Thursday, March 26, 2015

Japan Visit 2015

Day 3
31/01/2015
Ikebukuro-Ueno-Asakusa-Shibuya-Shinjuku-Ikebukuro

Ikebukuro - Ueno (Yamanote Line) JR Train JPY 170 per pax
Ueno - Asakusa (Ginza Line) Tokyo Metro JPY 160 per pax
Asakusa - Shibuya (Ginza Line) Tokyo Metro JPY 240 per pax
Shibuya - Shinjuku (Yamanote Line) JR Train JPY 160 per pax
Shinjuku - Ikebukuro (Yamanote Line) JR Train JPY 170 per pax

Whhoooppp!!! Argghhh !!! Sedapnya menggeliat. Hehe. Agak awal juga aku bangun hari ni. Nak berjalan la katakan. Cik isteri sedang masak breakfast dan bekalan untuk kiteorang berjalan hari ni. Rasanya macam banyak tempat nak pergi hari ni.

Jadi selepas sarapan dan bersiap-siap untuk keluar kiteorang pun terus bergegas turun ke bawah menuju ke station Ikebukuro yang tak berapa jauh dari apartment. Selesa sungguh aku dengan  apartment ni, turun bawah ada 7eleven, station pun dekat. Syukur Alhamdulillah. 

Oh!! hari ni aku mengenakan jaket yang baru dibeli di UNIQLO dengan harga yang berpatutan semalam kat Akihabara. Selesa dan bergaya rasanye. Tak lupa juga neck warmer dan muffler baru. Huih macam orang Jepun aku rasa. Hihi. Tak lupa juga cik isteri yang berjaket baru dan winter boot  berbulu-bulu kuda. Huhuhuhu.

Destinasi pertama adalah ke Ueno. Menggunakan JR Yamanote line, kami terus menuju ke sana dari Ikebukuro tanpa menukar train. Tibanya kiteorang di sana, seperti biasa kiteorang akan terkial-kial mencari jalan keluar. Haha. Station dia tetap akan ada mall.  Kat dalam tu ada starbucks  dan juga kelihatan Hardrock Shop.


Ueno Station


Hard Rock Shop yang dalam Station


This is inside the station


Ueno Park
Tujuan ke sini adalah untuk kiteorang berjalan-jalan di Ueno Park tu. Kat situ ada kuil, pusat sains dan sejarah kalau tak salah aku. Kiteorang tak masuk pun. Cuma berjalan-jalan disekeliling taman. Pemandangan agak menarik. Bagi yang suka ambil gambar kat sini boleh lah korang test kebolehan korang untuk ambil gambar landscape, structure, dan bird spotting aku rase. Sebab aku tengok ada satu spot tu banyak orang ambil gambar itik dengan burung. Kat sini juga aku jumpa budak-budak Jepun tengah training baseball



Salah satu kuil yang berada di Ueno Park


Suasana di Ueno Park



Another Temple


Dah puas kat sini. Kiteorang pun berpatah balik ke train station  tadi untuk ke Asakusa. Dari sini kiteorang menggunakan Tokyo Metro (macam LRT, coach dia kecil sedikit dari JR) melalui Ginza line menuju ke Asakusa.




Asakusa
Apa yang ada di Asakusa adalah Tokyo Cruise dan Tokyo Skytree. Sampai di station  dan naik ke street level, korang dah boleh nampak kedua-dua tempat tersebut. Tokyo Cruise sangat dekat dengan tempat kiteorang keluar, manakala Tokyo Skytree adalah seberang sungai sana, bermakna kiteorang kena cross jambatan untuk ke Tokyo Skytree. 

Aku macam tak nak sangat pun naik Tokyo Cruise tu, isteri pun dah pernah naik dulu, jadi kiteorang pun berjalan menyeberang untuk ke Tokyo Skytree tu. Jauh weii !!! Semasa perjalanan, suasana kat Asakusa ni amat menenangkan bagi aku, kiteorang melalui rumah-rumah dan apartment yang kecil dan comel. Dari segi rekabentuknya aku rasa rumah ni macam rumah baru. Elegant and cozy. 

Sesampainya kiteorang di Tokyo Skytree,  kiteorang tak dapat naik disebabkan cuaca yang tidak berapa baik dan lawatan ditangguhkan. Hurm. So kiteorang berjalan-jalan kat mall yang terletak di bawah Tokyo Skytree ni. Takde apa sangat pun, tapi ada kedai mainan kat situ sempat juga la aku masuk, mana tau ada hotwheels kat situ kan. Hehe.


Nampak Tokyo Skytree?? Nak kena cross jauh ni.


