Thursday, February 15, 2018

MOLLY'S GAME MOVIE REVIEW




Molly’s Game

Cerita dimulakan dengan babak seorang gadis bernama Molly sedang bersedia untuk memulakan perlumbaan dalam pertandingan Olimpik musim sejuk. Dia mewakili Amerika dalam kategori ski gaya bebas. Dalam pertandingan tersebut dia telah terjatuh dan tidak berjaya.

Selepas itu dia membawa diri ke L.A untuk bekerja dan merehatkan diri selepas kejadian lalu walaupun dia layak untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Di sana Molly bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab dan siangnya sebagai seorang pembantu peribadi. Majikannya, sering mengadakan permainan poker dengan menjemput kawan-kawannya yang terdiri daripada selebriti dan gangster terkenal. Satu malam Molly telah ditugaskan untuk mengelola pertemuan dan permainan tersebut.

Dari situ Molly mula belajar selok-belok permainan tersebut dan mula membina rangkaian pemain poker yang hebat dan ketagih. Berbagai-bagai karenah permain yang Molly jumpa. Tidak susah untuk Molly membina rangkain pemain poker, kerana Molly pernah bekerja di kelab malam.

Cerita ini adalah cerita sebenar yang berlaku di US. Jalan cerita disusun dengan agak menarik. Babak diselang-selikan dengan imbasan lampau namun tidak meleret. Ia disusun seperti cerita Social Network dan Steve Job. Rasa ingin tahu kian menebal sepanjang cerita dimainkan. Secara keseluruhannya cerita ini menarik dan menghiburkan.

Apa nasib Molly? Saksikan.

Rating: 7.5

No comments:

Post a Comment