Friday, March 20, 2015

Japan Visit 2015

Day 1
29 Jan 2015
KUL-HND

Semua dah siap kemas. Baju, kasut, kamera, laptop dan charger. Makanan usah cerita la, 2-3 hari sebelum bertolak kami dah shopping sakan. Siap satu beg besar untuk makanan sahaja. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi menggunakan teksi melalui Lebuhraya PLUS susur masuk Sg. Buloh menuju ke KLIA2. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Trafik agak sesak waktu itu, lebih-lebih lagi di persimpangan Damansara dan Subang.

Setibanya kami di KLIA2, terus kami bergegas ke ATM dan Money Changer. Tukar duit Yen sebanyak RM 1700 = JPY 52000. Lepas tu terus kami ke check in counter, 40 minit juga la beratur nak sampai kaunter tu. Selesai check in kami bergerak ke OTWC untuk makan alas perut. Aku tak lapar pun. Sementar menuggu isteri aku makan, aku keluar isap rokok, jauh juga la jalan nak keluar isap rokok ni. Sampai ke hujung bangunan aku jalan, takpe-takpe, lepas ni 6 jam tak boleh isap rokok.

Dah kenyang. Terus je kami proceed ke balai perlepasan, tengok ada petugas imigressen mengarahkan kami untuk menggunakan laluan automatik, canggih wei, letak je passport lepas tu mesin tu scan le. Sekejap je, jalan terus. ( ini untuk passport yang ada biometrik je kot, oh ye kalau korang nak pergi Jepun, tak perlu untuk minta visa jika korang mempunyai passport biometrik ni dan tak melebihi 90 hari la kat Jepun. Kalau nak stay lama kat sana mungkin kena buat visa la kot )

So kiteorang pun jalan la masuk, sebelum melintasi jambatan yang menghubungkan terminal domestik dan antarabangsa, sempat la kau singgah Duty Free Shop, beli rokok sekarton. Hehehe. Jalan punya jalan sampai la nak masuk gate, jenuh berjalan sampai pun. Nak masuk gate kena body check lagi ye. Haaa.. kat sini aku terkena, isteri aku jalan dulu kat metal detector tu, lepas. Aku sebelum masuk dah habis semua aku letak barang masuk scanner, sekali aku jalan, berbunyi pulak!!! 

Adoi, ni kenapa ni, belt dah buka apa lagi. Jawabnya aku kena buka kasut la. Nak dijadikan cerita aku pakai kasut high cut dan agak 'high' juga la, ala-ala boot askar gitu. Jenuh nak bukak kasut ni. Terpaksa la aku duduk kat lantai. Aku tak tau yang isteri aku dah menggelabah kat sebelah sana cari aku yang tiba-tiba hilang. Habis semua Polis yang ada kat situ dia tanya " Nampak suami saya tak encik? " Selesai buka kasut, aku bangun, time tu baru la isteri aku nampak aku, belum sempat dia tanya aku angkat kasut aku tunjuk kat dia. Cubaan kedua tanpa kasut, aku lalu kat metal detector tu berjaya. Hehehehehe. Masa aku ambil kasut tu, Polis kat situ cakap "Minta maaf ye cik"  "Takpe" aku jawab. Takkan nak marah pulakan, dah tugas dia. So berjalanlah aku tanpa kasut ke arah gate (malas nak pakai kasut balik). 

Tunggu dekat gate tak lama pun. Aku solat lepas tu dah boleh masuk dan board aircraft. Seat ada 3, duduk 2 orang. Cantik, satu row ni memang kami punya la. Aku duduk tepi tingkap. Isteri aku malas nak duduk dalam sebab senang nak pergi toilet. 1430 aircraft take off lepas tu aku terus tertidur. Bangun dah pukul 4 petang. Tengok crew tengah prepare untuk serve meal. Dah habis makan, aku pun sambung tidur balik sampai pukul 6. Dari pukul 6 petang tu aku layan tengok luar tingkap, cantik, aku nampak kapal laut kat bawah, kecil je. Kadang-kadang selisih dengan aircraft lain, Laju gila kalau dapat tengok dari tepi. Masa sunset sangat lawa, indah sungguh alam ciptaan Nya. Bila suasana kat luar dah gelap, aku main sudoku sampai la nak descent

During descending ni aku dapat nampak bandar Tokyo, Ya Allah cantiknya, kawasan darat penuh dengan lampu. Terang sangat !!!! Bercahaya. Masa aircraft banking aku dapat tengok runway light, stylo der !!! madam ade arrow banyak-banyak blinking. Fuh.. Hebat-hebat. Selamat touchdown, aircraft pun taxi la ke parking bay, sebelum nak sampai parking bay tu aku tengok ada 5 ground personnel dah standby, 2 wingman, 1 penanda bay, 1 marsheller dan 1 supervisor kot. Professional gila. Memang teratur. 

