Monday, February 25, 2019

MOVIE REVIEW : MISTERI DILAILA V1


[Gambar : Google]



2 DALANG, SIAPA HEBAT?

“Fuh class” kata pakcik yang duduk sebelah aku dalam pawagam kat IOI Mall Putrajaya. Kagum dia tengok transition scene dalam cerita Misteri Dilaila V2. Terbuntang mata dia tengok skrin tu. Rilek je pakcik ni datang sorang tengok movie. Setiap kali babak mengejutkan atau babak hantu keluar pakcik ni terkejut sikit lepas tu tergelak. 

Filem Misteri Dilaila V1 ni tidak berbeza pada permulaannya dengan yang V2 punya. Oleh kerana aku dah tengok yang V2 punya, dan dah tu apa babak seterusnya suasana tu jadi agak membosankan sebab nak tunggu babak yang berbeza sampaikan. Tapi aku ambil peluang ni untuk memerhatikan filem ini lebih terperinci lagi. Mana tau jumpa shot atau details yang akan bagi aku hint tentang kesimpulan filem ni. Jadinya khusyuk juga la aku menonton yang V1 ni punya.

Lepas menonton Misteri Dilaila V2, aku punya persepsi dah berubah terhadap beberapa watak dalam filem ni. Tapi tidak ada watak Jeff. Haaa! Kenapa berubah? Sebab babak akhir V2. Konon macam kesimpulan kan. Jangan belum lagi. Aku jangka V1 akan rungkaikan segala babak - babak yang terselindung atau yang tak ada dalam V2 dan dapat mencantumkan segala misteri dan memberikan gambaran yang lebih besar dan jelas apa skandal yang sedang berlaku.

Tapi tidak ya. Pengarah bagi peluang kedua untuk aku teliti dalam setiap babak yang sama. Kalau korang terrer korang akan dapat hidu kat mane dan siapa yang dalang atau tukang karut. Tapi tukang karut atau dalang mane yang lagi terrer. Apa isu dan objektif sebenarnya. Jangan tengok benda besar-besar. Tengok benda kecil-kecil, yang remeh. 

Aksi hantu dan babak mengejutkan tetap tangkap jantung punya. Tak banyak beza dengan yang V2 punya. Kalau korang dah tengok yang V2 punya ambil la masa layan dan fokus pada V1, banyak je aku tengok penonton resah sementra nak menunggu ‘persimpangan’ antara V1 dengan V2. Jadi bila tiba kat babak yang dinanti-nantikan, sedikti sebanyak baru akan nampak kemana hala tujuu pengarah nak bawak korang. Akhir sekali tau la siapa yang buat hal kan. Ingatkan dah habis, bila betul-betul babak terakhir muncul ada pula persoalan lain yang wujud. Adoi! bukan dah habis ke? Sambung lagi kot. Bila aku tengok cerita ni aku teringat satu filem Korea yang bertajuk Forgotten. 

Jadi dua versi ini tidak mengecewakan. Syabas pada pengarah dan krew produksi dan juga pada pelakon yang berjaya menghasilkan sebuah filem yang mendebarkan dan memutar belitkan kepala otak aku. Syafiq Yusof memang suka  buat cerita pusing-pusing camni kan,  so  aklu tunggu karya ko yang seterusnya. Tahniah! Haa.. ingat tak pakcik yang kat sebelah aku tadi. Adegan hantu yang terakhir tu dia terperanjat beruk terangkat tangan dengan kaki siap kebelakang kerusi dia. Yang kali ni dia tak gelak. Hahaha pakcik-pakcik.


Sunday, February 24, 2019

MOVIE REVIEW : MISTERI DILAILA V2


MISTERI, DRAMA & PUSAKA

[Gambar : Google]


“Dekat setahun dah tak balik sini, mesti ada barang yang kena curi” keluh Dilaila. “Mana ada inikan Fraser Hills, zero crime rate” jelas Jeff.

***

“En. Jeffry?” tanya Inspektor Azman. “Ya” jawab Jeff ringkas. “Inspektor Azman” sambil  menghulurkan tangon Inspektor Azman memperkenalkan diri.

