Saturday, December 13, 2014

Pasar Basah Sg. Besi


Well hello there

Cewwah.. cakap omputih pulak. Its been a while the blog haven't been update. So our story for today will be about Pasar Sg. Besi. Jangan confuse hari tu aku cerita pasal Pasar Malam. Ini kali Pasar Basah Sg Besi yang terletaknya di tengah-tengah Pekan Sg. Besi yang lama tu. Bangunan pasar tersebut dikelilingi oleh kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan.

Jadi hari tu pagi-pagi Ahad lagi aku dan isteri bergerak ke Pasar basah Sg. Besi ni, sesampainya kami di situ, parking sudah mula penuh, nasib baik tengah corner pelan-pelan ada satu slot kosong. Cantik. Sekali lipat sudah siap parking

Dah parking. Confident je aku dan isteri keluar menuju terus ke bangunan pasar tu yang aku sendiri tak tau mana pintu masuk dia. Hahahahaha. Pusing punya pusing rupa-rupanya pintu masuk dekat je dengan tempat kiteorang parking. Terselindung sikit dengan tangga.

Saat melangkah masuk je, bau ikan, ayam dan pelbagai lagi bahan mentah menusuk masuk ke dalam hidung. Biasa la. Pasar basah kan. What do you expect. Ewaahh !!! cakap omputih lagi. Hehehe. 

Okay sambung cerita. Bangunan pasar ni berbentuk segiempat tepat dan 2 tingkat. Satu tingkat atas, dan satu lagi tingkat bawah. Yelah kan? Tingkat atas aku tengok menempatkan kedai-kedai seperti kedai jahitan, kedai jual insuran dan kedai daftar memandu? Huh? Tapi tutup la masa aku datang tu.

Tingkat bawah pula, terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian barangan basah dan mentah dan satu bahagian lagi orang jual makanan. Ha.... Ini lain. Macamane korang boleh makan kat dalam ni dengan bau yang bercampur-campur ni. Hadoi. Tapi makanan yang dijual kat sini memang banyak dari nasi lemak hingga ke lempeng kelapa. Macam-macam ada. Orang pun ramai.

So, takpe. Aku dan isteri shopping barang basah dan mentah dulu. Aku tak tau sangat beli. Hehhehe. Dari kecil tugas aku kalau pergi pasar angkat barang je. Penuh la tangan jinjit beg plastik. Seronoknya kat sini, kiteorang beli barang basah yang baru sampai punya. Segar-segar aku tengok. Selalu dulu shopping kat pasaraya kan, bila dah lama tak pergi pasar macam ni syok aku tengok barang-barang yang baru sampai. Fresh kot aku rase? Huhuhu.

Dah habis shopping, kiteorang saje le jalan-jalan kat bahagian makanan tu. Tgk macam menarik. Nak tapau bawa balik rumah. Isteri aku sambar jugak la 4-5 jenis kuih kat situ. Aku duduk jap kat table makan kat situ. Bila selesai, ingat nak balik. Sekali meja sebelah bawa datang duduk nasi lemak ayam dengan telur mata goyang punya. Eh? ini tak boleh jadi ni.. 

Terus tak jadi balik aku order nescafe tarik satu, isteri aku ambilkan aku nasi lemak yang sama macam orang sebelah punya. Sori la bro, mana tahan tengok ko makan macam tu. Hahahahahaha. Jadinya kami pun terus lah bersantap disitu. Aku dengan nasi lemak, isteri aku dengan nasi lemak juga, tapi dengan lauk paru. Hehehe. Kuih yang bungkus tadi kita makan kat rumah nanti. Barulah aku tau macamane orang boleh selamba je makan kat sini tanpa mengendahkan aroma pasar basah tu. Dah penat shopping mesti la laparkan. Ini makan dia !!! 


Ayam


Ayam lagi


Ikan pulak


Err..


Errrr.......


Ikan lagi


Masih lagi ikan


Sayur


Sayuran


Sayur-sayuran


Okay.. Sayur


Buah-buahan


Makan-makan


Aneka Kuih-Muih


Lebih kurangkan gambar kat atas


Ke sama je dengan gambar kat atas?


Ni lain sikit kot


Nasi lemak


Yang ini.............


Nescafe Tarik Suam ?!



