Friday, November 10, 2023


Hari tu aku berpeluang untuk naik cruise di Pulau Langkawi. Bila sebut cuise je mesti terbayang cruise ship yang besar lagi mewah tu kan. Kalau boleh siap yang ade theme park kat atas kapal tu.


Tapi ini bukan ye. Ini pelayaran yang menggunakan bot jenis catamaran yang di di modified yang ade enjin. So ianya bersaiz sederhana. Dimiliki oleh AVIS Cruise. Ade 3 crew dan 10 orang penumpang. Selesa atas bot tu.


Jadi nak di jadikan cerita, kiteorang menetap di hotel di Pantai Chenang. Bot ni pulak kat Marina Langkawi. Agak jauh jugak la. Bot akan start belayar lebih kurang pukul 4.15 petang. Pagi tu kiteorang ade aktiviti lain membawa ke tengahari.


Makan tengahari lambat. Kat Restoran Kerisik. Padu jugak restoran ni. Okay berbalik pada kelambatan tersebut. Balik hotel mandi siap-siap. Terus gerak. Owner bot dah 2 - 3 kali call / whatsapp, bile nak sampai, bile nak sampai. Next time kalau nak naik cruise ni pagi kena buat aktiviti ringan je.


So memandangkan pagi tadi dah beraktiviti berbasah-basahan. Makanya petang ni naik cruise malas nak berbasah-basah lagi. So aku pakai baju yang ringan dan seluar pendek beach boy. Memang cadang nak lepak atas bot sambil layan sunset.


Sampai kat area Marina tu pun susah jugak nak cari parking. Gile lah. Banyak gile kereta. Last-last dapat juga parking. Dan kiteorang berdesup turun pergi ke jeti. Bot dah start enjin. Tunggu kiteorang je. Naik je. Terus jalan. Bermulah la pelayaran kami ke laut lepas. Haha. Takde maknenya sini-sini je. Keliling pulau.


Pelayaran dari jeti tu pun dah menarik. Saat bot tu keluar dari jeti memang best. Keluar je jeti bot akan pergi ke area patung burung helang yang besar tu. Kat sini boleh la nak ambik gambar. Infact masa kat jeti tu pun cantik nak ambik gambar.


Lepas tu bot akan belayar lagi dan berhenti kat tengah-tengah laut. Selepas dari port ambik gambar kat patung helang yang besar tu. Krew akan lepaskan jaring-jaring yang lat belakang bot ni. So ia jadi macam safety net dan boleh la korang nak berendam kat belakang bot tu sambil bot tu tarik jaring tu. Best oi. 


Tapi tadi kate tak nak basah-basah. Alahai. Tak boleh jadi ni. Hati dah melonjak-lonjak nak terjun. Tak fikir panjang. Buka baju, pakai life vest. Terjun. Kecebur !!! Puas hati. Air laut tu warna hijau. Best sungguh baring kat net tu. Rasa macam dalam jacuzzi pun ade.


Bot ni juga dia ade tunda kayak yang boleh naik sorang tu. So dah alang-alang basahkan. Bile bot berhenti. Aku main kayak pulak. Mantap. Tak pergi jauh pun. Seronok betul. Bagi yang tak turun mandi atau main kayak. Dieorang lepak atas bot ambil gambar.


Kat atas bot tu. Ade kawasan yang dipasang jaring macam hammock berbentuk segiempat. So boleh see through air laut kat bawah tu. Kat situ boleh baring. Cabin bot ni pun selesa. Anak aku siap boleh tidur kat situ. Sedap agaknya, berangin berayun. Tidur member.


Bile menjelang petang aku pun dah puas main air. Dah basah lencun. Aku pun naik la. Krew akan siapkan makanan. Oh ye, air minuman free flow tas ni. Macam-macam air ade, mineral, jus dan soft drink. Buahan-buahan pun ade.


Makan malam yang disediakn sedap. Ke sebab aku lapar? 😆Dah kenyang perut. Baru boleh layan sunset. Memang layan. Cantik sungguh. Oh ye sepanjang pelayaran tu bot akan pasang lagu dan ON SPEAKER. Berkumandang lagu. Macam dal videp klip. Memang ON la MOOD.


Masa pelayaran tu banyak je cruise yang lain. Keliling tengok sunset. Tapi aku tengok bot lain lagi besar. Tapi lagi besar lagi banyak la penumpangnya. Macam-macam jenis bot ade untuk crusing kat Langkawi ni.


Rezeki kitaorang hari tu, ada satu super yacht berlabuh kat area situ. Gile kagum aku tengok. Bukan aku je. Semua orang kagum kot. Dia punya design dia macam space ship. Nama dia Ad Astra. To the star maknenya. Gile mewah. Mintak-mintak aku dapat la super yacht macam tu satu hari nanti. Korang doakan ye. Aamiin. Terima kasih. 


So sebelum maghrib habis. Bot kitorang dah parking kat marina. Kiteorang ucap terima kasih kat krew dan juga pengemudi bot. Dieorang memang friendly. Best sembang dengan dieorang. Kesimpulannya kiteorang sangat berpuas hati dengan Sunset cruise Langkawi by Avis ni. Sangat best dan best.


Korang boleh roger dieorang kat sini


https://www.langkawi-tour.com/sunset-cruise-langkawi-by-avis/





Thursday, November 09, 2023

APA YANG PERLU DIBAWA UNTUK KE TASIK DAYANG BUNTING DAN PULAU BERAS BASAH

 Jika ke Pulau Langkawi, mesti kite tak lepaskan peluang untuk ke Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Dua tempat ni dah macam jadi lokasi wajib untuk dikunjungi bila berada di Pulau lagenda ni.


Apa yang boleh dibuat di Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Mandi.Mandi.Mandi. Lepak dan santai. Nak ke dua-dua lokasi ni kena naik bot. Jadi kena la buat research sikit bot apa yang boleh naik, bile dan di mana nak naik bot tu. Jangan sambil lewa. Kena plan.


Bukan itu saja. Beberapa kelengkapan dan keperluan perlu disediakan untuk trip ke Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Boleh tengok link kat bawah untuk tengok apa barangan yang perlu dibawa:


CHECK OUT SHOPPLE

https://shopple.co/faiz-arshad

.

https://go.shopple.co/sptjjv

WATERPROOF BAG

.

https://go.shopple.co/sptjjx

POUCH PHONE WATERPROOF

.

https://go.shopple.co/sptjk2

WATERPROOF PHONECASE - TOUCH AND CRYSTAL CLEAR

.

https://go.shopple.co/sptjk3

SUNGLASSES

.

https://go.shopple.co/sptjk4

TOPI

.

https://go.shopple.co/sptjk7

WOMAN HAT

.

https://go.shopple.co/sptjk8

WATERPROOF SANDAL

.

https://go.shopple.co/sptjka

WATERSHOES WOMEN AND MEN

.

https://go.shopple.co/sptjij

DJI OM 6


Enjoy the video and see you guys in the next entry !