Sedap weh! Meleleh-leleh cheese atas hotdog tu. Setibanya kiteorang kat sana, isteri beli Classic Dumper dekat Chillx tu. Sedap juga tu. Tiket kiteorang dah book awal lagi so tak gaduh la nak beratur beli tiket. Aku pulak memilih untuk membeli Beef Burito Combo dan Royale Popcorn. Tukar selera la pulak. Selalu beli hotdog. Selesai beli makanan, kiteorang terus ke hall. Macam biasa iklan dan trailer mengambil masa lebih kirang 12 minit sebelum filem bermula.

KL SPECIAL FORCE membuka tirai dengan adegan pihak polis mengepung sebuah bank dimana ada rompakan sedang berlaku. DSP Roslan melontarkan dialog dengan gaya bersahaja dan menyindir perompak melalui pembesar suara kereta peronda. Tidak seperti yang aku jangka. Selalunya adegan macam ni pihak polis akan memberi amaran secara formal dan mengikut prosedur. Tapi gaya DSP Roslan agak cool. Selepas tiba-tiba sebuah jeep melompat keluar dari bangunan bank tersebut dan berlakulah aksi tembak-menembak. 

Itu adalah antara adegan didalam filem KL SPECIAL FORCE. Pacing cerita ni agak laju, tak terlalu meleret-leret. Sama laju dengan popcorn yang berlumba-lumba masuk dalam perut aku kot. Pembinaan watak juga kemas. Disusun satu persatu dengan rapi. Memang cun. Tak kurang dengan itu Syafiq Yusof, pengarah filem ini mengolah cerita ini dengan banyak twisted theory yang membuatkan penonton tertanya-tanya dan mungkin membuat andaian sendiri. Ditambah dengan kelajuan cerita dari satu babak ke satu babak yang lain menjadikan filem ini tidak membosankan. Teori putar belit ini meningatkan aku pada filem The Departed dulu, lakonan Leonardo Di Caprio dan Matt Damon. Ia juga mirip pada filem Triple 9 dan The Town. 

Tidak dinafikan filem ini banyak adegan letupan, kereta terbang, terbalik dan sebagainya. Tapi bila sampai part tembak-menembak, jadi macam tak logik sikit. Sebabnya kebanyakan adegan tembak- menembak dalam filem ni adalah close encounter, banyak peluru yang ditembak tapi jarang mengenai sasaran. Tempat perlindungan yang diambil pun tidak menunjukkan sangat sifat-sifat realistik. Perompak pula akan selalu ada dalam keadaan terbuka dan watak utama selalu akan cuba mencari perlindungan tapi tak dapat clear shot untuk melepaskan tembakan pada perompak.

Ada adegan dimana pihak polis kena pinned down dari depan dan belakang. Mereka diserang bertubi-tubi dan berlindung disebalik kereta. Tapi dieorang terselamat. Yang lain pula adalah pengawal keselamatan bangunan apartment menggalas senjata MP5. Tak logik pula aku rasa kat situ. Geng perompak ni dia punya trademark adalah senjata M16A1. Memang adegan dieorang ni selalu berkepit dengan senjata tu. Okay la kot, kalau perompak ni ada M16 kira gempak la kot. Tapi aku rasa macam ada ternampak blank kat depan senjata tu dalam sesetengah babak. Ada juga adegan perompak ni guna sniper, 50 kaliber kalau tak salah aku. Syok juga tengok dinding pecah. Yang kena tembak pun melambung. 

Overall, aku suka cerita ni. Aksi dan lagak ngeri mantap. Peluru banyak terbang sana sini. Puas aku tengok. Kereta terbalik, letupan yang memang blast! Prop dan pengendalian senjata yang agak real. Character build up yang tersusun. Diadun pula dengan twisted theory yang mana watak-watak utama sentiasa menuduh dan menyalahkan antara satu sama lain. Geng perompak yang cuba dan berjaya memanipulasi watak utama menyebabkan operasi menjadi kelam kabut. Dieorang punya doktorin adalah distraction dan diversion. Cool. Untuk filem Melayu dan Malaysia, aku rasa Syafiq berjaya membawa filem kita ke next level. 

Jadi adakah Ashraff berjaya meracuni fikiran Zul? 

Adakah Zul akan menyambung legasi Anarkis?

Mungkin cendawan baru akan tumbuh dan lebih berbisa?

Hanya Syafiq yang tau..