Tapi masa aircraft dah selamat touch down dan tengah taxi, aku cukup tak suka bila dengar passenger berebut-rebut buka tali pinggang keselamatan tu, padahal seatbelt sign tu masih terpasang lagi. Dah la buka belt, siap bangun buka compartment kat atas nak ambil beg. Bukan sorang dua ye. Sangat ramai !!!! Korang jangan la buat perangai macam ni, kelakuan tersebut adalah sangat BANGANG + BODOH + BERLAGAK + SOMBONG + KELAM KABUT dan yang seANGKATAN dengannya. Dibuatnya aircraft tu brake emergency. Tergolek la jawabnya kat walkway tu. Kalau jatuh terkena pula armrest kat kepala ke kat telinga ke berlubang kepala baru padan muka. Lepas tu mula la nak salahkan airline, saman sana saman sini. Post kat Facebook, update Instagram, Twitter lagi. Padahal korang yang salah tak nak ikut peraturan. Masa Safety Briefing tak nak dengar tak nak tengok. Berlagak terrer. Nak jadi HERO la konon. Pooddahhh!!! Berambus la. Safety card tak nak baca. Bila crew bagi arahan tak nak ikut. Alahai BENGAPnya. Crew tu nak jaga keselamatan korang.  Memang la korang bayar tiket tu, tapi tak bermaksud korang boleh buat sesuka hati korang. Beli tiket pun murah je kan. Nak berlagak sombong pula. Haih.

Berbalik pada cerita tadi, sorry ye divert sikit. Dah disembark, kami suami isteri pun jalan la pergi ke immigressen, dalam perjalanan tu aku dengar bunyi lagu funfair. Mane datang pula funfair kat sini. Bila aku toleh je tengok bunyi tu datang dari buggy. Hehehe. Comel je. Kalau kat Malaysia buggy kita pakai horn nak bagi orang aware atau nak minta laluan, kat sini pasang lagu funfair je. Hahaha. Mungkin kita boleh ambil idea ni. MAB please take note. Hehehehe.




Sampai je kat immigration agak suspen, kat kaunter ni kalau dieorang tanya macam-macam memang aku tak boleh jawab. Hahahaha. Mula-mula sampai tadi macam tak ramai orang, toleh je belakang tiba-tiba jadi ramai pula. Sesak pula tempat tu. Tapi dengan tangkas pegawai dia buka beberapa kaunter lain dan agih-agihkan orang dalam barisan. Cepat je tempat tu clear dan lapang balik. Memang cekap. Terbaik. So tak lama kiteorang tunggu, lepas la immigration.

So sampai kat kastam, lagi satu hal. Kiteorang ada bawa full bag trolley of foods. Ni yang malas kalau kena buka nak tunjuk dan explain satu-satu. Tapi Alhamdulillah. Lalu je kaunter dia, dia mintak landing card dan tanya duduk kat mane dan berapa hari. Itu saje. Lepas tu dah settle. Secara rasminya kiteorang dah masuk Jepun. Yuhhuuu!!!

Kiteorang pun keluar la melalui balai ketibaan. Takde sape datang jemput pun. Hehehe. So mencari la kiteorang cari train. Dari Haneda International Airport ke Shinagawa menggunakan Keikyu Line.  JPY 670 seorang ke Ikebukuro Station. Nak beli tiket pun mudah ada orang jagakan, mulanya agak cuak juga sebab first time nak beli tiket kat mesin jepun kan. Sudah tentu la bahasa Jepun kan, tetapi tidak ye. Ade je selection English language. Hehehehe. 

Perjalanan menaiki train tenang. Tak ramai orang. Sebab malam kot. Gerabak keretapinya design lama aku rasa mungkin era 90an. Tak lah macam kite punya. Nampak canggih kan. Senyap je orang dalam train. Sampai kat Shinagawa Station, kiteorang kena turun tukar train dari Keikyu Line ke JR (Japan Railway) Yamanote Line. Huih. Terkial-kial cari track mane nak kena pergi. Orang Jepun jalan laju je, ye lah tempat korang tau la korang mane nak pergi kan.

