Wednesday, September 06, 2017

Malay Regiment Movie Review





Gambar dari Google


Malay Regiment

“Lokasi yang kita hendak pergi ini lebih dikenali sebagai lembah maut, semua orang kena hati-hati”

“Saya tak boleh janji yang kamu semua akan pulang, tapi saya bersumpah dengan nama Allah bila kita bertempur saya orang pertama yang akan ke depan dan orang terakhir yang akan lindungi kamu semua”

"Berbanggalah, sebab kematian kita hari ini adalah untuk kehidupan waris kita hari esok" 

“Moga Allah lindungi kita”

Itu antara dialog Kapten Zainal dalam filem Malay Regiment. Filem ini dipetik dari kisah sebenar semasa Ops Kota Gubir I & II, di mana anggota keselamatan dari 17 RAMD telah menyerang beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia - Thai berhampiran Gubir, Kedah.

Filem ini berlatar belakangkan zaman kini dan era 70 an. Jadi flashback silih berganti sepanjang filem ini dimainkan. Mungkin suntingannya dibuat demikian bertujuan untuk memudahkan penonton memahami jalan cerita dan hubung-kait antara watak-watak yang ditonjolkan. Akan tetapi ia menyebabkan cerita bergerak agak lambat.

Pembukaan tirai Malay Regiment agak mantap dengan aksi helikopter meletup. Tapi selepas itu ia menjadi agak lembab. Dalam aksi peperangan pula, ia agak kelam kabut dan banyak menggunakan CGI, yang agak kurang mantap. Sudut cinematography agak terbaik dan props cukup memuaskan. Sedap mata memandang. Sejuk hati.

Ada satu babak dimana dapat dilihat watak Kapten Zainal dapat menghilangkan diri dari pandangan musuh. Babak ini membuatkan aku terfikir bahawa sekuat mana pun kita sehebat mana pun senjata yang diusung, kepada Allah jua kita berserah. Kepada Allah jualah kita memohon perlindungan. Nyata perajurit kita bukan sahaja hebat dalam ilmu peperangan malah tinggi ilmu agama. Sesungguhnya mereka berserah dan bertawakal kepada Allah. Ikhlas dan bersungguh-sungguh mereka dalam perjuangan mereka.

Tapi aku rasa cerita ini sebenarnya ingin penonton faham dan hadam dengan perjuangan serta pengorbanan wira-wira kita dahulu. Kalau diamati, 7 wasiat Raja-raja Melayu amat ditekankan dalam filem ini. Bukan hanya sekadar menonton cerita perang, tapi semangat dan jati diri yang ingin di ketengahkan dalam filem ini, yang mana ia kian pudar dalam jiwa anak muda masa kini.



Rating: 4.5/10


Saturday, March 18, 2017

J REVOLUSI MOVIE REVIEW






Jay merupakan ketua pasukan Unit Tindakan Khas. Pasukan pimpinan Jay amat digeruni oleh penjahat kerana ketangkasan dan rekod mereka yang sentiasa berjaya dalam setiap misi. 

Cerita ini dimulakan dengan aksi Jay dan pasukannya sedang bersedia untuk menyerang musuh dalam satu operasi khas yang penting. Namun apa yang terjadi pada Jay dan rakan-rakan? Adakah misi mereka berjaya.

J Revolusi membawa cerita tentang Unit Tindakan Khas Polis DiRaja Malaysia. Pengarah mengupas kehidupan seorang anggota dari unit ini, yang mempunyai latar belakang dan hubung kait dengan komandernya. Asam garam kehidupan anggota pasukan khas, Jay cuba difitnah dan menjadi buruan. Ini adalah antara twist plot dalam filem J Revolusi.

Filem ini berada pada tahap kelajuan yang sederhana. Kadang-kadang agak meleret sedikit. Ia juga diselang-selikan dengan flashback bertujuan untuk memberi sedikit hint kepada penonton. Penggunaan prop dan wardrobe adalah terbaik. Aku rasa pengarah kita sudah mula menitik beratkan part tu kot. Stunt dan aksi tembak menembak juga boleh dikatakan okay.

Jadi apakah hubungan Jay dan Komander? Andra dan DIan?

Saksikan dengan mata kepala anda sendiri.

Dragon 1 Out

Rating: 5.2/10