Wednesday, February 28, 2018

Dari KDFC ke Restoran Yaseem





Kalau korang baca post aku yang sebelum ini iatu Bukit Kota Damansara: Satu pengembaraan, ini (kalau tak baca lagi ini link dia http://jiwabesi.blogspot.my/2018/02/bukit-kota-damansara-satu-pengembaraan.html?m=1 ) adalah sambungan dari hari tersebut.

Jadi setelah berpenat lelah mendaki Bukit Kota Damansara dan berjaya turun. Kiteorang bergegas nak pergi ke Restoran Kudu bin Abdul yang terletak dekat Jalan TAR Kuala Lumpur. Sebenarnya kiteorang memang dah plan nak makan kat restoran tu lepas panjat bukit ni, tapi tak tau pulak panjat bukit ni lama! Hadoi ingatkan sejam dua settle. 4 jam oiii! Hadoi hadoi hadoi.

Jadi kiteorang waze la ke Restoran Kudu bin Abdul. Harapnya sempat la sampai. Nasib baik masa tu trafik lancar jalan clear je. Setibanya area restoran tu ada parking yang kosong terus kiteorang masuk parking. Masa tu memang kepala otak dah fikir nasi kandar dengan Nescafe Ais. Huiiihh sedapnya. Maklumlah baru lepas bersukan. Cewahhh!! Settle je parking terus kiteorang bergegas menuju ke arah lorong kedai-kedai. Disebabkan lapar, kiteorang tak tengok atau cari signboard Restoran Kudu bin Abdul ni, kiteorang confident je menonong kat area kedai-kedai tu. Kiteorang dah jalan kedepan tapi tak jumpa kedai lagi. So kiteorang patah balik kat tempat parking tadi dan cari sign board. Rupanya depan restoran tu depan mata je, bertentang dengan parking kiteorang. Hadoiiiiiiii. Tutup pulak!!! Tadi waze state “maybe open” tapi ni close. Alahaiii... sebenarnya lama dah kiteorang nak makan kat sini. Sangat lama kiteorang plan nak makan sini. Allah. Takde rezeki pula hari ni. Masa tu harapan sangat kecewa. Angan-angan nak makan nasi kandar seolah-olah lenyap begitu saja. Aku masa tu macam dapat terbayang-bayang nasi kandar dengan Nescafe Ais atas kepala aku lepas tu Puffff!!!!! Hilang tiba-tiba.

“Eh sana macam ada restoran lain sayang” kata sang isteri kepada sang suami yang sedang melayan perasaan kecewa sehaya menarik muka. Hahaha. “Ye ke?” Sambil aku menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh isteriku. Betul. Ada restoran lain. Masa tu seolah-olah ada sinar harapan kat depan sana. Kelihatan orang sedang beratur dan berpusu-pusu ke restoran tu. Ane-ane pelayan restoran tersebut melambai-lambai memangil kami untuk turut beratur. Keadaan menjadi gerak perlahan masa tu, aku rasa ada lagu “Cepat-cepat jangan lambat-lambat” apahal ane nyanyi lagu tu? “Jomlah sayang” kata isteri sambil menarik lengan aku. Terkejut aku. Terhenti lamunan sekejap. Hehehe.

Kiteorang pun pergi la beratur. Panjang juga. Aku rase Restoran Kudu tutup kot, sebab tu la ramai yang divert ke sini. Agaknya la. Senasib kita bro. Masa beratur tu kiteorang macam tak tau mak makan apa. Kalau ikut nafsu ni semua lauk nak ambil. Masa tu kiteorang nampak ada ayam goreng, ayam madu, ayam kicap, sotong, daging, taugeh, bendi, lada, telur dadar, telur asin dan bermacam-macam lagi. Rambang mata namanya ni. Aku buat keputusan nak ambil ayam kicap, isteri ambil ayam madu. Tambah lada hijau, telur dadar, bendi dan papadom. Kuah campur. Merecik baq hang! 

Selesai ambil lauk pauk, kiteorang pun pergi la cari meja. Masa beratur tadi dari luar restoran ni nampak kecil dan tak cukup meja. Bila kiteorang jalan ke depan sikit baru nampak restoran ni ada sediakan tempat makan berhawa dingin. Meja pun banyak. Selesa juga area tu. So dapat tempat duduk kiteorang order air dan papadom. Suapan pertama tu masuk je mulut macam ada bunga api kat belakang tengah meletup-letup. Sedap gila habaq hang. Rasanya cukup. Pedas pun cukup. Aduhai sedap sungguh. Papadom pun sedap, tak la rasa tepung semata.

Selesai bersantap kami pun berangkat pulang. Perut kenyang. Hati senang. Berbaloi dengan pendakian 4 jam, kiteorang reward diri kiteorang dengan makan nasi kandar Yaseem. Oh terbaik!!!

Saturday, February 24, 2018

Bukit Kota Damansara : Satu Pengembaraan



Bukit Kota Damansara

Sabtu lepas kiteorang berpeluang untuk mendaki Bukit Kota Damansara yang semakin popular dikalangan penduduk setempat. Nama tempat tu adalah Kota Damansara Forest Community.