***

“Dah dua tahun saya bertugas kat sini tak pernah ada kes macam ni, selalu orang hilang dompet, hilang basikal tak pernah hilang bini, ni first time la ni” kata Inspektor Azman. - tergelak satu pawagam dengar punchline Inspektor Azman.

***

“Oh, dulu Inspektor bertugas kat mane?” Tanya Jeff “Bukit Aman” jawab Inspektor Azman ringkas. “Kenapa pindah sini?” tanya Jeff lagi. “Sini aman sikit” punchline Inspektor Azman. - pecah gelak satu panggung!

***

Misteri Dilaila membuka tirai dengan memperkenalkan Jeff dan Dilaila pasangan suami isteri yang sedang dalam perjalanan ke banglo mereka kat Fraser Hills tu. Sampai je dieorang kat sana dieorang terus masuk rumah yang dekat setahun kena tinggal tu. Petang tu dieorang pergi horse riding . Babak ni penting ye. Kenapa? korang tengok sendiri la nanti.

Petang tu Jeff keluar dengan kawan-kawan dia dan pulang lewat malam. Masuk je rumah Dilaila dah tunggu Jeff kat ruang tamu.

Dilaila: You dah la keluar tak bagitau tinggalkan I sorang-sorang lepas tu balik buat macam takde apa-apa. Kita datang sini sebab nak spend time together. 

Jeff: Sayang dieorang business partner la bukan kawan I .

Dipendekkan cerita, malam tu Jeff tidur sorang-sorang kat ruang tamu. Dan dari situ la bermula Jeff kena gangguan macam-macam. Saspen Boh! Esoknya bangun pagi sedar-sedar Dilaila dah hilang. Puas Jeff cari satu rumah. Dah la Dilaila hilang, kereta dengan handphone Jeff pun takde juga. 

Penat mencari Jeff pun ambil keputusan untuk membuat laporan Polis. Masa ni Kopral Kamal yang ambil laporan. Selesai buat laporan Jeff lepak kat restoran, dekat sini baru muncul watak Inspektor Azman. Dari situ Inspektor Azman memulakan penyiasatannya.

Inspektor Azman membuat kerja kepolisannya sebagai Pegawai Penyiasat. Soalan demi soalan Jeff jawab. Tapi bila Inspektor Azman mintak gambar Dilaila, Jeff tak dapat nak bagi sebab semua gambar dalam phone. 

***

“Sayang” muncul seorang perempuan di hadapan pintu banglo. “I’m sorry” sambung perempuan tu lagi. “Kau siapa?” tanya Jeff. “I isteri you” perempuan tu mengaku. “Kau bukan isteri aku!” jerit Jeff. “Ini bukan isteri saya Imam” kata Jeff.

***

“Saya tak boleh nak tangkap dia! Tak ada jenayah yang berlaku kat sini!” bentak Inspektor Azman pada Jeff yang tak sudah-sudah nak suruh dia sumbat perempuan tu dalam lokap.

Jeff bingung siapa pulak perempuan yang mengaku jadi isteri dia ni. Dah la tu semua orang macam tak percaya cakap dia. Tambah lagi dengan gangguan-gangguan yang dia hadapi makin lama makin teruk dia kena. Jeff seakan-akan putus harapan.



Filem ni memang menarik. Jalan ceritanya kuat. Transition antara scene juga sempoi. Kira tak boring la dalam wayang tu. Hantu cepat je keluar tak sempat la popcorn tu nak sampai separuh kotak. Korang mesti tak dapat nak jangka mana hantu tu nak keluar. Jadi bersiap sedia la nak terkejut ye.

Dalam seram dan misteri, pengarah selitkan juga komedi dalam filem ni jadi tak bosan. Bijak pengarah bermain dengan emosi penonton. Pelakon pula memang terbaik, semua orang bawak watak masing-masing dengan baik sekali. Tak sangka dapat tengok sisi lakonan Zul Ariffin yang lain.

Kalau korang pernah tengok filem Flight Plan lakonan Jodie Foster? Mungkin ada sedikit idea yang dicuit dari sana tapi Misteri Delaila lebih seram dan misteri, Tak percaya tengok la. Tengok macamane Jeff cuba nak selesaikan misteri ni. 

P/S Korang kena tengok yang Version 2 dulu baru tengok yang Version 1