Saturday, December 21, 2019

 CHILIS

Port lepak dulu-dulu. Selalu ni makan sini dulu. Kalau nak hang out, gather-gahter memang best kat sini. Makan best, harga pun berpatutan. Kalau branch kat KLCC time lunch atau dinner memang beratur la korang nak masuk. Kalau tak salah tak boleh resereved kena walk in time tu. Weekend boleh.

Menu kegemaran aku adalah Tostado chips dengan Queso dip tu untuk pembuka selera. Memang terangkat la. Sedap Queso dip tu. Dia kalau tak salah chili cheese punya dip. Korang bayangkan rasa pedas-pedas cili campur dengan lemak-lemak cheese gabung pulak dengan Tostado chips yang ranggup tu. Memang macam bunga api la dalam mulut korang.

Yang lain tu macam biasa la ada burger + fries, steak dan macam-macam lagi la menu daging yang ade kat situ. Tapi yang Tostado chips dengan Queso dip tu memang win. 







Friday, December 20, 2019

 AISKRIM PULUT

Selalunya aiskrim yang famous aiskrim roti atau aiskrim goreng. Ini kali ada satu lagi menu baru iaitu aiskrim pulut. Yang abang ni jual ade 3 saiz kecil, sederhana dan besar. Apa yang diletakkan dalam cawan plastik tu untuk dijadikan aiskrim pulut adalah: Obviously la pulut dan aiskrim kan dan yang add on ade jagung. Satu rasa baru la. Manis-manis sejuk makan pulut.




Tuesday, December 17, 2019

 JALAN-JALAN KAT BAWAH

Ronda-ronda. Musim hujan. Sejuk. Macam kat oversea. Best juga jalan-jalan. Tapi sekali aircraft take off bergegar van. Bingit pun ye jugak. Petronas tu takde kedai Mesra ye. Staff je mesra. Haha.






Monday, December 16, 2019

 BUAH TANGAN ORANG DULU-DULU

Dulu sebelum wujudnya highway siap semua orang travel melalui jalan lama. Jadi bila banyak kereta kat jalan makanya banyak la orang meniaga kat tepi jalan. Tapi bukan sepanjang jalan. Ada la spot-spot dia. Kira macam unofficial RnR la.

Kat situ macam-macam barang dijual. Dari makanan, permainan sampai la kraftangan. Antara kraftangan yang aku ingat adalah tudung saji, penggaru belakang badan, penggelek untuk urut dan rotan untuk sebat. Haha. Semua kraftangan ni diperbuat dari kayu, rotan dan lain-lain.

Gula-gula dengan cikedis pun banyak jugak. Ada keropok udang, keropok warna-warna macam-macam la. Seronok juga la singgah sini. Sudahnya kereta penuh la dengan souvenir dan kudap-kudapan.


 

Sunday, December 15, 2019

 BREAKFAST

Salah satu kriteria dalam memilih hotel bagi aku adalah sarapan dia. Nak tau breakfast buffet dia macamane. Sebab aku enjoy sarapan. Memang best. Boleh lepak kat situ lama-lama. Pertama masakan kena sedap. Kedua kalau boleh pilihan tu kena banyak la. Sebab bile tengok banyak pilihan makanan jadi macam happy. Nak rasa semua tak mampu kot. Try la makan sikit-sikit pelan-pelan. Mungkin boleh.




Saturday, December 14, 2019

 KENDURI KAHWIN DI JOHOR

Hujung-hujung tahun ni banyak la jemputan kenduri kahwin. Cuti sekolah pulak tu. Jadi hari tu kiteorang memenuhi jemputan dua kenduri kahwin kat Johor di dua daerah yang berbeza. Hidangannya ape? Macam biasa nasi minyak, ayam masak merah, acar buah, daging masak hitam, dan papadom. 

Apa yang specialnya kenduri rumah pertama ada menu tempe dengan sambal kicap dan kenduri yang kedua ada pisang goreng dengan sambal kicap. Haa. Johor kan. Memang tak boleh pisah dengan sambal kicap.





Friday, December 13, 2019

 KUIH CARA BERLAUK HIJAU

Selalunya kuih cara berlauk warna kuning kan dan selalunya warna hijau ni kuih cara manis. Ini cara berlauk warna hijau. Twist sikit dalam otak nak rase manis tiba-tiba rasa pedas. Haha. Ini homemade ye. Bukan beli kat mane-mane. 

Nampak simple je kan kuih ni. Tapi siapa yang biasa buat kuih tau la macamane renyahnya nak buat kuih Melayu ni. Kaya dengan rasa dan bahan-bahan untuk buat kuih Melayu ni premium. Kalau korang rasa kuih Melayu tak sedap kat luar tu maknanya ade la bahan yang dikurangkan. Jadi hargailah kuih-muih Melayu. Bukan senang nak buat. Nak cari yang sedap pun susah.