Sunday, April 05, 2015

Japan Visit 2015

Day 4
01/02/15
Ikebukuro-Iidabashi-Kudanshita-Nakano-Ikebukuro

Ikebukuro (JR Yamanote Line) - Iidabashi (Yurakucho Line) 
JPY 170 per pax

Idabashi (Yurakucho Line)-Kudanshita ( Tozai Line) ( Yushukan War Museuem ) 
JPY 170 per pax

Kudanshita ( Tozai Line) ( Yushukan War Museuem )- Nakano ( Tozai Line ) ( Nakano Broadway ) JPY 200 per pax

Nakano ( Tozai Line ) ( Nakano Broadway )-Iidabashi ( Tozai Line ) 
JPY 200 per pax

Iidabashi ( Yurakucho Line )  - Ikebukuro ( Yurakucho Line ) 
JPY 170 per pax

Disebabkan perjalanan yang agak jauh dan memenatkan semalam. Hari ni bangun agak lewat. Selepas bersiap-siap dan mengisi perut dengan masakan isteriku yang sedap (memang tak pernah mengecewakan), kami suami isteri pun bergerak menuju ke station Ikebukuro. 


Kasut baru dari Shibuya yang dibeli semalam. Hehehe. Baru la selesa untuk berjalan.

Yushukan War Museum 

Dari station Ikebukuro kiteorang menaiki Tokyo Metro menggunakan Yurakucho Line menuju ke Iidabashi. Di Iidabashi pula kiteorang kena tukar train ke Kudanshita melalui Tozai Line. Sampai je kat sana, naik street level, kiteorang tiba-tiba je berada ditengah-tengah persimpangan jalan. Muzium pun tak nampak. Adeh, ni yang malas ni. Takpe, kiteorang jalan slow-slow pergi ke arah pondok polis yang terdapat di seberang jalan. Beberapa kali jugalah kiteorang cuba menerangkan destinasi yang dituju kat polis yang bertugas tu. 

Cik polis tu pun macam tak berapa tau sangat, tapi selepas beberapa panggilan yang dia buat, berjaya jugaklah dia bagi tunjuk arah kat kiteorang macamane nak pergi ke muzium tu. Kisahnya, muzium tu terletak arah yang bertentangan dari pondok polis tu, dari situ kiteorang kena lintas jalan dan jalan mendaki sikit sebab kawasan tu berbukit. Huih penat juga la. Patutnya keluar je street level tadi terus je mendaki ke atas, nampak la muzium tu nanti. Sebab tak tau kan, tu yang rajin pegi turun bukit dan lintas jalan sebab nak pergi pondok polis. Hahaha. 

Akhirnya sampai juga la kiteorang kat muzium tu. Memang cantik kawasan dia, macam perkampungan Jepun lama. Tak salah aku muzium ni dibina pada tahun 1882. Semasa kiteorang melepasi pintu masuk utama, disebelah kanan kiteorang tu macam ada kawasan flea market, tapi masa tu dieorang macam dah kemas-kemas barang nak balik. Kiteorang pun sampai agak lambat kat situ, dalam pukul 4 petang. Masuk je dalam muzium tu, memang betul la muzium nak tutup, sebab dah tak boleh beli tiket adeh… 

So kiteorang hanya dapat berlegar-legar kat kawasan lobby je. Tapi aku agak puas hati la sebab aku dapat tengok Zero Fighter yang diidami selama ini. Hehehehe. PUAS!!!!!! Ada video kat situ tunjuk yang Zero Fighter ni masih lagi berfungsi dan boleh dihidupkan. Best-best!!! Ada lagi beberapa tinggalan sejarah yang ditempatkan kat situ seperti kepala keretapi lama dan juga meriam yang digunakan pada perang dunia kedua kot. Lepas puas tengok Mitsubishi A6M Zero Model 52 (Zero Fighter la tu) kiteorang pun bermain-main kat kawasan luar tu. Ada beberapa monumen dan sudut-sudut yang menarik untuk diambil gambar. Lepas tu kiteorang pun keluar menuju ke station tadi semula.


Yes!!! Ini yang dicari


Locomotive 


Meriam


Monumen yang terdapat kat luar 


Cantik?


Smoking Space 


Kawasan luar muzium


Ni pun kawasan luar muzium


Nakano Broadway
Okay. Dah selesai dengan Zero Fighter . Puas. Boleh tidur nyenyak. Destinasi seterusnya adalah Nakano Broadway, yang semestinya teletak di Nakano. Untuk ke sana kiteorang tak perlu tukar train sebab ianya satu line dengan Kudanshita iaitu Tozai line. So tak payah nak risau-risau dalam train, tunggu je dia buat announcement,  turun je lah nanti. (selalu aku suspen je nak turun kat station untuk tukar train bukan apa takut salah station leceh la) 

Bila dah sampai, keluar dari station tak nampak lagi Nakano Broadway tu. Kena jalan kedepan, masuk ke arah macam lorong kedai berbumbung. Kiri kanan ada kedai. Orang ramai gila kat situ. Jalan terus je baru la jumpa Nakano Broadway. 

Tujuan ke sini adalah tak lain dan tak bukan untuk mencari Hotwheels!!! Hahahaha!! Dalam tu memang banyak kedai mainan. Bertingkat-tingkat. Dari permainan kanak-kanak hinggalah ke permainan orang dewasa. Kalau korang minat diecast toys memang banyak kat sini. Dari yang baru hinggalah yang lama-lama punya. TOMICA memang banyaklah. Bersepah-sepah. Tapi korang kena browse setiap kedai. Harga berbeza-beza. Beza harga kat sini dengan Akihabara memang sangat jauh. Wah!!!!. Jauh lebih MURAH!!!

Akan tetapi dalam banyak-banyak permainan kat situ, aku tak jumpa pun Hotwheels atau lebih tepat lagi Charawheels yang aku cari. Sampai satu kedai tu aku tengah gali kereta mainan yang dalam bakul,(kat sini dieorang longgok je dalam bakul) isteri aku boleh jumpa Charawheels !!! Memang terrer la isteri den ni kalau cari barang mesti jumpa. Terima Kasih Cinta !!! Dapat la dua Charawheels, itu pun card dia dah bengkok-bengkok. Dah settle kiteorang pun angkat kaki, nak balik ke Ikebukuro.


Punya la ramai manusia


Nakano Station


Toys


Toys


Macamane la tak rambang mata


Lagi?


Gali la dalam bakul