Nasi Lemak :)

Saturday, November 29, 2014

Asam Pedas Hajjah Mona


Hari tu aku dan isteri pulang ke kampung di Muar untuk majlis kahwin adik ipar aku. Sampai kat kampung petang dalam pukul 3 macam tu. Tengok khemah dah pasang kat depan rumah dan dalam. 

Petang tu tak ada buat apa pun, tapi malam ni kiteorang dah plan nak pergi makan asam pedas kat Melaka ( sebab last week kiteorang turun HRC Melaka tengok favourite band aku perform, lepas show ingat nak makan asam pedas kat kedai Hajjah Mona ni, tapi dah tutup sebab makanan dah habis ) Jadi malam ini adalah pembalasannya. Hehehe.

Lepas solat Isyak kiteorang pun siap-siap la nak pergi, ajak yang lain tak nak ikut, so aku dengan isteri je lah yang pergi. Apa ada hal Muar ke Melaka sekejap je pun. Sesampai je kat sana gerai masih buka. Alhamdulillah dapat juga isteri merasa (memang dia yang merengek nak makan kat sini) aku ok je.

Kedainya tak lah besar mana pun, simple je. Dah pilih meja, dah duduk, dah order. Tunggu. Tak lama lepas tu makanan sampai. Isteri dengan gembiranya makan. Presentation makanan biasa saje, tapi penangannya. Yummy!! Lazat sungguh!!! Memang berbaloi-baloi la datang dari Muar. Heheheeh. Rugi siapa tak ikut.

Selesai melantak kiteorang angkat kaki cepat-cepat. Perut tengah kenyang ni. Masa yang paling baik sekali untuk tidur. Hahahahaha. Gomuk la den cenggini.



Friday, November 28, 2014

Pasar Sg Besi

Pasar malam. Suka tak?? Perghhh !!! Kalau isteri nampak payung warna-warni kat pasar tu huuiihh... abih le. Confirm singgah punya. Macam-macam la nanti kite orang bawa balik. Penuh tangan jinjit beg plastik.

Antara pasar yang selalu kiteorg selalu pergi adalah pasar malam kat Pekan Sg Besi pada hari Rabu setiap minggu bermula dari jam 5 petang. Pasarnya tak lah besar sangat pun. Tapi ada beberapa gerai yang menarik untuk dikunjungi dan belanja duit kat situ. HuHu !!

Gerai yang pertama kite orang akan pergi adalah gerai yang menjual baby chakoi. Mula-mula dulu aku tak layan sangat pun, tapi bila dah kena pau goreng inti kacang dan baby chakoi  cicah kuah hijau Phheeewww!!!! Lazat !!! mengalir air liur den ni. Memang Sodap !!!

Itu yang tiap kali datang ke pasar ni memang serang gerai baby chakoi  ni dulu. Bukan apa korang kena datang dan order dulu sebab waiting list  dia panjang okay!!!!! Dan cara order dia unik. "7 - 2 ye bang", "5- 3 kak". Haaaaaa.. Tak paham kan. Den tau dah. Hehehe. Angka yang pertama mewakili baby chakoi  manakala angka yang kedua adalah pau goreng. Jadi maksudnya disini, contoh "7-2" adalah baby chakoi 7 ringgit dan pau goreng 2 ringgit. Memang stylo la order die. Baby chakoi  seringgit dapat lima pau goeng pula seringgit dapat tiga.

So  bila dah place order  barulah boleh jalan dengan tenang nak cari benda lain pula.  Next stop  kite orang.. jengjengjengjeng!!!! Gerai nasi lemak. Nasi lemak dia simple je. Bungkus kecil-kecil dengan daun pisang dan surat khabar. Ada berbagai jenis nasi lemak kat situ, nasi lemak sambal sotong, udang, ayam goreng berempah, ikan masin dan ikan bilis. Harga dia?? Semua sama je RM 1.50 je. Yang selalu aku beli adalah nasi lemak ikan bilis. Minimum 2 bungkus. Huuuu.!!!

Okay kita jalan lagi. Selepas nasi lemak, kita singgah di gerai ayam crispy potong-potong  flavour spicy.  Ayam ini akan dihidangan dan disantap bersama nasi lemak tadi. Memang terangkat. Nyumnyum!!! Sambal ikan bilis dan ayam goreng rangup potong kecil-kecil. 

