Minum Petang Itu Menyeronokkan
Masyarakat Melayu memang sinonim dengan masakan dan waktu makan yang banyak kali dalam sehari. Salah satunya ialah minum petang, satu tradisi yang masih diteruskan hingga ke hari ini.
Selalunya, hidangan minum petang terdiri daripada pisang goreng, keropok lekor, kuih-muih Melayu seperti kuih keria, kuih talam, dan pelbagai jenis kuih tradisional lain. Minumannya pula mestilah ditemani dengan secawan kopi. Namun, jarang sangat orang minum kopi asli sekarang kerana Nescafe lebih popular dan mudah disediakan berbanding kopi tradisional.
Lain pula bagi kiteorang hari tu. Hidangan minum petang agak berbeza. Di meja, kelihatan nugget, french fries, dan daging yang dibakar. Ini lebih kepada masakan barat. Tapi yang kelakarnya, di negara barat tak ada budaya minum petang seperti kita. Haha. Untung ada adik chef yang rajin memasak!
Tak kisahlah apa pun hidangannya, yang paling penting adalah masa yang diluangkan bersama keluarga. Saat-saat ini sangat berharga kerana ia mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan indah yang akan dikenang sampai bila-bila.