Saturday, December 21, 2019

 CHILIS

Port lepak dulu-dulu. Selalu ni makan sini dulu. Kalau nak hang out, gather-gahter memang best kat sini. Makan best, harga pun berpatutan. Kalau branch kat KLCC time lunch atau dinner memang beratur la korang nak masuk. Kalau tak salah tak boleh resereved kena walk in time tu. Weekend boleh.

Menu kegemaran aku adalah Tostado chips dengan Queso dip tu untuk pembuka selera. Memang terangkat la. Sedap Queso dip tu. Dia kalau tak salah chili cheese punya dip. Korang bayangkan rasa pedas-pedas cili campur dengan lemak-lemak cheese gabung pulak dengan Tostado chips yang ranggup tu. Memang macam bunga api la dalam mulut korang.

Yang lain tu macam biasa la ada burger + fries, steak dan macam-macam lagi la menu daging yang ade kat situ. Tapi yang Tostado chips dengan Queso dip tu memang win. 







Friday, December 20, 2019

 AISKRIM PULUT

Selalunya aiskrim yang famous aiskrim roti atau aiskrim goreng. Ini kali ada satu lagi menu baru iaitu aiskrim pulut. Yang abang ni jual ade 3 saiz kecil, sederhana dan besar. Apa yang diletakkan dalam cawan plastik tu untuk dijadikan aiskrim pulut adalah: Obviously la pulut dan aiskrim kan dan yang add on ade jagung. Satu rasa baru la. Manis-manis sejuk makan pulut.




Tuesday, December 17, 2019

 JALAN-JALAN KAT BAWAH

Ronda-ronda. Musim hujan. Sejuk. Macam kat oversea. Best juga jalan-jalan. Tapi sekali aircraft take off bergegar van. Bingit pun ye jugak. Petronas tu takde kedai Mesra ye. Staff je mesra. Haha.






Monday, December 16, 2019

 BUAH TANGAN ORANG DULU-DULU

Dulu sebelum wujudnya highway siap semua orang travel melalui jalan lama. Jadi bila banyak kereta kat jalan makanya banyak la orang meniaga kat tepi jalan. Tapi bukan sepanjang jalan. Ada la spot-spot dia. Kira macam unofficial RnR la.

Kat situ macam-macam barang dijual. Dari makanan, permainan sampai la kraftangan. Antara kraftangan yang aku ingat adalah tudung saji, penggaru belakang badan, penggelek untuk urut dan rotan untuk sebat. Haha. Semua kraftangan ni diperbuat dari kayu, rotan dan lain-lain.

Gula-gula dengan cikedis pun banyak jugak. Ada keropok udang, keropok warna-warna macam-macam la. Seronok juga la singgah sini. Sudahnya kereta penuh la dengan souvenir dan kudap-kudapan.


 

Sunday, December 15, 2019

 BREAKFAST

Salah satu kriteria dalam memilih hotel bagi aku adalah sarapan dia. Nak tau breakfast buffet dia macamane. Sebab aku enjoy sarapan. Memang best. Boleh lepak kat situ lama-lama. Pertama masakan kena sedap. Kedua kalau boleh pilihan tu kena banyak la. Sebab bile tengok banyak pilihan makanan jadi macam happy. Nak rasa semua tak mampu kot. Try la makan sikit-sikit pelan-pelan. Mungkin boleh.




Saturday, December 14, 2019

 KENDURI KAHWIN DI JOHOR

Hujung-hujung tahun ni banyak la jemputan kenduri kahwin. Cuti sekolah pulak tu. Jadi hari tu kiteorang memenuhi jemputan dua kenduri kahwin kat Johor di dua daerah yang berbeza. Hidangannya ape? Macam biasa nasi minyak, ayam masak merah, acar buah, daging masak hitam, dan papadom. 

Apa yang specialnya kenduri rumah pertama ada menu tempe dengan sambal kicap dan kenduri yang kedua ada pisang goreng dengan sambal kicap. Haa. Johor kan. Memang tak boleh pisah dengan sambal kicap.





Friday, December 13, 2019

 KUIH CARA BERLAUK HIJAU

Selalunya kuih cara berlauk warna kuning kan dan selalunya warna hijau ni kuih cara manis. Ini cara berlauk warna hijau. Twist sikit dalam otak nak rase manis tiba-tiba rasa pedas. Haha. Ini homemade ye. Bukan beli kat mane-mane. 

Nampak simple je kan kuih ni. Tapi siapa yang biasa buat kuih tau la macamane renyahnya nak buat kuih Melayu ni. Kaya dengan rasa dan bahan-bahan untuk buat kuih Melayu ni premium. Kalau korang rasa kuih Melayu tak sedap kat luar tu maknanya ade la bahan yang dikurangkan. Jadi hargailah kuih-muih Melayu. Bukan senang nak buat. Nak cari yang sedap pun susah.