Kiteorang bertolak dari rumah pukul 8 pagi, akan tetapi perut aku pagi tu agak tidak selesa. Sudah dua kali aku ke tandas. Itu termasuk yang di stesyen minyak. Hehe. Dengan menggunakan waze, sebab alu tak tahu jalan ke sana ia membawa kiteorang ke entry yang berhadapan dengan sekolah. Kalau tak salah aku entry tu adalah Section 10 Entrance.

Setibanya di sana, kereta dah banyak. Parking pun penuh. Alhamdulillah tengah pusing tu ada kereta nak keluar. Syukur, sekejap je dah dapat parking.

Orang agak ramai ketika itu. Ada yang dah turun dah! Ternyata kiteorang antara yang datang lambat untuk mendaki. Suasana agak meriah, ada geng-geng berbasikal yang sedang sibuk menggodek basikal sebelum memulakan kayuhan.

Dengan berbekalkan 3 botol air mineral dan 2 snickers bar, kiteorang memulakan perjalanan. Oppss tak lupa juga Al-Fatihah dan sedikit doa sebelum masuk ke dalam hutan. Permulaan trek tersebut agak curam dan pokok tidak terlalu rimbun, jadi suasana agak cerah.

Tetapi buat seketika sahaja, dalam tak sedar kiteorang dah berada dibawah rimbunan pokok dan cahaya matahari tak berapa sampai sangat. Semasa mendaki kiteorang akan selalu berselisih dengan penunggang basikal, kerana trek yang dilalui adalah trek yang sama dengan trek basikal. Jadi kena selalu peka sebab nak beri laluan pada penunggang basikal. Aku tak berapa suka sangat kerana ada sesetangah dieorang yang sangat laju menunggang basikal. Kena hati-hati lagi-lagi tang corner dan trek yang menurun. Kiteorang akan berhenti kalau dieorang datang. Kiteorang akan dapat dengar bila ada basikal yang menghampiri dan akan sedia untuk berhenti. 

Sedar tak sedar dari jalan masuk seksyen 10 tadi kiteorang dah sampai kat trek Temuan. Jadi dari sini kiteorang akan meneruskan perjalanan ke trek Sahabat pula. Trek Temuan ni tak banyak yang menarik. Jalannya kecil, setengah tempat jalan agak berlecak, sebab aku rase kat sini penunggang basikal selalu masuk kot. Trek dia agak berliku-liku sebab tu penunggang basikal suka kot, mencabar la agaknya.

Tak lama lepas tu kiteorang pun sampai la kat checkpoint Sahabat. Start dari trek Sahabat ni trek agak lebar kawasan agak rata. Pokok kawasan ni pun besar dan tinggi-tinggi. Kat trek ni juga kiteorang jumpa pokok macam pintu gerbang. Pokok yang ada akakr melingkar-lingkar. Jadi kiteorang ambil masa untuk menikmati keindahan alam kat Bukit Kota Damansara ni, jadinya kami berjalan agak perlahan dan santai. Kiteorang biarkan saja pendaki lain melepasi dan mendahului kiteorang. Ada juga kiteorang terserempak dengan abang-abang sado dan kakak-kakak fit yang berjogging dalam hutan ni. Serius?! Jogging dalam ni. Korang memmang terrer. Di trek Sahabat ni kiteorang dah mula jumpa laluan mendaki yang mana korang kena panjat. Laluan ni bermacam-macam jenis. Ada yang pokok tumbuh dilerengnya, bila orang banyak pijak kat situ, menyebabkan akarnya tersembul keluar dan menghasilkan bentuk seperti tangga. Jadi laluan macam ni senang la nak panjat walaupun sudut kecerunan bukit tu agak tinggi.

Bila dah sampai di trek Unity, kiteorang dah mula terasa penat. Jauh lagi ni. Trek Unity pun lebih kurang sama dengan trek Sahabat, cumanya ia agak curam dan jalannya agak sempit. Ditambah pula dengan banyaknnya laluan yang kena panjat menggunakan tali. Masa kat trek Unity ni kiteorang punya fizikal dah koyak dah. Penat habaq hang! Jalan sempit, tinggi nak kena panjat. Orang turun naik ramai. Tapi kiteorang kayuh jugak nak nak sampai atas. 

Bila dah nak sampai ke Unity Peak, kiteorang jumpa satu kawasan yang raya kat atas tu dan ada longkang. Kat situ kiteorang berhenti rehat sekejap. Minum air dah ambil nafas. Ada juga pendaki lain tengah lepak kat situ. Take 5 jap kot. 
Dari situ sebenarnya boleh ambil 2 jalan. Ke kiri pergi ke Unity Peak dan kanan boleh menuju ke Denai tiga Puteri. Jadi kiteorang ambil ke kiri dan ia membawa kiteorang memanjat lagi ke atas dimana kat atas tu adalah kawasan rata dan banyak pokok-pokok tersusun macam pokok getah. Tapi puncaknya tak jumpa lagi. Aik?! Mano ni. Kiteorang dah lunyai teruk ni. Jadi kiteorang kalan kedepan sikit dan barulah nampak NKVE highway. Dan dibawah sana adalah puncah Unity. Ada beberapa kumpulan yang tengah lepak-lepak dan ambil gambar. Jadi kiteorang pun turun la kesana dan dapat la ambil gambar serta merehatkan badan. Syukur Alhamdulillah sampai pun. Dari situ nampak la pemandangan lebuhraya NKVE. Kiteorang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Pishang Bro!