Jadi kita teruskan perjalanan kehadapan lagi. Isteri ku punya menu adalah laksa penang. memang dia suka laksa penang ni yang taruk sambal hitam tu. Entah aku pun tak tau apa. Dah selesai, tibalah masa kita u-turn. Nak ambil baby chakoi la katakan. Selalunya masa patah balik ni, tak siap lagi order  sebabnya seperti yang dinyatakn diatas lah. Ramainya orang beli, kalau dah siap kira nasib baik le.

Selesai semuanya dengan pantas kite orang balik. Hehehe. Mane boleh tahan woooo!!! Banyak nak makan.



baby chakoi !!!



 baby chakoi in the making

Komando Malaysia

Grup Gerak Khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Grup Gerak Khas
Grup Gerak Khas (GGK) Insignia.svg
GGK Insignia
Aktif25 Februari 1965 - Nukleus Pertama
7 Mei 1965 - Malaysian Special Service Unit (MSSU)
1 Ogos 1970 - Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia (1 RGKM)
NegaraMalaysia
CawanganAngkatan Tentera Malaysia
JenisPasukan Elit
PerananPasukan Anti Pengganas
Keanggotaan3 rejimen
Sebahagian daripadaTentera Darat Malaysia
Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Markas/Ibu pejabatKem Iskandar, Mersing,Johor
Cogan kataCepat dan Cergas
WarnaHijau Gelap (Beret)
Perang/pertempuranInsurgensi Kedua
Ops Subuh
Pasar Bakhara, Bulatan K4,MogadishuSomalia
UNPROFOR, Balkan
Insiden Genting Sempah
MALCON - UNIFIL 2007
Komander
Briged KomanderBrigedier Jeneral Dato' Abd Samad bin Hj Yaakob
Kolonel
Rejimen
DYMM Sultan Johor

Grup Gerak Khas adalah satu pasukan khas utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Mersing di Johor.

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula ketika konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor BahruJohor.
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
  1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
  2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
  3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
  4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
  5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
  6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
  7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
  8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
  9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
  10. 202072 Koperal Silva Dorai
  11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
  12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
  13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
Anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (AustraliaBritain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan kepada 6 pegawai.

Perkembangan

Anggota 11 RGK lengkap dengan kelengkapan yang hampir menyamai 22 SAS British.
Kem Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti BritishNew ZealandAustralia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam operasi khas.
Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada 1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.

Persenjataan

Grup Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru. Jadual di bawah adalah senarai persenjataan yang diketahui umum. Grup Gerak Khas juga mempunyai sejumlah besar aset persenjataan pelbagai jenis yang dirahsiakan.

Data Senjata Ringan
PistolSenapang PatahSubmesinganRaifal / KarbinAnti MaterialPenembak TepatMesingan
Beretta M92FSFranchi SPAS-12HK MP5A2CAR-15Barrett M95AI - AWMMesingan Mark 48
Browning HPRemington M870HK MP5A3Colt M4A1Blaser R93 TacticalFN Minimi
Colt M1911Remington M1100HK MP5KColt M16A1 Model 653HK G3/SG-1RPK-74
Glock 17HK MP5K-A5HK G36CHK MSG-90
Glock 19HK MP5SD2Steyr AUGUnique Alpine TPG-1
Glock 26
HK P9S
HK Mark 23
Sig Sauer P226
Vektor SP1
Yavuz 16 Compact

Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar GrenedNegaraAnti Kereta KebalNegaraAnti PesawatNegara
M79Bendera Amerika Syarikat Amerika SyarikatAT-4Bendera Sweden Sweden
M203Bendera Amerika Syarikat Amerika SyarikatCarl GustavBendera Sweden Sweden

Insignia

Motto Rejimen
Cepat Dan Cergas
Lambang Rejimen
Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
Beret Hijau
Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
Lanyard Biru
Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

Tanggungjawab

Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan senjata Steyr AUG mengawal kem tamat latihan.
Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.
Rejimen Gerak Khas
Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.
DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG
Kursus asas komando dibahagikan kepada 4 peringkat utama iaitu:
1)LATIHAN PEMANAS BADAN 
2)IKHTIAR HIDUP 
3)LAUT 
4)UJIAN AKHIR