20-30 minutes walk


Shibuya
Dari Asakusa kiteorang menaiki Tokyo Metro menuju ke Shibuya melalui Ginza Line. Masa bergerak dari Asakusa tu hari dah mula gelap. Sampai kat Shibuya kiteorang terus pergi ke tugu peringatan Hachiko. Apa itu Hachiko? Korang cuba try Google hehehe. Punya la ramai manusia kat sini, nak ambil gambar dengan patung Hachiko tu pun kena que.  Apa yang menarik dekat sini selain Hachiko ialah street crossing dia, haaa.. yang 4 penjuru tu. Perkara wajib buat adalah melintas ke empat-empat penjuru tu. Hahahaha. Takdelah wajib pun saje je, dah sampai sini kan. Lintas je lah. Dikatakan lebih 45000 orang melintas kat situ setiap 30 minit. Ye ke? Aku tak kira la pula. Tapi orang lintas memeang ramai la. Disebabkan dah berjalan jauh dan lama, kaki aku dah sakit, jadi semasa kiteorang berjalan kat Shibuya ni sempat la aku beli kasut Vans sepasang. Terus pakai der.. Selesa !!!Hehehehe. Thank You Cinta !!!!


Shibuya crossing




Shinjuku
Selesai di Shibuya, kiteorang bergerak ke Shinjuku pula, dengan menaiki JR Train melalui Yamanote Line. Di sini, kiteorang takde buat apa sangat cuma berjalan-jalan area town tu je. kat sini banyak bangunan tinggi-tinggi dan dekat kawasan belakang bangunan tu ada lorong-lorong kecil yang menempatkan restoran-restoran dan bar. Memang kecil betul. Kagum aku tengok, dieorang ni main selit je nak buka kedai. Tapi walaupun kecil, susunannya teratur dan bersih. Pelanggan pula selesa keluar masuk. Takde masalah. Orang Jepun memang terrer selit kot. Hehehe.


Keluar station je nampak tingkap bangunan yang berwarna-warni ni. Hotel kot aku rasa.


Shinjuku !!!


Kedai selit-selit


Dah puas berjalan, badan pun dah letih, hari pun dah malam, kiteorang pun bergegas pulang ke apartment menaiki JR Train melalui Yamanote Line menuju ke Ikebukuro. Balik terus tidur. Zzzzz.


Tuesday, March 24, 2015

Japan Visit 2015

Day 2
30/01/2015
Ikebukuro-Akihabara-Ikebukuro
Tiket JPY 240 per person JR Yamanote line Track 2

Isteri, menjerit menggoncang-goncang badan aku. Ingatkan apehal. Salji rupanya pagi tu. Tengok jam 930. Salji tengah turun lebat. Lebat gila, macam hujan. Patut la sejuk. Seronok dia. Ingatkan nak sambung tidur, tapi dapat tidur-tidur ayam je. So aku bangun, dia masak kari, makan kari lagi. Lepas tu dia pack sandwich untuk perjalanan kiteorang. Cheezel dan Hazelnut coffee tak lupa ye. Huhu. Plannya hari ni nak ke Akihabara untuk mencari diecast toys, specifically for hotwheels japan version. So naik train JR Yamanote line ke Akihabara. Penat berdiri dalam train. Jauh juga la. Nasib baik tak payah tukar train.

Sesampainya di Akihabara, terus kami keluar, dari station, menuju ke arah Electric Town. Hamboi nama, tengok banyak lampu-lampu signboard. Memang meriah la. Gamers punya paradise sini. Toys pun banyak especially Gundam. So berjalan la kami suami isteri mencari hot wheels. Masuk kedai tu takde, tanye org kedai macam tak nak layan, tak tau la malas ke tak tau nak cakap english ke. So jalan sampai hujung. Dalam berjalan tu nampak la satu kedai mainan kecil je, masuk dalam, ada la diecast kereta kecil-kecil tapi bukan hotwheels. Ni yang high end punya. Tanya orang kedai rupanya kat tingkat 3. Baru perasaan kedai tu ada beberapa floor untuk mainan. 2nd floor khas untuk train saja. Canggih wooo. 3rd floor ada kereta, aircraft, tanks dan macam-macam lagi. Jumpa hot wheels kat sini. Tak menarik sangat pun. Macam kat Malaysia je stok dia. Kad pun sama macam kat Malaysia. Aku cari hot wheels yang kad jepun. Tunjuk gambar kat orang kedai katanya ini stok lama susah dapat. Hadoi.