20 minit berlalu, kiteorag pun mulakan perjalanan untuk turun. Untuk turun kiteorang tak ikut jalan tadi, kiteorang ambil jalan ke puncak Denai Tiga Puteri. Rupanya kat sini lagi ramai orang dan pemandangan dia lagi cun. Hampeh! Jadi kiteorang berhenti sekejap dan ambil gambar. Lepas tu terus jalan. Trek puncak Denai Tiga Puteri ni agak landai, dan laluan ni akan bertemu ditempat kiteorang lepak yang ada longkang tu. Hadoi! Kalau tau tadi tak payah panjat pergi Unity, ambil jalan kek Denai Tiga Puteri je dah rilek. Hahah. Takpe la rezeki panjat bukit.

Dalam perjalanan turun kiteorang bertemu dengan keluarga yang sedang on the way nak naik. Ibu bapa dan dua orang anak perempuan. Kawasan situ ada pokok tumbang dan dari situ ada lebih kurang 500 meter nak sampai ke puncak. Kalau jalan rata 500 meter tu apalah sangat. Tapi ini panjat bukit. Budak perempuan tu dah marah dan penat. Membentak-bentak nak balik. Tapi bapanya cool je. Pujuk suruh naik. Dah dekat dah kata bapanya. Kiteorang hanya berlalu dengan senyuman. Semoga dieorang sampai ke puncak.

Ada juga kiteorang berselisih dengan nenek tengah panjat. Steady je dengan tongkat kayu dieorang. Ada bapa yang tengah dukung anak dieorang. Hebat korang ni. So untuk turun ke bawah kiteorang amnil masa lebih kurang sejam setengah. Bila nak sampai kat bawah tu rasa best gile. Fuh berbaloi penat lelah.

Actually bagi kiteorang Bukit Kota Damansara ni agak susah nak naik. Penat. So bagi yang tidak biasa panjat bukit ni korang memang kena bersedia dari segi mental dan fizikal.




Ready?


Antara pemandangan yang dapat dilihat


Permulaan trek


Geng basikal


Temuan 


Geng Basikal lagi


Hati-hati bro


Jambatan mini


Beri laluan!


Penat nak sampai sinikan


Lepak jap


Laluan pokok tumbang! HEHE


Macam tanggakan?


Cantik bukan?


Ni pun pokok tumbang yang dah reput


Merempuh halangan


Merempuh Halangan 2


Antara pendaki yang berusaha untuk melepasi halangan.


Okay atas lagi. Hehe.



Baik-baik turun ye


Laju nampaknya tu


Ramai kan?


Nampak tak tali?



Tunggu turn kot



Sampai pun kan


Selamat sampai


Yeay!


Pemandangan dari atas


Pemandangan dari atas 2


Akhirnya. Sampai. :)


Thursday, February 15, 2018

MOLLY'S GAME MOVIE REVIEW




Molly’s Game

Cerita dimulakan dengan babak seorang gadis bernama Molly sedang bersedia untuk memulakan perlumbaan dalam pertandingan Olimpik musim sejuk. Dia mewakili Amerika dalam kategori ski gaya bebas. Dalam pertandingan tersebut dia telah terjatuh dan tidak berjaya.

Selepas itu dia membawa diri ke L.A untuk bekerja dan merehatkan diri selepas kejadian lalu walaupun dia layak untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Di sana Molly bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab dan siangnya sebagai seorang pembantu peribadi. Majikannya, sering mengadakan permainan poker dengan menjemput kawan-kawannya yang terdiri daripada selebriti dan gangster terkenal. Satu malam Molly telah ditugaskan untuk mengelola pertemuan dan permainan tersebut.

Dari situ Molly mula belajar selok-belok permainan tersebut dan mula membina rangkaian pemain poker yang hebat dan ketagih. Berbagai-bagai karenah permain yang Molly jumpa. Tidak susah untuk Molly membina rangkain pemain poker, kerana Molly pernah bekerja di kelab malam.

Cerita ini adalah cerita sebenar yang berlaku di US. Jalan cerita disusun dengan agak menarik. Babak diselang-selikan dengan imbasan lampau namun tidak meleret. Ia disusun seperti cerita Social Network dan Steve Job. Rasa ingin tahu kian menebal sepanjang cerita dimainkan. Secara keseluruhannya cerita ini menarik dan menghiburkan.

Apa nasib Molly? Saksikan.

Rating: 7.5