Semasa kiteoerang bercuti kat Jepun hari itu, aku di arahkan posting ke JB pada perayaan Tahun Baru Cina nanti. Okay la kot. Dah lama tak lepak JB. Belum pun balik KL lagi wife dah excited terlebih. Hehehe. Mengimbau kenangan dia la tu.
Jadi, kiteorang sampai kat JB dah malam. Kiteorang stay kat Le Grandeur Palm Resort, kata wife, ni hotel yang dieorang nightstop masa kerja MH dulu. Boleh tahan la resort ni, banyak kemudahan, pelancong pun ramai. Kebanyakannya aku tengok pelancong dari China, Jepun dan Korea. Nak main golf agaknya kat sini.
Esoknya, hari pertama kiteorang kat JB, kiteorang makan kat Restoran POTS. Stylo juga la restoran, kat sebelahnya ada kedai motor custom kot kalau tak salah aku, Radical Machine kot namanya. So selesai makan kiteorang singgah Econsave area hotel. Shopping makanan dan dvd termasuk dvd player sekali ye. Hahahahaha!
Sepanjang kiteorang kat JB ni boleh tahan banyak juga tempat kiteorang pergi. Kiteorang akan selalu makan kat Restoran Singgah Selalu, tak kiralah pagi, petang, siang atau pun malam. Memang tak mengecewakan makan kat situ.
City Square, Plaza Angsana, dan Aeon Kulai menjadi tempat kiteorang cari barang-barang makanan yang nak bawa balik ke hotel, tapi aku pergi sana tengok Hotwheels la. Sempat juga aku rembat 3-4 keping. Haha.
Tapi kat Bazaar Karat juga aku jumpa Hotwheels yang aku nak. Kat situ memang banyak aku sambar. Seronok juga jalan-jalan kat Bazaar Karat ni, macam-macam gerai ada, siap ada geng orang-orang tua menari kat situ. Harmoni sungguh. Cumanya nak cari parking kat area tu memang bercinta la oiii.
Kadang-kadang tekak terasa nak makan makanan laut kiteorang akan ke Senibong Seafood. Fuhh! memang terbaik. Akan tetapi dinasihatkan masa pilih tu jangan ikut nafsu ye, itu kesilapan yang selalu aku buat la. Hehe. Ada je yang tak habis makan nanti.
Tak lupa juga JPO yang memang wajib dikunjungi bila dah samapi ke jajahan JDT ni. Tempatnya cantik dan kemas. Cuma kedai makan je tak berapa banyak. Aku kalau pergi tempat-tempat macam ni memang aku hilang arah sikit, lupa daratan. Semua macam nak beli. Huhu. Maafkanlah saya. Kat sini kalau pergi hari minggu memang penuh la dengan pelancong dari dalam dan luar negara, jadi rancanglah percutian anda. Haha. Kalau tidak korang berasak-asak la kat situ. (aku dah riki dah weekends dgn weekdays, nampak takde kerja kan. kadang-kadang saje datang nak makan je pun. Hehe)
Satu lagi restoran yang aku suka pergi adalah Restoran Remaja Classic berdepan dengan Plaza Angsana. Layan juga makan kat situ. Western dan Masakan Thai dia boleh tahan. Aku datang petang je. Tapi kalau malam kat sini dengar-dengar macam happening juga.
Haa! yang ni macam melencong jauh sikit. Kiteorang pergi USS kat Singapura. Perjalanan mengantuk juga weii !! Kiteorang bertolak pagi dari hotel. Naik bas kat Tune Hotel. Lebih kurang 3 jam juga baru kiteorang sampai kat USS. Kiteorang ambil tiket express kot nama dia. Memang semua rides kiteorang naik kat situ. Seronok dan penat. Berbaloi lah datang sini.
Apa-apa pun, balik hotel juga best!
Johor!!!
Macamane la balik bilik tak best tido. Memang syok tido woo..
Welcoming cookies
Suasana di luar bilik
Pots!
Our first meal in JB
Khas pada mereka yang nak berdating kat POTS
Kawasan di luar POTS. Cool kan?
Yang ni tingkat atas POTS
Ado kedai baju kek atas ni
Sobolah ni ado kodai Radical Machine
Pots & Radical Machine
Makan di Restoran Singgah Selalu
Crowd ok ok la untuk sesi sebelah petang
Ok kan..
Oh, sedapnya. Bila nak pergi lagi!
Goreng pisang dan sambal kicap tidak dilupakan, barulah Johor!
Restoran Remaja Classic
Petang, tenang je
Restoran Remaja Classic, so kat mane classic dia? Remaja la yang classic kan?
Ini area dataran. Lori celup celup.
Pilih-pilih
Pilih lagi. Angry Bird pun ada.
Kasi kering dulu baju. Hehe
USS
Ada robot nak repair tak?
Our Lunch kat USS. Tak sedap pun.
Nampak tak benda yang tergantung tu? Syok woo naik
Longgokan panda kat CS. Ape la korang buat kat sini.
Ni la yang aku cakap, pakcik makcik berdansa kat bazaar karat ni
Sempoi tak kedai makan kat bazaar karat ni
Pasar ke bazaar? Huhu
Senibong Seafood
Senibong Seafood lagi
Suasana di Senibong
Barang-barang kat bazaar karat
Sempoi..
Stroller pun jual
Sekian