Rating: 6.8/10






Saturday, March 03, 2018

Kudu bin Abdul: Antara Kudu dan Yaseem




Jam menunjukkan pukul 10.20 pagi. Aku baru bangun. Hehe. Hari ni kiteorang suami isteri plan nak pergi makan di Restoran Nasi Kandar Kudu bin Abdul di Jalan TAR. Dua minggu lepas kiteorang dah pekena nasi kandar Mohd Yaseem kat Jalan TAR juga. Kedainya sederet dengan Restoran Kudu bin Abdul ni.

Jadi aku pun bergegas bangun mempersiapkan diri. Macam biasa, sebelum mandi minum air masak seteguk dulu (awet muda la konon). Selepas mandi baju dah siap atas katil. First class kan cinta hatiku ini. Muahh sikit b! Sebelum keluar aku pekena telur separuh masak 2 biji. Yummy.

Jalan hari ni agak clear, trafik lancar dan cuaca sejuk, nyaman je rasa. Perut ada sedikit lapar. Hehe. Kiteorang waze je jalan ke restoran ni dan seperti yang aku jangka ia akan membawa kiteorang lalu belakang Quill Mall dan tembus kat belakang Restoran Kudu ni. Kawasan belakang ni ada kotak parking dan kawasan lapang untuk parking (per entry RM2) kalau kat kotak tu aku rasa weekend tak payah bayar kot. Kalau weekdays aku tak tau la ye. So kalau sampai sini nampak je parking kosong sila terus masuk ye. Tak payah kot nak pilih parking. Sebab kalau terlajak sampai depan tu dah termasuk ke Jalan TAR balik. Satu hal pulak nak pusing.

Settle bayar parking, kiteorang terus menuju ke arah restoran tersebut. Orang dah start beratur. Tapi tak lah panjang sangat. Kalau hari kerja ni orang beratur sampai pusing bangunan wooo! Masa beratur kiteorang dah plan nak makan apa, sebab dari jauh dah nampak lauk pauk yang disediakan. Tak lama masa yang diambil untuk sampai ke giliran kiteorang, berbeza dengan Restoran Mohd Yaseem kiteorang beratur agak lama. Masa beratur ni dieorang dah siap-siap ambil order minuman kita. Laju. Pekerja dia memang tak duduk diam. Siap masa beratur tu ada sorang brader minta tolong pekerja dia bawakan anak dia pergi toilet. Pekerja situ layan je. Hahaha. Tak nak keluar baris brader tu. Hehehe.

Selesai ambil lauk, terus kena pergi bayar dulu kat kaunter. Kat situ bayar semua termasuk minuman dan juga papadom. Tapi masa order air tadi kiteorang dah order papadom sekali tadi so tak payah nak berangkut banyak pinggan dari kaunter. Kat meja dah ready air dengan papadom.  Jadi pilihan lauk aku adalah, nasi putih separuh, ayam goreng, daging kicap, telur dadar, bendi, cili hijau san kuah campur. Isteri pula, nasi putih separuh, ayam kicap, telur asin, bendi dan juga cili hijau. Air suam untuk isteri dan Nescafe Ais untuk aku. Sedap. Cukup menyelerakan. Makan takde stop punya. Jalan terus. Dan harga untuk makanan tengahari kiteorang adalah berjumlah RM28.80. Boleh tahan kan. Selesai makan, perut kenyang dan mata pun mengantuk. Hari pun macam nak hujan. Jadi kiteorang pun terus gerak. Tak payah risau nak beratur bayar. Dah bayar kan tadi. Kat sini meja agak terhad, jadi kalau dah makan tu berilah laluan pada yang lain.

Jika nak dibandingkan masakan antara Restoran Kudu dan Yaseem, kuah Restoran Yaseem agak pedas berbanding dengan Restoran Kudu. Jadi aku lebih lebih suka kuah Yaseem. Sebab aku suka yang pedas-pedas. Bukan Kudu tak sedap ye. Kedua-duanya sedap dan cukup rasa. Cuma tang pedas je berbeza. Jenis masakan pula aku tengok sama je masakan dieorang. Perbezaan tempat makan pula, Restoran Yaseem ada tempat makan berhawa dingin. Itu saja.

Kiteorang agak bersyukur dapat makan kat Restoran Kudu bin Abdul. Dah 3 tahun kiteorang plan dan berusaha nak pergi makan kat Restoran Kudu bin Abdul ni, tapi ada je aral. Alhamdulillah rezeki kali ni lepas juga makan kat sini.



Servis laju


Antara pilihan lauk


Bendi menarikkan


Cili hijau tu


Orang tak ramai sangat buat masa ni


Kat kaunter tu boleh ambil papadom terus


Ni kalau hari kerja ni penuh ni