Sunday, November 17, 2019

 NASI AMBENG

Jarang-jarang buat kat rumah. Selalu beli je kat luar. Jarang-jarang makan menu ni dan sangat jarang sekali makan dalam dulang. Tapi sekali-sekala dapat macam ni best jugak. Sedap. Jawa betul. Haha. Telur masin. Itu biasa. Sambal goreng tu. Itu yang power.




Tuesday, November 12, 2019

 NASI AYAM HAINAN MEDAN SELERA WANGSA MAJU

Yang ni lain sikit. Bawah ayam ade timun. Tapi sambal dia best. Ramai orang makan dekat sini. Nasi ayam dia memang sedap. Aku rasa orang suka sambal dia tu. Tambah sedap lagi sebab korang boleh tambah sayur-sayuran. Ayam pun boleh minta extra. Jadi memang sedap. Dan kalau makan sini kena minum air mata kucing. Sedap oiii !



Saturday, November 02, 2019

 HYATT KUANTAN

Oleh kerana nak memenuhi jemputan kahwin haousemate ku dulu maka kiteorang akan ke Kuantan holiday terus dan stay kat Hyatt Regency Kuantan. Dalam kepala dah fikir nak lepak pantai, mandi kolam dan sarapan puas-puas. Kat Hyatt Kuantan ni buffet spread untuk breakfast memang banyak pilihan.

Bilik yang kiteorang stay sangat la selesa. Luas dan lapang. Tilam empuk. View cantik. Best gile. Orang pulak tak berapa ramai. Selesai kenduri kahwin tengahari tu. Petang tu kiteorang lepak pantai. Berjalan dari Hyatt sampai la ke Teluk Cempedak punya pantai.

Kat area Teluk Cempedak tu banyak aktiviti dan orang pun boleh tahan ramai. Jadi crowded pulak kat situ. So kiteorang lepak sekejap kat situ dan patah balik ke Hotel. Mandi-mandi dan lepak dalam bilik sambil layan movie. Malam tu kiteorang dinner guna Grab saje.

Esok harinya lepas. breakfast kiteorang lepak kat swimming pool. Mandi sampai penat. And then keluar makan kat bandar Kuantan. Sempat la kiteorang makan kat Kula Cakes, Mabiq dan singgah kat Taman Teruntum. Dan untuk dinner malam tu kiteorang makan club sandwich sahaja.

So bagi aku lepak Hyatt Kuantan ni memang puas hati la. Memang relaxing. Makan sedap. service tiptop. Staff sangat friendly. Ade sorang tu siap pamkan anak aku punya float. Memang terbaik.








Saturday, October 12, 2019

Hari tu ikut baba ke kebun. Banyak juga tanaman yang dieorang tanam kat situ dan menjadi pulak tu. Rajin kawan-kawan baba ni berkebun. Kebanyakkan orang bile meningkat usia memang suka berkebun. Tapi baba memang suka berkebun dari dulu lagi. Banyak manfaat dari berkebun ni.

Berkebun bukan sahaja hobi yang menyeronokkan, tetapi juga membawa pelbagai kebaikan kepada kehidupan kite. Aktiviti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira umur atau pengalaman. Mari kita lihat beberapa kebaikan berkebun yang boleh memberi inspirasi kepada anda untuk mula berkebun hari ini!

Berkebun ni boleh menjadi cara yang baik untuk mengurangkan stres. Apabila kita berada di taman, dikelilingi oleh kehijauan, fikiran kita menjadi tenang dan jauh dari masalah harian. Aktiviti seperti menggali tanah, menyiram tanaman, dan mencabut rumput liar boleh menjadi terapi yang menenangkan.

Berkebun membolehkan kita bergerak dan berpeluh, yang baik untuk kesihatan fizikal. Aktiviti ini melibatkan banyak pergerakan seperti membongkok, mengangkat, dan berjalan, yang membantu meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Ia juga boleh membakar kalori yang membantu dalam pengurusan berat badan.

Tumbuhan di taman membantu membersihkan udara dengan menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Ini meningkatkan kualiti udara di sekitar kita. Dengan menanam lebih banyak pokok dan tanaman di kawasan sekitar rumah, kita boleh menikmati udara yang lebih segar dan bersih.

Menanam pokok bunga atau sayuran boleh memberikan kepuasan tersendiri. Melihat tanaman kita tumbuh subur dan berbunga boleh meningkatkan mood dan memberi rasa pencapaian. Warna-warna ceria bunga juga boleh mempengaruhi emosi kita, menjadikan kita lebih gembira dan bersemangat.