Jadi berpatah balik ke station. Sebelum tu aku beli la juga TOMICO dengan HOTWHEELS yang aku takde. Sampai kat station kiteorang naik ke shopping mall. Tak salah aku setiap JR station ni ada mall tersendiri. Kiteorang membeli-belah di UNIQLO untuk baju sejuk. Tersangat la murah okay!!! Habis shopping kiteorang terus naik train menuju ke rumah. Kaki aku dah sakit gila, menyesal pakai doc mart ni. Hampeh betul. Kat station sempat beli muffler, sebelum naik ke apartment singgah kat kedai 100 yen macam Daiso kat Malaysia. Beli neck warmer


Sampai rumah,terus buka kasut, sakit gila kaki aku. Isteri prepare dinner, masak kurma ayam. makan-makan, isap rokok, tidur. Hehehehe.


Akihabara near JR Station Exit


Akihabara


Around the city


It's TOMICA everywhere





Nampak kedai mainan dia FUhhh!!!

Friday, March 20, 2015

Japan Visit 2015

Day 1
29 Jan 2015
KUL-HND

Semua dah siap kemas. Baju, kasut, kamera, laptop dan charger. Makanan usah cerita la, 2-3 hari sebelum bertolak kami dah shopping sakan. Siap satu beg besar untuk makanan sahaja. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi menggunakan teksi melalui Lebuhraya PLUS susur masuk Sg. Buloh menuju ke KLIA2. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Trafik agak sesak waktu itu, lebih-lebih lagi di persimpangan Damansara dan Subang.

Setibanya kami di KLIA2, terus kami bergegas ke ATM dan Money Changer. Tukar duit Yen sebanyak RM 1700 = JPY 52000. Lepas tu terus kami ke check in counter, 40 minit juga la beratur nak sampai kaunter tu. Selesai check in kami bergerak ke OTWC untuk makan alas perut. Aku tak lapar pun. Sementar menuggu isteri aku makan, aku keluar isap rokok, jauh juga la jalan nak keluar isap rokok ni. Sampai ke hujung bangunan aku jalan, takpe-takpe, lepas ni 6 jam tak boleh isap rokok.

Dah kenyang. Terus je kami proceed ke balai perlepasan, tengok ada petugas imigressen mengarahkan kami untuk menggunakan laluan automatik, canggih wei, letak je passport lepas tu mesin tu scan le. Sekejap je, jalan terus. ( ini untuk passport yang ada biometrik je kot, oh ye kalau korang nak pergi Jepun, tak perlu untuk minta visa jika korang mempunyai passport biometrik ni dan tak melebihi 90 hari la kat Jepun. Kalau nak stay lama kat sana mungkin kena buat visa la kot )

So kiteorang pun jalan la masuk, sebelum melintasi jambatan yang menghubungkan terminal domestik dan antarabangsa, sempat la kau singgah Duty Free Shop, beli rokok sekarton. Hehehe. Jalan punya jalan sampai la nak masuk gate, jenuh berjalan sampai pun. Nak masuk gate kena body check lagi ye. Haaa.. kat sini aku terkena, isteri aku jalan dulu kat metal detector tu, lepas. Aku sebelum masuk dah habis semua aku letak barang masuk scanner, sekali aku jalan, berbunyi pulak!!! 

Adoi, ni kenapa ni, belt dah buka apa lagi. Jawabnya aku kena buka kasut la. Nak dijadikan cerita aku pakai kasut high cut dan agak 'high' juga la, ala-ala boot askar gitu. Jenuh nak bukak kasut ni. Terpaksa la aku duduk kat lantai. Aku tak tau yang isteri aku dah menggelabah kat sebelah sana cari aku yang tiba-tiba hilang. Habis semua Polis yang ada kat situ dia tanya " Nampak suami saya tak encik? " Selesai buka kasut, aku bangun, time tu baru la isteri aku nampak aku, belum sempat dia tanya aku angkat kasut aku tunjuk kat dia. Cubaan kedua tanpa kasut, aku lalu kat metal detector tu berjaya. Hehehehehe. Masa aku ambil kasut tu, Polis kat situ cakap "Minta maaf ye cik"  "Takpe" aku jawab. Takkan nak marah pulakan, dah tugas dia. So berjalanlah aku tanpa kasut ke arah gate (malas nak pakai kasut balik). 