Aku dengan trolley bag, dengan bag galas lagi, hahahah berjalan laju je nak pergi track yang sepatutnya. Dah nampak tadi track mane nak kena pergi. Jalan pun laju macam orang Jepun. Sampai Track 6 JR Yamanote Line. Kiteorang pun beratur. Kat lantai dia ada cat yang macam garis-garis tu, yang mana ia digunakan sebagai guide untuk beratur dan memudahkan orang untuk keluar dari train. ( aku tau pun sebab aku tengok orang ). Train sampai kiteorang pun naik, gerabak yang ni pula agak besar sikit dari tadi. Aku rasa macam komuter dieorang, tapi KTMB punya gerabak lagi luas. 

Sesampainya di Ikebukuro station, dah sangat letih. Beg BESAR dua. Huih. Station underground, nak naik street level kena naik lift /escalator / tangga. Masalahnya, sampai dah tengah malam kot jadinya lift dan escalator tak available pula. Sepatutnya aku kena keluar ikut exit yang hujung berdekatan dengan apartment kiteorang. Tapi separuh jalan tadi, tunnel nak ke exit hujung tutup pula. Wah!!! Apahal semua tutup ni!!! 

So kena la keluar exit yang jauh sikit dari apartment kiteorang. Memandangkan lift dan escalator tak available terpaksa la aku mendaki. Aku tengok atas, MAK OOOOIIII !!! tinggi bebenor tangga ni. Aku amik beg dari isteri aku dan pasang kuda-kuda nak mendaki. Sebelah tangan kanan 16kg sebelah tangan kiri 13kg. GO!! Berat siut!! 

Tercungap-cungap aku sampai kat atas. Keliling aku bangunan. Rekabentuk bangunan dia bercampur-campur dari era 70an hingga ke 90an. Aku dah sampai kat Ikebukuro Town. Isteri tengok aku macam penat, dia cepat-cepat tanya orang macamane nak pergi apartment kiteorang. Tapi boleh lak mamat tu cakap tak tau dengan kurang sopan. Nasib baik la kat Jepun. Kalau tidak dah kena sembur dah dengan aku. Sabar-sabar. 

Kiteorang pun berdiri la sekejap kat tengah-tengah bandar tu diantar persimpangan fikir mana nak tuju. Sebelum sampai kiteorang dah study sikit macamane nak ke apartment tu. So kiteorang recognise la a few landmark yang ada kat situ. Then kiteorang jalan la slow-slow. Antara beberapa landmark yang kiteorang persan adalah bangunan OIOI, Macdonalds dan Hotel. 

Korang bayangkan, jalan berdua dengan trolley bag yang besar, kat area macam pudu tu tapi kurang sibuk dan sesak dan sejuk. Melilau. Hahahaha. Jalan punya jalan. Sepatutnya kiteorang dah sampai kat apartment. Tapi macam tak nampak. Tengok area dan landmark macam dah betul. Macam lost. Lepas tu ada mamat Jepun lalu, cepat je aku tegur. Nasib baik boleh cakap English, rupanya bangunan tu belakang kiteorang je. La……. Mungkin sebab penat kot tak perasan kat belakang kiteorang. "Have a good trip" katanya kepada kami.


Dah sampai bangunan nak ambil kunci, dalam peti surat, nak buka peti surat tombol macam peti besi. Dalam peti surat ada mangga yang berkotak. Ada nombor lagi. Huih macam treasure hunt. dah dapat kunci nak cari pintu. lepas tu naik lif. Nasib baik rumah berdepan dengan lif. So masuk rumah la syukur alhamdulillah dah sampai.

Rumah okay, cantik dan kemas. Ada balcony, bolehlah jadi port aku smoke nanti. Dapur kemas, bilik air bersih tandas pun selesa. So berehat la kiteorangg. Unpack apa yang patut. Beg makanan dikosongkan dulu. Isteri masak. So kiteorang makan kari ayam. Nak isap rokok lepas tu, lighter pula takde, terpaksa la turun bawah pegi 7eleven beli lighter. Isteri sempat beli ice cream. Balik isap rokok. Lepas tu tidur.

Fuhh!! Lega.


No comments:

Post a Comment