Dengan berkebun, kita boleh menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri. Ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga memastikan kita makan makanan yang segar dan bebas bahan kimia. Sayuran yang ditanam sendiri sering lebih sedap dan lebih berkhasiat berbanding yang dibeli di pasar.

Berkebun boleh menjadi aktiviti sosial yang menyeronokkan. Menyertai kelab berkebun atau berkongsi hasil tanaman dengan jiran boleh mengeratkan hubungan dan membina komuniti yang lebih rapat. Berkebun juga boleh menjadi aktiviti keluarga yang mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Dengan berkebun, kita boleh membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Menanam lebih banyak pokok dan tumbuhan membantu mengurangkan jumlah karbon dioksida di udara dan menyediakan habitat untuk haiwan kecil. Ini adalah satu langkah kecil yang boleh kita ambil untuk melindungi alam sekitar.

Dalam kesimpulannya, berkebun adalah aktiviti yang penuh manfaat dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja. Sama ada anda mempunyai ruang taman yang besar atau hanya pasu kecil di balkoni, mulakan berkebun hari ini dan rasai sendiri kebaikannya!

Boleh la cari tanah. Start berkebun lepas ni.











Thursday, September 26, 2019

RESTORAN MALAYA GRILL SUNGAI BULOH

Di tengah-tengah kesibukan Sungai Buloh, terdapat sebuah permata kuliner yang dikenali sebagai Restoran Malaya Grill. Terletak di lokasi yang strategik, restoran ini menawarkan suasana yang santai dan mesra, sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menikmati hidangan yang enak sambil berehat sejenak dari kesibukan harian.

Salah satu kelebihan utama Restoran Malaya Grill adalah perkhidmatannya yang mesra dan cekap. Para pelayan di sini sentiasa bersedia untuk membantu dan memastikan setiap pelanggan merasa selesa dan berpuas hati dengan pengalaman mereka. Ini menjadikan restoran ini pilihan popular di kalangan penduduk tempatan.

Selain daripada hidangannya yang lazat, harga di Restoran Malaya Grill juga sangat berpatutan. Ini membolehkan lebih ramai orang untuk menikmati hidangan berkualiti tanpa perlu risau tentang kos yang tinggi.

Secara keseluruhannya, Restoran Malaya Grill di Sungai Buloh adalah destinasi yang sempurna untuk sesiapa sahaja yang mencari pengalaman makan yang memuaskan. Dengan suasana yang santai, hidangan yang lazat, dan perkhidmatan yang mesra, ia pasti akan meninggalkan kenangan manis buat setiap pengunjung.



Saturday, September 21, 2019

VOLKSWAGEN BEETLE DAN KOMBI YANG CUKUP IKONIK

Volkswagen, sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia automotif, terkenal dengan dua model ikonik yang cukup memikat hati ramai: Volkswagen Beetle dan Volkswagen Combi. Kedua-dua kenderaan ini bukan sahaja menjadi simbol era mereka, tetapi juga terus kekal relevan dalam budaya pop moden.


Volkswagen Beetle: Si Kumbang yang Menggoda

Volkswagen Beetle, atau lebih dikenali sebagai "Kumbang", mula diperkenalkan pada tahun 1938. Rekabentuknya yang unik dan comel menjadikannya mudah dikenali di seluruh dunia. Bertahun-tahun lamanya, Beetle menjadi pilihan ramai kerana saiznya yang padat tetapi praktikal, serta keupayaannya untuk bergerak dengan cekap di jalan raya yang sempit.

Keunikan Beetle

Rekabentuk Ikonik: Bentuk bulat dan lampu depan yang menyerupai mata kumbang menjadikannya sangat dikenali.

Ekonomi Bahan Api: Pada zamannya, Beetle dikenali sebagai kereta yang jimat bahan api, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin berjimat.

Kesan Budaya: Beetle sering dikaitkan dengan gerakan budaya pop tahun 60-an dan 70-an, terutamanya dalam era 'hippie'.

Volkswagen Combi: Si Pengembara Setia

Beralih kepada Volkswagen Combi, yang juga dikenali sebagai "Microbus" atau "Camper Van", ia diperkenalkan pada akhir tahun 1940-an. Kenderaan ini menjadi simbol kebebasan dan pengembaraan, terutamanya di kalangan peminat aktiviti luar dan pengembara jalanan.

Keunikan Combi

Ruang yang Luas: Combi menawarkan ruang dalaman yang luas, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jauh atau sebagai rumah bergerak.

Kepelbagaian Penggunaan: Sama ada sebagai van keluarga, kenderaan perniagaan, atau camper van, Combi memenuhi pelbagai keperluan.