Tunggu dekat gate tak lama pun. Aku solat lepas tu dah boleh masuk dan board aircraft. Seat ada 3, duduk 2 orang. Cantik, satu row ni memang kami punya la. Aku duduk tepi tingkap. Isteri aku malas nak duduk dalam sebab senang nak pergi toilet. 1430 aircraft take off lepas tu aku terus tertidur. Bangun dah pukul 4 petang. Tengok crew tengah prepare untuk serve meal. Dah habis makan, aku pun sambung tidur balik sampai pukul 6. Dari pukul 6 petang tu aku layan tengok luar tingkap, cantik, aku nampak kapal laut kat bawah, kecil je. Kadang-kadang selisih dengan aircraft lain, Laju gila kalau dapat tengok dari tepi. Masa sunset sangat lawa, indah sungguh alam ciptaan Nya. Bila suasana kat luar dah gelap, aku main sudoku sampai la nak descent

During descending ni aku dapat nampak bandar Tokyo, Ya Allah cantiknya, kawasan darat penuh dengan lampu. Terang sangat !!!! Bercahaya. Masa aircraft banking aku dapat tengok runway light, stylo der !!! madam ade arrow banyak-banyak blinking. Fuh.. Hebat-hebat. Selamat touchdown, aircraft pun taxi la ke parking bay, sebelum nak sampai parking bay tu aku tengok ada 5 ground personnel dah standby, 2 wingman, 1 penanda bay, 1 marsheller dan 1 supervisor kot. Professional gila. Memang teratur. 

Tapi masa aircraft dah selamat touch down dan tengah taxi, aku cukup tak suka bila dengar passenger berebut-rebut buka tali pinggang keselamatan tu, padahal seatbelt sign tu masih terpasang lagi. Dah la buka belt, siap bangun buka compartment kat atas nak ambil beg. Bukan sorang dua ye. Sangat ramai !!!! Korang jangan la buat perangai macam ni, kelakuan tersebut adalah sangat BANGANG + BODOH + BERLAGAK + SOMBONG + KELAM KABUT dan yang seANGKATAN dengannya. Dibuatnya aircraft tu brake emergency. Tergolek la jawabnya kat walkway tu. Kalau jatuh terkena pula armrest kat kepala ke kat telinga ke berlubang kepala baru padan muka. Lepas tu mula la nak salahkan airline, saman sana saman sini. Post kat Facebook, update Instagram, Twitter lagi. Padahal korang yang salah tak nak ikut peraturan. Masa Safety Briefing tak nak dengar tak nak tengok. Berlagak terrer. Nak jadi HERO la konon. Pooddahhh!!! Berambus la. Safety card tak nak baca. Bila crew bagi arahan tak nak ikut. Alahai BENGAPnya. Crew tu nak jaga keselamatan korang.  Memang la korang bayar tiket tu, tapi tak bermaksud korang boleh buat sesuka hati korang. Beli tiket pun murah je kan. Nak berlagak sombong pula. Haih.

Berbalik pada cerita tadi, sorry ye divert sikit. Dah disembark, kami suami isteri pun jalan la pergi ke immigressen, dalam perjalanan tu aku dengar bunyi lagu funfair. Mane datang pula funfair kat sini. Bila aku toleh je tengok bunyi tu datang dari buggy. Hehehe. Comel je. Kalau kat Malaysia buggy kita pakai horn nak bagi orang aware atau nak minta laluan, kat sini pasang lagu funfair je. Hahaha. Mungkin kita boleh ambil idea ni. MAB please take note. Hehehehe.




Sampai je kat immigration agak suspen, kat kaunter ni kalau dieorang tanya macam-macam memang aku tak boleh jawab. Hahahaha. Mula-mula sampai tadi macam tak ramai orang, toleh je belakang tiba-tiba jadi ramai pula. Sesak pula tempat tu. Tapi dengan tangkas pegawai dia buka beberapa kaunter lain dan agih-agihkan orang dalam barisan. Cepat je tempat tu clear dan lapang balik. Memang cekap. Terbaik. So tak lama kiteorang tunggu, lepas la immigration.

So sampai kat kastam, lagi satu hal. Kiteorang ada bawa full bag trolley of foods. Ni yang malas kalau kena buka nak tunjuk dan explain satu-satu. Tapi Alhamdulillah. Lalu je kaunter dia, dia mintak landing card dan tanya duduk kat mane dan berapa hari. Itu saje. Lepas tu dah settle. Secara rasminya kiteorang dah masuk Jepun. Yuhhuuu!!!

Kiteorang pun keluar la melalui balai ketibaan. Takde sape datang jemput pun. Hehehe. So mencari la kiteorang cari train. Dari Haneda International Airport ke Shinagawa menggunakan Keikyu Line.  JPY 670 seorang ke Ikebukuro Station. Nak beli tiket pun mudah ada orang jagakan, mulanya agak cuak juga sebab first time nak beli tiket kat mesin jepun kan. Sudah tentu la bahasa Jepun kan, tetapi tidak ye. Ade je selection English language. Hehehehe. 

