Thursday, May 07, 2015

Japan Visit 2015

Day 6
03/02/15
Ikebukuro ( JR Yamanote Line ) - Shinagawa - Haneda International Airport ( Keikyu Line )

Pejam celik pejam celik dah 6 hari kiteorang kat Jepun. Hari ni adalah hari terakhir kiteorang kat sini. Jadi hari ini kiteorang tak buat apa-apa pun. Cuma duduk di rumah, kemas-kemas rumah dan barang-barang yang hendak dibawa balik, sebab ada je barang-barang yang kiteorang tinggalkan terutama sekali makanan lah. Hehehehe.

Lebih kurang pukul 4 petang kiteorang pun memulakan perjalanan kiteorang ke airport. Awal kan? Padahal flight pukul 11 malam. Hahahaha. Saje gerak awal malas nak rushing-rushing. Perjalanan memerlukan kiteorang menaiki keretapi dari Ikebukuro dan tukar keretapi lain ke Haneda International Airport. Perjalanan agak biasa saja. Orang ramai, cuma kiteorang je yang bawa beg besar. Hahahahaha. Aku cukup malas nak bawak beg besar-besar naik keretapi ni. Tapi nak naik teksi mahal gila pula.

Sampainya kiteorang kat Haneda Airport tu, terus kiteorang cari kedai makan dulu. Susah juga cari makan kat airport ni. Perut dah berkeroncong ni. Last makan adalah sebelum keluar rumah naik keretapi tadi. Huih mane tahan. Last-last jumpa jugak tempat makan kat atas. Star cafe kot nama dia. Time-time macam ni teringat aku kat KLIA2 yang banyak tempat makan, kedai dan tempat lepak. kat sini suasananya agak suram (bagi aku la). Tempat nak wrap bag pun tak ada kat sini.

Errkkk !!! Alhamdulillah. Perut kenyang suka hati. Time to check in !!! Turun bawah terus kiteorang ke check in counter. Ramai gile orang dah beratur. Kiteorang menghabiskan masa lebih kurang sejam lebih untuk beratur kat situ. Huih punya la lama nak sampai turn kiteorang. Ni semua disebabkan, guest service staff yang berusaha untuk explain semua benda kat penumpang masa kat kaunter. Lenguh berdiri weiii !!!!!

Lepas check in terus je kiteorang masuk departure hall. Sambil tu pusing-pusing juga la kat duty free dia. Tak lama kiteorang kat situ terus dapat boarding. Haaaa… bila dah jumpa seat tengok ada orang duduk kat situ. Alamak nasib kurang baik, tak boleh la nak selesa sangat, memang aku kena duduk kat tengah-tengah la. Kejung oi duk kat tengah-tengah tersepit 6 jam tak boleh tidur. Wahh !!!!

Selepas 6 jam yang agak mengejungkan, akhirnya kiteorang selamat sampai di KLIA2. Alhamdulillah. Sebelum pulang ke rumah. Sempat kiteorang breakfast kat KLIA2. 


Hello Malaysia !!!

Japan Visit 2015



Day 5
02/02/15
Ikebukuro (Marunouchi Line) - Tokyo ( Tokyo Tower ) JPY 200 per pax
Kamiyacho ( Hibya Line) - Hiroo ( Hibya Line ) JPY 170
Hiroo ( Hibya Line ) - Ebisu ( Hibya Line ) JPY 170
Ebisu - Ikebukuro   

Okay !!! Hari ni kiteorang akan ke Tokyo Tower. Jadi, dari Ikebukuro kiteorang naik Tokyo Metro ke Tokyo Station. Tak lama pun sekejap je. Sampai je kat Tokyo station kiteorang kena berjalan keluar dari Tokyo Station menuju ke Tokyo Tower melalui bandar Tokyo. Bukan tau jalan pun. Tapi dari luar Tokyo Station tu dah boleh nampak Tokyo Tower. Jalan sampai la kiteorang tiba kat bawah Tokyo Tower. Setengah jam juga la berjalan.

Tokyo Tower
Selesai beli tiket, kiteorang terus naik lift. Tapi kiteorang beli tiket yang sampai level kedua sahaja. Tak pergi sampai atas pun. Kat level dua ni pun kira okay dah. Boleh tengok seluruh bandar Tokyo. Ada Cafe lagi kat atas ni. Kedai souvenir pun ada kat atas ni, harga pun up la, kedai kat atas kan. Hehehe. Dah puas main-main kat atas kiteorang pun turun. Haa.. kat bawah ni ada kedai souvenir, murah sikit la dari yang kat atas.


Amacam? Ada berani? 


Cafe


Pemandangan dari Tokyo Tower


Tokyo Tower


Nampak Tokyo Tower?


Tomica Shop
Dari Tokyo Tower kiteorang ke Tokyo Station semula, untuk mencari Tomica Shop !!! Yeay !!! Pening juga la kiteorang kat bawah tu berpusing-pusing mencari kedai Tomica tu. Bila dah jumpa baru kiteorang perasan Tomica Shop tu memang area kedai-kedai permainan. Wah !!! memang best la, berpusing mata dibuatnya. Okay, apa yang ada kat dalam kedai Tomica ni macam biasa lah, kereta-kereta mainan kecil. Tapi apa yang istimewanya, kat sini ada satu bahagain dalam kedai tu yang dikhaskan untuk membuat kereta mainan yang kecil-kecil tu. Kat situ boleh tengok la pekerja dia tengah buat kereta mainan yang kecil-kecil tu. Lagi satu ada permainan yang kaut-kaut tu, dan apa yang dikaut adalah lambakan kereta-kereta TOMICA yang berlonggok dalam tu. SYOK Oiiii !!!


Tamagotchi


Pokemon !!!


Tomica !!!


Tomica mini factory


Tomica mini factory


Tomica


Wahhh!!!


Yuhuuu !!!




Have a look


Hiroo
Dah penat main-main kat dalam kedai TOMICA tu, kiteorang bergerak ke Hiroo pula. Tujuan ke destinasi ini adalah untuk menjejaki kedai yang menjual Charawheels !!!! Hahahaha !!! Tak sabar-sabar rasanya nak sampai. Hiroo ni jauh kat hujung station. Bila sampai kat Hiroo, nak ke kedai tu tersangat la jauh. Suasana dia macam kat hujung Bangsar aku rasa. Agak berbukit-bukit kawasan tu. Nak cari kedai tu satu hal, dari station naik ke street level, dah sampai street level, nak mencari kedai. Cari kedai ikut landmark, tanya orang. Last-last sampai juga kiteorang kat kedai tu. TETAPI MALANGNYA kedai yang dicari-cari TUTUP !!!! Adoi kecewanya. Masa tu kiteorang dah sangat penat dan kaki pun sakit. Hadoi. Jadi dengan rasa kecewanya kiteorang pun bergegas pulang ke Ikebukuro. Oh Frustnya.

MalayChan

Hehe !!!. Sesampainya kat Ikebukuro, perut agak lapar. Aku ada terbaca pasal Restoran MalayChan yang berdekatan sini. So, kiteorang pun cari la kedai tu. Tak jauh pun dari apartment kiteorang kedai tu. Haa.. Kat kedai ni dieorang serve masakan Malaysia, adik yang ambik order tu pun cakap Melayu je. Hehehe. Selesai makan, perut kenyang, balik rumah tidur. Zzzzz.