Ikon Kebebasan: Combi sering dikaitkan dengan gaya hidup bebas, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang gemar melancong.

Kesimpulan

Volkswagen Beetle dan Combi bukan sekadar kenderaan; mereka adalah simbol era, budaya, dan gaya hidup. Dari jalanan kota hingga ke pantai terpencil, kedua-dua model ini telah meninggalkan jejak yang mendalam dalam sejarah automotif. Sama ada anda seorang peminat kereta klasik atau sekadar menghargai warisan budaya, Beetle dan Combi sentiasa mempunyai cerita untuk dikongsi. Walaupun usianya sudah ditelan zaman namun Volkswagen tetap mengeluarkan versi baru.




Saturday, August 31, 2019

 Stalkers Cafe by Fattah Amin

Amin. Selamat sampai kat sini. Hari tu saje kiteorang berkunjung ke Stalkers Cafe by Fattah Amin yang terletak kat Kota Damansara ni. Mula-mula berpusing juga cari kafe ni. Last-last jumpa jugak. Nasib baik kiteorang datang time tu dalam pukul 11 lebih jadi parking tak susah sangat. Dapat la park berdekatan dengan kafe ni.

Angin nyaman dari aircond menyambut kiteorang masuk ke kafe ni. Hiasan dalamannya boleh tahan. Takde la melebih-lebih sangat. Agak biasa sahaja. Kemas dan bersih. Meja boleh tahan banyak dan ruang anatara meja takde la dekat sangat. So privacy tu ade.

Makanan pulak bagi aku boleh tahan la. Tak la wow. Tapi boleh diterima. Rasa okay presentation pun okay. Portion besar. Puas la makan. Overall aku rasa okay. Cuma tak dapat jumpa Fattah Amin je.



Wednesday, July 31, 2019

 Muar Mural

Hari tu berkesempatan berjalan kat area Muar. Berjalan maksudnya jalan kaki keliling bandar. Huhu. Taip pun dah letih apatah lagi masa berjalan tu. Dengan panasnya. Tapi tak sangka enjoy jugak berjalan ni. Dan tak sangka lorong-lorong belakang kat Muar ni dihiasi dengan Mural dan bermacam-macam hiasan lain yang kreatif. Tapi tak sempat nak snap gambar banyak-banyak. Tangan penuh. Haha.





Tuesday, July 30, 2019

 

VILLAGE GRILL MUAR

Tak sangka ada western food yang sedap macam ni kat Muar. Dari luar Restoran Village Grill ni nampak macam biasa. Ruang dalamannya agak luas dan selesa. Ianya kemas dan bersih. Masa kiteorang sampai tu tak ramai orang lagi sebab masa tu baru pukul 6 lebih. Selalunya malam sikit baru orang keluar makan kot. Biasa la nak settle kan solat maghrib dan Isyak dulu.

Jadi petang tu tekak kiteorang terasa nak makan western so sampai lah kiteorang kat restoran Village Grill ni. Apa yang kiteorang order pada petang itu untuk makan malam adalah :

1. Spaghetti Bolognese

2. Chicken Chop

3. Salmon

4. Nachos

Apa yang aku boleh katekan tentang masakan dieorang ni. Cukup rasa. Rasa Melayu. Tak blunt. So kena la dengan selera orang Melayu walupun masakan dia western. Portion-nya pulak agak kecil dan sedikit. Kalau korang nak makan puas-puas korang kena order banyak. Tapi kalau korang setakat nak alas perut atau tengah diet memang kena la portion dia tu.

Anyway makan kat sini sedap dan berbaloi. Jadi kalau korang tiba-tiba nak makan western kat Muar ni aku suggest korang try makan kat sini. Harga bagi aku berpatutan.










Monday, April 29, 2019

THE BILLBOARD KL DAMANSARA


Ada yang panggil Billboard Damansara, ada yang panggil The Billboard KL. Apa-apa pun ia merupakan restoran yang unik yang terletak di bawah papan iklan sesuai dengan namanya.

Beralamat di Sungai Penchala Kuala Lumpur, Restoran The Billboard beroperasi dari pukul 4 petang sehingga 1 pagi setiap hari. Mempunyai outdoor seating, live band dan juga ada menu kanak-kanak. Macam sesuai untuk young family kan.

Dekorasi restoran yang unik dan kreatif menjadi salah satu tarikan Restoran Billboard Damansara ini. Menyediakan lebih dari 100 jenis makanan barat yang telah diubahsuai atau ditambahbaik mengikut selera orang Malaysia menjadikan restoran ini pilihan orang ramai kata owner Restoran The Billboard KL.

Jadi jika korang nak rasa masakan barat ikut tekak tempatan dan pilihan menu yang banyak, bolehlah korang try makan kat sini.