Wednesday, July 31, 2019

 Muar Mural

Hari tu berkesempatan berjalan kat area Muar. Berjalan maksudnya jalan kaki keliling bandar. Huhu. Taip pun dah letih apatah lagi masa berjalan tu. Dengan panasnya. Tapi tak sangka enjoy jugak berjalan ni. Dan tak sangka lorong-lorong belakang kat Muar ni dihiasi dengan Mural dan bermacam-macam hiasan lain yang kreatif. Tapi tak sempat nak snap gambar banyak-banyak. Tangan penuh. Haha.





Tuesday, July 30, 2019

 

VILLAGE GRILL MUAR

Tak sangka ada western food yang sedap macam ni kat Muar. Dari luar Restoran Village Grill ni nampak macam biasa. Ruang dalamannya agak luas dan selesa. Ianya kemas dan bersih. Masa kiteorang sampai tu tak ramai orang lagi sebab masa tu baru pukul 6 lebih. Selalunya malam sikit baru orang keluar makan kot. Biasa la nak settle kan solat maghrib dan Isyak dulu.

Jadi petang tu tekak kiteorang terasa nak makan western so sampai lah kiteorang kat restoran Village Grill ni. Apa yang kiteorang order pada petang itu untuk makan malam adalah :

1. Spaghetti Bolognese

2. Chicken Chop

3. Salmon

4. Nachos

Apa yang aku boleh katekan tentang masakan dieorang ni. Cukup rasa. Rasa Melayu. Tak blunt. So kena la dengan selera orang Melayu walupun masakan dia western. Portion-nya pulak agak kecil dan sedikit. Kalau korang nak makan puas-puas korang kena order banyak. Tapi kalau korang setakat nak alas perut atau tengah diet memang kena la portion dia tu.

Anyway makan kat sini sedap dan berbaloi. Jadi kalau korang tiba-tiba nak makan western kat Muar ni aku suggest korang try makan kat sini. Harga bagi aku berpatutan.