LATIHAN PEMANAS BADAN
 Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu. Latihan di sini disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh. Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi. Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:
1) Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12jam.(Jumlah larian 152km) 
2) Jalan lasak/laju 25km 3)Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km)
IKHTIAR HIDUP Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan. Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan bersama. Pelatih hanya tidur di kawasan-kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan. Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km (tidak boleh lebih dari 3 hari) Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan kecuali buang air dan makan. Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya. Teknik bekukan kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajarkan. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup. Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.
LAUT Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas. Lain-lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan. Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20km dan pandu arah laut hanya 10km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas komando.
UJIAN AKHIR Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai apakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik mungkin. Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia dipecahkan kepada 3 peringkat utama:
Peringkat perjalanan/Air gelap Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.
Peringkat operasi Tiba dikawasan operasi yg telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih besar dan kompleks.
Peringkat pelarian Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras-kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata). Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan. Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan-rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri. Sekiranya pelatih memberitahu apa-apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan yang dikenakan. Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut nyawa. Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah & lain-lain. Sebagai tambahan, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.
Pelatih yang berjaya dan disahkan layak bergelar komando, mereka diberi kerehatan di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berkhirnya proses E&E yang telah diterangkan sebelumnya. Juga memberi peluang kepada rekrut-rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.

Operasi yang diketahui

Insurgensi 1966-1990

Pada insurgensi mulai tahun 1966 hingga 1990, Rejiment Gerak Khas terlibat dalam beberapa siri operasi menentang pengganas komunis diseluruh kawasan hutan Malaysia. Ramai diantara pengganas komunis yang berjaya dibunuh, dicederakan dan ditawan serta sejumlah besar senjata api, bahan letupan dan kelengkapan dirampas.

Kepulauan Spratley

Memandangkan unit Rejimen Gerak Khas adalah aset berharga kerajaan, perkara yang perlu difahami oleh pasukan elit tentera darat dan marin ATM adalah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley. Grup Gerak Khas dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.

Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)

Grup Gerak Khas terlibat dalam operasi berprofil tinggi termasuklah operasi bersepadu dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera Pakistan dalam tugas menyelamat pasukan Renjer dan pasukan elit Delta Force Amerika Syarikat yang terperangkap didalam pertempuran dengan tentera militan Jeneral Farah Aidid di Pasar Bakhara, MogadishuSomalia yang mengorbankan seorang krew kereta perisai MALBATT RAMD iaitu Allahyarham Koperal Aznan Awang dan 7 lagi cedera. GGK turut kehilangan dua anggotanya semasa pertempuran di bulatan K4 dimana unit ini terlibat dalam operasi yang diterajui oleh Amerika dalam tugas menangkap beberapa orang kanan Aidid.

Sukan Kommonwel ke-16

Grup Gerak Khas turut digandingkan bersama pasukan polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM dalam tugas keselamatan khas dan bersedia untuk tugas operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak-pihak tertentu) sempena Sukan Kommonwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

Bosnia Herzegovina

Unit-unit Grup Gerak Khas turut dihantar sebagai unit pengaman di Bosnia, yang mana satu dan hanya unit komando daripada Asia Tenggara telah ditugaskan di Bosnia.

Timor Leste 2006

Grup Gerak Khas juga dihantar bersama dengan truper elit dari 10 Briged Para dan pasukan elit PDRM, Pasukan Gerakan Khas dalam operasi pengaman di Timor Leste, yang diketuai oleh Australia yang dikenali sebagai Operasi Astute. 

Insiden Genting Sempah

Pada Julai2007, Rejimen ke-22 Grup Gerak Khas bersama dengan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak, PASKAU TUDM dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan disokong oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S61 Nuri yang terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walaubagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.

MALCON - UNIFIL

Unit ini juga terlibat dalam misi pengaman MALCON - UNIFIL di Lubnan bersama dengan tiga lagi elemen pasukan elit ATM (terdiri daripada 10 Briged Para, PASKAL dan PASKAU) dan ditempatkan di dalam Kontinjen India dalam menjaga keamanan di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan oleh rejim Israel. Keempat-empat pasukan elit ini bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dikawasan pentadbiran ATM disana.