HYATT KUANTAN
Oleh kerana nak memenuhi jemputan kahwin haousemate ku dulu maka kiteorang akan ke Kuantan holiday terus dan stay kat Hyatt Regency Kuantan. Dalam kepala dah fikir nak lepak pantai, mandi kolam dan sarapan puas-puas. Kat Hyatt Kuantan ni buffet spread untuk breakfast memang banyak pilihan.
Bilik yang kiteorang stay sangat la selesa. Luas dan lapang. Tilam empuk. View cantik. Best gile. Orang pulak tak berapa ramai. Selesai kenduri kahwin tengahari tu. Petang tu kiteorang lepak pantai. Berjalan dari Hyatt sampai la ke Teluk Cempedak punya pantai.
Kat area Teluk Cempedak tu banyak aktiviti dan orang pun boleh tahan ramai. Jadi crowded pulak kat situ. So kiteorang lepak sekejap kat situ dan patah balik ke Hotel. Mandi-mandi dan lepak dalam bilik sambil layan movie. Malam tu kiteorang dinner guna Grab saje.
Esok harinya lepas. breakfast kiteorang lepak kat swimming pool. Mandi sampai penat. And then keluar makan kat bandar Kuantan. Sempat la kiteorang makan kat Kula Cakes, Mabiq dan singgah kat Taman Teruntum. Dan untuk dinner malam tu kiteorang makan club sandwich sahaja.
So bagi aku lepak Hyatt Kuantan ni memang puas hati la. Memang relaxing. Makan sedap. service tiptop. Staff sangat friendly. Ade sorang tu siap pamkan anak aku punya float. Memang terbaik.