Perjalanan menaiki train tenang. Tak ramai orang. Sebab malam kot. Gerabak keretapinya design lama aku rasa mungkin era 90an. Tak lah macam kite punya. Nampak canggih kan. Senyap je orang dalam train. Sampai kat Shinagawa Station, kiteorang kena turun tukar train dari Keikyu Line ke JR (Japan Railway) Yamanote Line. Huih. Terkial-kial cari track mane nak kena pergi. Orang Jepun jalan laju je, ye lah tempat korang tau la korang mane nak pergi kan.

Aku dengan trolley bag, dengan bag galas lagi, hahahah berjalan laju je nak pergi track yang sepatutnya. Dah nampak tadi track mane nak kena pergi. Jalan pun laju macam orang Jepun. Sampai Track 6 JR Yamanote Line. Kiteorang pun beratur. Kat lantai dia ada cat yang macam garis-garis tu, yang mana ia digunakan sebagai guide untuk beratur dan memudahkan orang untuk keluar dari train. ( aku tau pun sebab aku tengok orang ). Train sampai kiteorang pun naik, gerabak yang ni pula agak besar sikit dari tadi. Aku rasa macam komuter dieorang, tapi KTMB punya gerabak lagi luas. 

Sesampainya di Ikebukuro station, dah sangat letih. Beg BESAR dua. Huih. Station underground, nak naik street level kena naik lift /escalator / tangga. Masalahnya, sampai dah tengah malam kot jadinya lift dan escalator tak available pula. Sepatutnya aku kena keluar ikut exit yang hujung berdekatan dengan apartment kiteorang. Tapi separuh jalan tadi, tunnel nak ke exit hujung tutup pula. Wah!!! Apahal semua tutup ni!!! 

So kena la keluar exit yang jauh sikit dari apartment kiteorang. Memandangkan lift dan escalator tak available terpaksa la aku mendaki. Aku tengok atas, MAK OOOOIIII !!! tinggi bebenor tangga ni. Aku amik beg dari isteri aku dan pasang kuda-kuda nak mendaki. Sebelah tangan kanan 16kg sebelah tangan kiri 13kg. GO!! Berat siut!! 

Tercungap-cungap aku sampai kat atas. Keliling aku bangunan. Rekabentuk bangunan dia bercampur-campur dari era 70an hingga ke 90an. Aku dah sampai kat Ikebukuro Town. Isteri tengok aku macam penat, dia cepat-cepat tanya orang macamane nak pergi apartment kiteorang. Tapi boleh lak mamat tu cakap tak tau dengan kurang sopan. Nasib baik la kat Jepun. Kalau tidak dah kena sembur dah dengan aku. Sabar-sabar. 

Kiteorang pun berdiri la sekejap kat tengah-tengah bandar tu diantar persimpangan fikir mana nak tuju. Sebelum sampai kiteorang dah study sikit macamane nak ke apartment tu. So kiteorang recognise la a few landmark yang ada kat situ. Then kiteorang jalan la slow-slow. Antara beberapa landmark yang kiteorang persan adalah bangunan OIOI, Macdonalds dan Hotel. 

Korang bayangkan, jalan berdua dengan trolley bag yang besar, kat area macam pudu tu tapi kurang sibuk dan sesak dan sejuk. Melilau. Hahahaha. Jalan punya jalan. Sepatutnya kiteorang dah sampai kat apartment. Tapi macam tak nampak. Tengok area dan landmark macam dah betul. Macam lost. Lepas tu ada mamat Jepun lalu, cepat je aku tegur. Nasib baik boleh cakap English, rupanya bangunan tu belakang kiteorang je. La……. Mungkin sebab penat kot tak perasan kat belakang kiteorang. "Have a good trip" katanya kepada kami.


Dah sampai bangunan nak ambil kunci, dalam peti surat, nak buka peti surat tombol macam peti besi. Dalam peti surat ada mangga yang berkotak. Ada nombor lagi. Huih macam treasure hunt. dah dapat kunci nak cari pintu. lepas tu naik lif. Nasib baik rumah berdepan dengan lif. So masuk rumah la syukur alhamdulillah dah sampai.

Rumah okay, cantik dan kemas. Ada balcony, bolehlah jadi port aku smoke nanti. Dapur kemas, bilik air bersih tandas pun selesa. So berehat la kiteorangg. Unpack apa yang patut. Beg makanan dikosongkan dulu. Isteri masak. So kiteorang makan kari ayam. Nak isap rokok lepas tu, lighter pula takde, terpaksa la turun bawah pegi 7eleven beli lighter. Isteri sempat beli ice cream. Balik isap rokok. Lepas tu tidur.

Fuhh!! Lega.