Day 5
02/02/15
Ikebukuro (Marunouchi Line) - Tokyo ( Tokyo Tower ) JPY 200 per pax
Kamiyacho ( Hibya Line) - Hiroo ( Hibya Line ) JPY 170
Hiroo ( Hibya Line ) - Ebisu ( Hibya Line ) JPY 170
Ebisu - Ikebukuro
Okay !!! Hari ni kiteorang akan ke Tokyo Tower. Jadi, dari Ikebukuro kiteorang naik Tokyo Metro ke Tokyo Station. Tak lama pun sekejap je. Sampai je kat Tokyo station kiteorang kena berjalan keluar dari Tokyo Station menuju ke Tokyo Tower melalui bandar Tokyo. Bukan tau jalan pun. Tapi dari luar Tokyo Station tu dah boleh nampak Tokyo Tower. Jalan sampai la kiteorang tiba kat bawah Tokyo Tower. Setengah jam juga la berjalan.
Tokyo Tower
Selesai beli tiket, kiteorang terus naik lift. Tapi kiteorang beli tiket yang sampai level kedua sahaja. Tak pergi sampai atas pun. Kat level dua ni pun kira okay dah. Boleh tengok seluruh bandar Tokyo. Ada Cafe lagi kat atas ni. Kedai souvenir pun ada kat atas ni, harga pun up la, kedai kat atas kan. Hehehe. Dah puas main-main kat atas kiteorang pun turun. Haa.. kat bawah ni ada kedai souvenir, murah sikit la dari yang kat atas.
Amacam? Ada berani?
Cafe
Pemandangan dari Tokyo Tower
Tokyo Tower
Nampak Tokyo Tower?
Tomica Shop
Dari Tokyo Tower kiteorang ke Tokyo Station semula, untuk mencari Tomica Shop !!! Yeay !!! Pening juga la kiteorang kat bawah tu berpusing-pusing mencari kedai Tomica tu. Bila dah jumpa baru kiteorang perasan Tomica Shop tu memang area kedai-kedai permainan. Wah !!! memang best la, berpusing mata dibuatnya. Okay, apa yang ada kat dalam kedai Tomica ni macam biasa lah, kereta-kereta mainan kecil. Tapi apa yang istimewanya, kat sini ada satu bahagain dalam kedai tu yang dikhaskan untuk membuat kereta mainan yang kecil-kecil tu. Kat situ boleh tengok la pekerja dia tengah buat kereta mainan yang kecil-kecil tu. Lagi satu ada permainan yang kaut-kaut tu, dan apa yang dikaut adalah lambakan kereta-kereta TOMICA yang berlonggok dalam tu. SYOK Oiiii !!!
Tamagotchi
Pokemon !!!
Tomica !!!
Tomica mini factory
Tomica mini factory
Tomica
Wahhh!!!
Yuhuuu !!!
Have a look
Hiroo
Dah penat main-main kat dalam kedai TOMICA tu, kiteorang bergerak ke Hiroo pula. Tujuan ke destinasi ini adalah untuk menjejaki kedai yang menjual Charawheels !!!! Hahahaha !!! Tak sabar-sabar rasanya nak sampai. Hiroo ni jauh kat hujung station. Bila sampai kat Hiroo, nak ke kedai tu tersangat la jauh. Suasana dia macam kat hujung Bangsar aku rasa. Agak berbukit-bukit kawasan tu. Nak cari kedai tu satu hal, dari station naik ke street level, dah sampai street level, nak mencari kedai. Cari kedai ikut landmark, tanya orang. Last-last sampai juga kiteorang kat kedai tu. TETAPI MALANGNYA kedai yang dicari-cari TUTUP !!!! Adoi kecewanya. Masa tu kiteorang dah sangat penat dan kaki pun sakit. Hadoi. Jadi dengan rasa kecewanya kiteorang pun bergegas pulang ke Ikebukuro. Oh Frustnya.
MalayChan
Hehe !!!. Sesampainya kat Ikebukuro, perut agak lapar. Aku ada terbaca pasal Restoran MalayChan yang berdekatan sini. So, kiteorang pun cari la kedai tu. Tak jauh pun dari apartment kiteorang kedai tu. Haa.. Kat kedai ni dieorang serve masakan Malaysia, adik yang ambik order tu pun cakap Melayu je. Hehehe. Selesai makan, perut kenyang, balik rumah tidur. Zzzzz.
No comments:
Post a Comment